omniture

Reed Exhibitions Japan Mengadakan EKSPO BOLEH PAKAI ke-3 pada 18-20 Januari 2017 di Tokyo

Pameran Peranti Dan Teknologi Boleh Pakai Terbesar Di Dunia
Reed Exhibitions Japan Ltd.
2016-04-11 23:00 372

TOKYO, 11 April 2016 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran dagangan terbesar Jepun, akan menganjurkan EKSPO BOLEH PAKAI ke-3nya pada 18-20 Januari 2017.  Pameran ini bakal menjadi pameran terbesar di dunia yang dikhususkan untuk peranti dan teknologi boleh pakai.

Foto pameran terdahulu.
Foto pameran terdahulu.

Selepas kejayaan dua edisi hebat yang tiada tandingan, pameran ini menjangka mampu menarik 200 pempamer dan 98,000* pelawat dari seluruh dunia.  Syarikat seperti Sony dan Epson sudahpun mengesahkan penyertaan mereka dan penganjur amat yakin bahawa pameran ini sudahpun dilihat sebagai hab bagi peralatan boleh pakai.

Latar Belakang EKSPO BOLEH PAKAI

Dilancarkan pada 2015, EKSPO BOLEH PAKAI ialah pusat segala teknologi dan produk boleh pakai.  Kini, tatkala peranti boleh pakai memainkan peranan lebih penting dalam kehidupan seharian, pekerjaan dan dunia lebih terhubung, permintaan kepada penciptaan dan pembangunan peranti boleh pakai semakin meningkat.

EKSPO BOLEH PAKAI menghimpunkan pengeluar peranti boleh pakai, pembangunan teknologi –- seperti komponen elektrik, bahan elektronik, bateri dan paparan – penyelesaian IoT, dan teknologi AR/VR.  Terdapat juga ruang pameran khas untuk syarikat baharu mempromosi idea baharu dan kreatif mereka.

Sebagai sebahagian daripada pameran 2016, satu persidangan pegawai eksekutif atasan syarikat seperti Intel, Huawei dan syarikat peneraju yang lain turut diadakan, menarik 19,317* hadirin.  Pihak pengurusan pameran kini mengatur program persidangan untuk pameran 2017 yang akan meliputi produk dan teknologi terkini.

Sebilangan besar organisasi berita dan media hadir dari serata dunia untuk mengetahui trend dan meliputi berita pameran, mengetengahkan EKSPO BOLEH PAKAI sebagai platform yang terbaik untuk syarikat-syarikat mempromosikan perniagaan mereka dan mengembangkan perniagaan mereka ke Jepun dan Asia amnya.

Ruang pameran kini semakin terhad.  Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.wearable-expo.jp/en/.

Pameran Serentak

EKSPO BOLEH PAKAI dijalankan serentak dengan empat pameran khusus lain yang menghimpunkan sejumlah 2,270 pempamer keseluruhannya; NEPCON JAPAN ke-46 yang berfokus kepada teknologi elektronik, DUNIA AUTOMOTIF ke-9, pameran teknologi automatif terbesar Asia, Ekspo Tekno-Lampu ke-9, pameran tercanggih teknologi pencahayaan, dan RoboDEX pertama, yang dikhususkan untuk pembangunan robot dan aplikasinya.

Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Junna Sakamoto, Perhubungan Antarabangsa

Reed Exhibitions Japan Ltd.
18F Shinjuku-Nomura Bldg.,
1-26-2 Nishishinjuku, Shinjuku-ku,
Tokyo 163-0570,
JEPUN
Pejabat: (+81) 3-3349-8519
Faks: (+81) 3-3349-8530
Emel: wearable-pr-eng@reedexpo.co.jp

(* Nombor termasuklah untuk pameran serentak)

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160408/0861603105

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Retail Trade show news