omniture

Reed Akan Menganjurkan Pameran Robotik dan Kilang Pintar Pertama di Tokyo mulai 18 Januari 2017

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2016-04-12 02:00 433

TOKYO, 12 April 2016 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan terbesar Jepun, akan mengadakan dua pameran baharu mulai 2017, RoboDEX pertama dan Ekspo Kilang Automotif Pintar Pertama yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 Januari di Tokyo Big Sight, Jepun.

2,270 pempamer lima pameran berhimpun di Tokyo Big Sight
2,270 pempamer lima pameran berhimpun di Tokyo Big Sight

Latar Belakang RoboDEX Pertama

RoboDEX pertama merupakan pameran perdagangan B2B komprehensif yang bakal menghimpunkan 100 pempamer yang terlibat dengan robot perindustrian dan perkhidmatan, serta teknologi dan aplikasi pembangunan berkaitan. Pemain utama dalam industri robotik sudah pun mengesahkan penyertaan mereka dan bagi mereka yang terlibat dalam perusahaan pengeluaran, RoboDEX dijangka menjadi acara tahunan yang wajib dihadiri.

Profil Pameran

  • Robot Perindustrian/Perkhidmatan
  • Kepintaran/Teknologi Kawalan
  • Teknologi Pemanduan
  • Teknologi Penderiaan

Untuk maklumat lanjut: www.robodex.jp/en/

Latar Belakang Ekspo Kilang Automotif Pintar Pertama

Ekspo Kilang Automotif Pintar merupakan satu-satunya pameran di Jepun yang mengkhusus dalam kilang pintar untuk industri automobil. Pameran ini diadakan sebagai sebahagian daripada DUNIA AUTOMOTIF Ke-9, pameran terbesar Jepun untuk teknologi automotif, dan kedua-dua pameran ini bakal meliputi segala-galanya daripada elektronik automotif dan teknologi EV hinggalah penyelesaian pengeluaran pintar, dan ini semakin menarik perhatian industri.

Profil Pameran

Syarikat-syarikat yang mengendalikan produk berikut:

  • Teknologi FA
  • Robot Perindustrian
  • Penyelesaian IoT / M2M
  • Penyelesaian Tenaga Hijau
  • Peralatan Kilang dan Produk Lain

Untuk maklumat lanjut: www.sma-fac.jp/en/

2,270 Pempamer – Pameran Peneraju Dunia Turut Bakal Diadakan Bersama

Selain daripada RoboDEX pertama, empat pameran lain, termasuk NEPCON JEPUN Ke-46, pameran terkemuka dunia untuk teknologi pengeluaran elektronik, dan EKSPO BOLEH PAKAI ke-3, pameran terbesar dunia untuk peranti dan teknologi boleh pakai, turut akan diadakan seiring, lalu mengumpulkan sejumlah 2,270 syarikat besar dan kecil. 

Oleh kerana lima pameran dilangsungkan dan lebih 300 sesi persidangan turut diadakan serentak, 98,000 profesional industri dijangka akan berkumpul dari seluruh dunia. Dengan ratusan mesyuarat perniagaan yang bakal diadakan selama tiga hari ini, masa hadapan industri robotik dan kilang pintar di Jepun bakal menyinar.

Untuk tempahan reruai pameran dan permintaan untuk tiket pameran, sila lawati laman web rasmi yang berkenaan.

5 Pameran yang Berlangsung Serentak

RoboDEX Pertama

www.robodex.jp/en/

DUNIA AUTOMOTIF Ke-9 (Termasuk Ekspo Kilang Automotif Pintar Pertama)

www.automotiveworld.jp/en/

NEPCON JAPAN Ke-46

www.nepconjapan.jp/en/

Ekspo Teknologi Lampu Ke-9

http://www.light-technology.jp/en/

EKSPO BOLEH PAKAI Ke-3

www.wearable-expo.jp/en/

Hubungi

Itsuki Imamura, Perhubungan Awam Antarabangsa
Reed Exhibitions Japan Ltd.
TEL: (+81) 3-3349-8519
FAKS: (+81) 3-3349-8530
E-mel: robo-pr-eng@reedexpo.co.jp / car-pr@reedexpo.co.jp

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160408/0861603122  

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Auto Computer/Electronics Construction/Building Electronic Design Automation Machinery Transportation New products/services Trade show news