omniture

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 Melabuhkan Tirai di Shanghai

60,000 pengunjung hadiri pameran tahun ini yang menampilkan lebih 400 pempamer
Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa
2016-04-13 11:28 588

SHANGHAI, 13 April 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 (CBD-IBCTF (Shanghai)) melabuhkan tirai setelah mengadakan pameran selama empat hari iaitu mulai 23 hingga 26 Mac di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (Shanghai), Hongqiao, anjuran Pameran CBD (Guangzhou) serta pameran barangan dapur dan bilik mandi paling berpengaruh, CIKB.

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 (CBD-IBCTF (Shanghai)) melabuhkan tirai pameran selama empat hari mulai 23 hingga 26 Mac di Pusat Konvensyen & Pameran Kebangsaan (Shanghai), Hongqiao
Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 (CBD-IBCTF (Shanghai)) melabuhkan tirai pameran selama empat hari mulai 23 hingga 26 Mac di Pusat Konvensyen & Pameran Kebangsaan (Shanghai), Hongqiao

CBD-IBCTF 2016 (Shanghai) menyediakan penyelesaian dan pelan yang komprehensif untuk industri bangunan dan pembinaan, serta menghimpunkan lebih 400 buah syarikat daripada kategori kelengkapan rumah tersuai, pintu & tingkap, perkakasan, kediaman pintar, jentera dan juga hiasan dinding. Lantai pameran meliputi kawasan seluas 80,000 meter persegi serta menerima 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pameran tahun ini turut mengadakan 40 forum dan persidangan yang menampilkan sesi istimewa seperti seni bina dan rekaan dalaman, persidangan industri dan mesyuarat pemadanan perdagangan. Kesemua acara ini menarik ramai peneraju dalam industri ini termasuk Davide Macullo, seorang arkitek terkenal di Switzerland serta pengasas Davide Macullo Architects dan juga Massimo Roj, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Progetto CMR.

"CBD-IBCTF (Shanghai) menghubungkan komuniti dalam bidang reka bentuk dengan lebih ramai pembekal bahan. Acara-acara tersebut turut menyediakan platform untuk pereka mempelajari produk bangunan serta hiasan baharu, dan pada masa yang sama membolehkan pengeluar mendekati lebih ramai pereka dan seterusnya mewujudkan saluran pengedaran baharu," kata Liu Yuan, timbalan ketua setiausaha Persatuan Hiasan Bangunan China.

"CBD-IBCTF (Shanghai) bukan sekadar bermatlamat untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran pembinaan dan hiasan kediaman antarabangsa, bahkan turut menyediakan sebuah platform yang membolehkan sesiapa sahaja berkomunikasi antara satu sama lain serta mempelajari perkara baharu tentang industri tersebut," kata Liu Xiaomin, presiden CBD-IBCTF.

Pameran tersebut turut memaklumkan Pameran CBD 2016 (Guangzhou) akan diadakan di Kompleks Pameran Canton, Guangzhou mulai 8 hingga 11 Julai ini. CBD-IBCTF (Shanghai) tahun hadapan pula akan kembali ke Pusat Konvensyen & Pameran Kebangsaan (Shanghai), Hongqiao mulai 22 hingga 25 Mac 2017.

Latar Belakang

Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa 2016 yang turut dikenali sebagai CBD-IBCTF (Shanghai), berlangsung mulai 23 hingga 26 Mac 2016 di Pusat Konvensyen dan Pameran Kebangsaan (Shanghai).

Sebagai salah satu pameran hiasan bangunan terbesar dan paling penting di China, CBD-IBCTF 2016 (Shanghai) merangkumi kawasan seluas 80,000 meter persegi dan menghimpunkan lebih 600 pempamer. Pameran ini menerima sejumlah 60,000 pengunjung pada tahun 2016.

CBD-IBCTF 2016 (Shanghai) menyediakan penyelesaian dan pelan yang komprehensif untuk industri bangunan dan pembinaan.
CBD-IBCTF 2016 (Shanghai) menyediakan penyelesaian dan pelan yang komprehensif untuk industri bangunan dan pembinaan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/0861603266-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160412/0861603266-b

Source: Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Trade show news