omniture

Polyeco International & Lamor Gabung Operasi Perkhidmatan Global sebagai Polyeco Group, Syarikat Perkhidmatan Alam Sekitar Bersepadu Sepenuhnya

Lamor Corporation
2016-05-02 08:56 329

PORVOO, Finland, 2 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Polyeco International dan Lamor Corporation menggabungkan divisyen global masing-masing sebagai Polyeco Group menjadikan ia pembekal perkhidmatan alam sekitar yang terbesar di dunia. Polyeco Group akan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuk perkhidmatan tindakan kecemasan, latihan, pemulihan, pembaikan dan pengurusan sisa di lima buah benua dengan 20 entiti yang beroperasi.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160428/361244)

Rangkaian sedunia yang dibangunkan oleh Lamor sejak 30 tahun lalu akan menyediakan asas untuk melaksanakan rangkaian respons serantau dengan memanfaatkan sumber dari dalam negara berserta keupayaan sokongan antarabangsa. Polyeco mempunyai pengalaman beroperasi selama 40 tahun di seluruh dunia di beberapa lokasi paling sukar. Dengan menggabungkan keupayaan Lamor dan Polyeco, syarikat tersebut mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan pengurusan sisa dan tindakan kecemasan, hasil kepakaran dan pengalaman yang tiada tandingan.

David Nazha, Ketua Pegawai Eksekutif Polyeco Group berkata, "Penubuhan Polyeco Group ialah sebagai tindak balas terhadap perubahan landskap dalam industri kami dan dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pihak penyedia perkhidmatan untuk melabur dalam perkhidmatan yang dipertingkat bagi menawarkan penyelesaian yang menjimatkan kos serta lancar buat para pelanggan kami di seluruh dunia. Gabungan perkhidmatan pengurusan sisa, respons terhadap tumpahan minyak, HNS dan perkhidmatan hazmat menerusi kemudahan, aset serta kakitangan yang berada di Timur Tengah, Timur Jauh, Amerika Utara dan Selatan serta Eropah, menggunakan pendekatan yang fleksibel bagi menyediakan penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan kami bakal menjadikan Polyeco Group sebagai penyedia perkhidmatan tindakan kecemasan dan perkhidmatan sisa yang terbesar dan luas."

Fred Larsen, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Lamor Corporation, menambah, "Kakitangan penting Lamor akan menyertai Polyeco Group bagi menyediakan kepakaran dan menyokong perniagaan perkhidmatan global ini. Lamor akan terus membangunkan peralatan respons yang canggih terhadap tumpahan minyak serta penyelesaian respons sejajar dengan strategi pertumbuhan jangka panjang kami."

Athanasios Polychronopoulos, Pengerusi Eksekutif Polyeco Group, mengulas, "Kami di Polyeco telah berusaha tanpa jemu, sejak syarikat ditubuhkan hampir 40 tahun lalu, untuk terus melabur dan memenuhi permintaan pasaran. Penggabungan ini menandakan satu lagi fasa penting dalam sejarah kami yang telah lama tercatat dan menunjukkan pembangunan dan komitmen berterusan kami bagi menyediakan penyelesaian pengurusan sisa dan berkaitan alam sekitar yang luas khusus untuk pelanggan global kami. Secara dasarnya, kami masih lagi kekal sebagai syarikat milik keluarga, sama seperti Lamor. Kedua-dua cabang perniagaan berpegang kepada prinsip dan standard berasaskan kualiti kerja serta pengalaman selama bertahun-tahun dalam mengekalkan pendekatan yang fleksibel untuk penyelesaian yang mengutamakan pelanggan. Lamor telah mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian perkhidmatan berkualiti yang dipercayai serta luas dan tradisi ini akan membantu Polyeco Group mewujudkan kerjasama baharu yang bersinergi untuk industri ini."

Profil Syarikat: 

http://www.lamor.com/wp-content/uploads/2016/04/pr_polyeco_company_profiles.pdf

http://www.polyecogroup.com

http://www.lamor.com

http://www.polyeco.gr 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Polyeco Group
Loraini Alimantiri, tel. +30-6948500531, l.alimantiri@polyecogroup.com

Lamor Corporation
Tristan Owens, tel: +358-40-759-9040, tristan.owens@lamor.com

SUMBER  Lamor Corporation

Source: Lamor Corporation
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Acquisitions, mergers, takeovers