omniture

Syarikat Gergasi Teknologi Kuang-Chi Bakal Lancar Dana dan Inkubator Global Bernilai $300 Juta di Israel

KuangChi Science
2016-05-03 15:42 327

TEL AVIV, Israel, 3 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Kuang-Chi, sebuah konglomerat teknologi yang berpangkalan di Shenzhen, bakal melancarkan dana inovasi antarabangsa yang berpangkalan di Israel bagi tujuan melabur dalam syarikat-syarikat di seluruh dunia. "Dana & Inkubator Kuang-Chi GCI" bakal menjadi dana pertama Cina yang seumpamanya, menggabungkan pelaburan dalam syarikat-syarikat Israel peringkat pertengahan dan juga syarikat-syarikat global dengan inkubasi daripada Kuang-Chi. Dana yang baru ditubuhkan ini memiliki mandat permulaan bernilai $50 juta yang dirancang untuk dijana menjadi $300 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang.

GCI merujuk kepada Komuniti Inovasi Global yang diasaskan oleh Kuang-Chi. Ia menghimpunkan para penginovasi dari serata dunia dan merealisasikan fiksyen sains serta impian kepada kenyataan dengan membawakan "masa depan" kepada dunia. Kuang-Chi akan menyediakan seluruh sumber korporat, bermula dengan jualan dan pemasaran kepada kolaborasi dalam teknologi serta pembangunan, kepada syarikat-syarikat yang dilaburkan.

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh lima saintis Cina terkemuka yang kembali ke China setelah menerima ijazah lanjutan daripada universiti-universiti di Duke, Oxford, dan Cambridge, kini, Kuang-Chi ialah sebuah kumpulan inovasi global yang beroperasi dari China hinggalah ke Amerika Utara, Eropah, Afrika dan Oceania. Kuang-chi telah memohon lebih 3,000 paten di seluruh dunia daripada sektor meta bahan, fotonik, teknologi satelit, penerbangan dan robotik hanya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini sahaja.

Antara pegangannya, kumpulan ini ialah pemegang saham utama KuangChi Science Limited (00439.HK), Solar Ship Inc., Martin Aircraft Company (ASX:MJP), perintis biometrik Zwipe, dan syarikat komunikasi HyalRoute. Hasil operasi daripada syarikat awam, syarikat pegangan persendirian dan institusi penyelidikan, perolehan syarikat tersebut mencecah lebih $10 bilion.

Kuang-Chi akan turut mengumumkan pelaburan yang dibuat dalam syarikat-syarikat teknologi tempatan Israel yang turut serta dalam GCI, berikutan pelaburan besar yang dibuat dalam syarikat teknologi Israel yang terkemuka. Dr. Ruopeng Liu, pengerusi kumpulan tersebut berkata, "Isreal memiliki keupayaan yang tiada tandingan untuk dunia. Anda memiliki gaya fikir yang istimewa dan wawasan yang serupa dengan Kuang-Chi. Kami berhasrat untuk melabur dalam syarikat-syarikat tempatan yang terbaik dalam sektor biometrik, komunikasi, robotik dan juga AR selain membawa perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya dari segi komersial dan teknologi."

Rakan kongsi lama Kuang-Chi di Israel, Indigo Global, akan mewakili dan mengurus segala aktiviti Dana & Inkubator GCI. Dorian Barak, rakan pengurusan Indigo Global berkata, "Kuang-Chi ialah salah sebuah syarikat teknologi yang paling penting di dunia pada masa kini, hasil gabungan ekosistem teknologi terbaik Shenzhen dan wawasan perluasan dan pembangunan China. Dr. Liu dan pasukannya telah menghasilkan model yang unik dan berkesan bagi tujuan menjalin kerjasama dengan para penginovasi terkemuka dalam pelbagai sektor, yang dapat menyediakan pelbagai sumber kepada syarikat-syarikat yang dilaburnya. Kuang-Chi bukanlah semata-mata sebagai pelabur kewangan untuk pelbagai sumber teknologi, rangkaian pengedaran dan juga keupayaan pembangunan reka bentuk serta produk bagi memberi faedah kepada syarikat-syarikat yang terpilih oleh pemecut yang berpangkalan di China itu. Kami di Indigo amat teruja untuk mengurus platform di Israel dengan matlamat untuk memperluaskan model tersebut ke peringkat global."

Delegasi kanan Kuang-Chi yang diketuai oleh Dr. Liu, termasuk para perwakilan daripada outlet media Cina dan para pegawai eksekutif syarikat, bakal berkunjung ke Israel awal Mei ini bagi mengumumkan dana tersebut secara rasmi dan bertemu para pegawai kerajaan peringkat atasan serta para penggiat industri. Perbincangan akan diakhiri dengan majlis pelancaran di pejabat-pejabat firma guaman utama Israel ERM Law. Rakan kongsi kanan ERM, Amnon Epstein mengulas, "Saya amat berbesar hati dapat mengalu-alukan syarikat teknologi penting di China ini dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Kuang-Chi di Israel."

Sebarang pertanyaan:
Kuang-Chi: xiaokelan@kuang-chi.com +86 181 2625 4673
Indigo Global: vicki@indigog.com +972(9)8322526

Source: KuangChi Science
Related Stocks:
Australia:MJP HongKong:00439 OTC:CPKPY
Keywords: Accounting news, issues Asian-related news Contracts Corporate Expansion