omniture

Tech Mahindra Peroleh Target Group -- untuk Meningkatkan Penawaran Platform BPaaS dalam BFSI

Tech Mahindra
2016-05-30 12:44 357

MUMBAI, 30 Mei 2016 /PRNewswire/ --

- Langkah Strategik Mengukuhkan Keupayaan Untuk Mengambil Kesempatan Daripada Pasaran Fintech Yang Semakin Meningkat, Dengan Automasi Dan Pemprosesan Terus 

- Langkah Ini Menggabungkan Kelebihan Kompetitif Tech Mahindra Yang Disepadukan Untuk Memberikan Perkhidmatan Yang Lebih Baik Dalam Pasaran Penyumberan Luar Perbankan, Perkhidmatan Kewangan Dan Insurans (BFSI) UK.  Sinergi Termasuk Perluasan Platform Ke Pasaran Global Yang Lain Dan Peluang Jualan Silang Yang Signifikan

- Hasil Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun Target Group selama Tiga tahun sebanyak 22%, IP dan Kontrak  dan Hubungan Pelanggan Jangka Panjang  Menggambarkan Peluang Sinergi Hasil yang Signifikan

Tech Mahindra Ltd., pakar dalam transformasi, perundingan dan penjanaan semula perniagaan digital, telah bersetuju untuk memasuki perjanjian memperoleh Target Group, salah satu syarikat platform pemprosesan terkemuka di UK.  Urusniaga ini dijangka akan selesai dimeterai pada penghujung suku kedua Tahun Fiskal 2017, tertakluk kepada kelulusan perundangan yang diberikan.

Pemerolehan ini mengukuhkan amalan BFSI Tech Mahindra menerusi akses kepada IP dan platform yang membantu untuk mengautomasi proses hujung-ke-hujung dalam pasaran pinjaman, pelaburan, dan insurans. Pemerolehan ini meningkatkan keupayaan Tech Mahindra dan membolehkan Tech Mahindra mendapatkan bahagian yang lebih besar daripada jumlah GBP 45-60 bilion perbelanjaan tahunan oleh syarikat BFSI UK untuk perisian dan perkhidmatan.  Tech Mahindra berhasrat untuk meluaskan kehadiran globalnya dan mempertingkat platformnya untuk menyediakan perkhidmatan kepada pasaran lain.

Pemerolehan ini sejajar dengan strategi Tech Mahindra meluaskan keupayaan Fintech (teknologi kewangan) dan menambah IP dan platform untuk memacu ketaklinearan dan bertindak dengan agresif dalam sektor BFSI.  Platform proprietari Target Group mengautomasi pemprosesan, penyelenggaraan dan pentadbiran pinjaman, pelaburan dan insurans yang kompleks dan kritikal.  Platform ini membantu penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi dengan pematuhan terbina dalam yang dilaksanakan dalam persekitaran yang sangat kompleks dan terlaras.  Keupayaannya ini mudah dipindahkan ke pasaran baharu.

Beribu pejabat di UK, Target Group mempunyai 740 kakitangan dan pelanggan francais yang kukuh, termasuk institusi kewangan terkemuka seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley dan Credit Suisse, pemiutang khusus seperti Shawbrook dan organisasi mutual, seperti Yorkshire Building Society.  Target Group memperoleh hasil sebanyak GBP51 juta pada tahun 2015.  Hubungan dengan pelanggan Target Group yang erat membantu ia menjana hasil berulang yang besar.  Target Group juga mempunyai perancangan yang kukuh yang menyediakan keterlihatan pendapatan dan penjanaan aliran tunai yang tinggi.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Tech Mahindra bersetuju untuk membeli 100% saham Target Group.  Target Group bakal kekal sebagai entiti kendiri, mengekalkan jenama sedia ada yang mempunyai reputasi yang kukuh dalam pasaran.  Keseluruhan pasukan pengurusan di Target akan kekal di dalam syarikat dan terus memikul tanggungjawab operasi sepenuhnya.

Platform proprietari: penawaran terbeza

Target Group menyediakan penawaran BPaaS (Proses Perniagaan sebagai satu Perkhidmatan) dalam bidang perkhidmatan penyelenggaraan produk pinjaman dan pelaburan kepada pelanggannya dengan menggunakan model harga yang berbeza.  Platformnya beroperasi pada jumlah yang agak besar dengan tahap automasi yang tinggi, dengan 95% 'pemprosesan terus'.

Gabungan perisian proprietari, amalan pematuhan peraturan yang mantap dan pengetahuan bidang merupakan factor pembezaan utama bagi Target Group.

Significant Synergies Sinergi yang Penting 

Keupayaan Target Group amat menyokong kuat keupayaan perkhidmatan IT BFSI Tech Mahindra dan mempertingkat penawaran Fintechnya dengan signifikan.  Pemerolehan ini melonjakkan Tech Mahindra menjadi salah satu daripada 3 pemproses utama Perkhidmatan Kewangan UK untuk kategori produk pinjaman dan pelaburan yang khusus dan kompleks.  Ia juga mengukuhkan kehadiran Tech Mahindra di Eropah dan meningkatkan bilangan pelanggan baharunya.

Pemerolehan ini bakal membantu Tech Mahindra memperluas penawarannya dalam sektor pinjaman, simpanan dan pelaburan, dan insurans.  Peluang yang besar juga wujud antara Tech Mahindra/Target untuk menawarkan jualan silang kepada kumpulan pelanggan mereka dan memperluaskan platform ke pasaran yang lain.

CP Gurnani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Tech Mahindra, berkata "Platform proprietari dan IP Target Group yang kukuh dan mengubah pasaran dapat meningkatkan penawaran Fintech kami dengan signifikan.  Pemerolehan ini bakal menjadikan kemi pemain industri yang disegani dalam pasaran BFSI UK dengan lebih 50 institusi kewangan besar sebagai pelanggan.  Pemerolehan ini hasil daripada penyatuan beberapa keutamaan strategik kami – menambah IP, menggandakan pendapatan BFSI dan meluaskan kehadiran kami di Eropah.  Kami menanti-nantikan saat untuk mengalu-alukan kakitangan Target Group ke dalam keluarga Tech Mahindra."

Paddy Byrne, Pengerusi, Target Group, berkata "Target Group menumpukan kepada membina kepakaran dalam sektor pinjaman, pelaburan dan insurans, menjadi peneraju pasaran dalam setiap sasaran menegak kami.  Kami memperoleh pertumbuhan yang signifikan dalam empat tahun kebelakangan ini, dengan sokongan pemegang sahan sedia ada, Pollen Street Capital.  Kini kami menantikan saat kemajuan kami melangkah ke tahap seterusnya.  Dengan menyertai Tech Mahindra yang bernilai USD 4 bilion, ia membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan menerusi perluasan penyelesaian dan perkhidmatan yang kami sediakan.  Kami telah membina pasukan pengurusan yang kukuh dan sangat berwibawa, dan kami gembira dengan peluang menerima proposisi gabungan Target Group/Tech Mahindra ke sektor dan kawasan yang lebih luas dalam pasaran Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans."

Latar Belakang Tech Mahindra 

Tech Mahindra mewakili dunia terhubung, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat yang inovatif dan berpusatkan pelanggan, membolehkan Perusahaan, Syarikat Bersekutu dan Persatuan untuk Rise™.  Kami merupakan syarikat bernilai USD 4.0 bilion dengan lebih 105,400 kakitangan professional di 90 negara, membantu lebih 800 pelanggan global termasuk syarikat Fortune 500.  Platform inovasi dan juga aset guna semula kami dihubungkan dengan menggunakan beberapa teknologi untuk memberikan nilai perniagaan yang ketara kepada pihak berkepentingan.  Tech Mahindra juga merupakan syarikat Fab 50 di Asia seperti yang tersenarai dalam Forbes 2015.

Kami merupakan sebahagian daripada Mahindra Group yang bernilai USD 16.9 bilion, yang menggaji lebih 200,000 orang di lebih 100 buah negara.  Group beroperasi dalam industri penting yang memacu pertumbuhan ekonomi, menjadi peneraju dalam traktor, kenderaan utiliti, khidmat selepas jualan, teknologi maklumat dan pemilikan percutian.

Berhubung dengan kami di Connect with us on http://www.techmahindra.com

Latar Belakang Target Group 

Target Group ialah peneraju penyedia penyelesaian Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO) dan perisian untuk lebih 50 institusi kewangan yang besar di dunia, termasuk pelanggan seperti Goldman Sachs, Morgan Stanley, Credit Suisse, Barclays dan Shawbrook Bank.

Platform fintech kami yang meneraju menguruskan aset melebih £24 bilion, membolehkan pelanggan kami mengautomasi pemprosesan, penyelenggaraan dan pengurusan pinjaman, serta pelaburan dan insurans yang kompleks dan kritikal.  Kami memberi kelebihan yang berdaya saing dan membolehkan pertumbuhan yang boleh diukur.  Selain penyelesaian BPO dan perisian, Target juga menggunakan kepakaran bidang yang mendalam untuk memberi nasihat tentang penambahbaikan proses, usaha wajar, dan pematuhan peraturan.

Sistem Target kini memproses lebih 18 juta akaun dan mengutip £3bilion bayaran debit langsung setiap tahun bagi pihak pelanggan sektor swasta dan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut tentang Target Group, sila lawati For further information about Target Group, please visit http://www.targetgroup.com

Hubungan Contact
Vikas Jadhav
Ketua – Hubungan Pelabur
Telefon +91 20 42252839
Emel: vikas.jadhav@techmahindra.com
investor.relations@techmahindra.com 

Chris Tuite
Pengarah Bersekutu
MRM
0203 326 9925 / 07471 350 810
chris.tuite@mrm-london.com

Kirsten Scott
Pengarah Akaun
Éclat Marketing
T: +44 (0)1276 486 000, M: +44 (0)7799 824158
Kirsten@eclat.co.uk

Source: Tech Mahindra
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Acquisitions, mergers, takeovers