Tawaran istimewa boleh didapati di restoran-restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh rantau Asia Pasifik
CANTON, Massachusetts, 31 Mei 2016 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu rantaian makanan bakar dan kopi terkemuka dunia, hari ini mengumumkan satu tawaran menyelerakan kepada peminat donut di seluruh rantau Asia Pasifik. Pada hari Jumaat, 3 Jun, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh rantau akan menawarkan pelanggan donut pilihan mereka dengan percuma (sementara stok masih ada) dengan pembelian minuman Dunkin' Donuts sempena meraikan sambutan Hari Donut Sedunia yang keempat anjuran jenama itu. Beberapa batasan tertentu tertakluk kepada negara. Berkunjunglah ke kedai untuk maklumat terperinci.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO
"Kami teruja untuk meraikan kegembiraan yang dibawakan oleh donut kepada orang ramai di seluruh dunia sempena promosi Hari Donut Sedunia tahunan kami yang keempat," Chris Fuqua, Naib Presiden, Pemasaran Jenama, Tinjauan Pengguna Global & Inovasi Produk, Dunkin' Brands. "Kami berbangga dengan warisan bakeri dan kopi Dunkin' Donuts yang kaya, yang bermula lebih 65 tahun lalu. Kami berharap para pengunjung dapat menikmati tawaran donut percuma dengan pembelian minuman pada hari Jumaat, 3 Jun."
Para pengunjung boleh menikmati tawaran istimewa Hari Donut Sedunia pada pilihan donut klasiknya yang pelbagai, termasuk Boston Kreme, Chocolate Glazed, Jelly-Filled, Glazed dan Chocolate Frosted apabila membeli minuman Dunkin' Donuts. Pilihan minuman termasuk kopi panas dan ais, latte, espresso, cappuccino, tea dan minuman beku Coolatta®. Tawaran ini boleh didapati di lokasi Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian di seluruh rantau ini di negara Indonesia, Malaysia, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Selain daripada tawaran istemewa Hari Donut Sedunia, restoran Dunkin' Donuts terpilih yang mengambil bahagian di seluruh rantau Asia Pasifik akan turut menampilkan Donut Wajah Smiley untuk meraikan senyuman yang dibawakan oleh donut ke wajah orang ramai. Donut Wajah Smiley ialah donut berinti dalam yang dihias dengan wajah smiley yang menarik hati. Inti donut ini akan berbeza-beza mengikut pasaran untuk memenuhi selera tempatan, dan terdapat juga inti seperti Jelly, Bavarian Kreme dan Chocolate Kreme.
Dunkin' Donuts sudah menawarkan donut dan kopi berkualiti tinggi selama lebih 65 tahun, dan pada tahun lalu telah menjual lebih 2.8 bilion donut dan MUNCHKINS® donut berlubang dan lebih 1.9 bilion cawan kopi panas dan sejuk di lebih 11,800 restoran dalam 44 buah negara di seluruh dunia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dunkin' Donuts, ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/DunkinDonuts.
Latar Belakang Dunkin' Donuts
Ditubuhkan pada tahun 1950, Dunkin' Donuts ialah salah satu daripada syarikat makanan bakar dan kopi peneraju di dunia, yang menawarkan barisan kopi, minuman espresso, the, sandwich dan makanan bakar yang berkualiti tinggi. Syarikat ini mempunyai lebih 11,800 restoran dalam 44 buah negara di seluruh dunia. Berpangkalan di Canton, Mass., Dunkin' Donuts merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dunkindonuts.com.