omniture

Bureau van Dijk Perkenal Produk Generasi Baharunya

Bureau van Dijk
2016-06-01 15:00 316

LONDON, 1 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Melancarkan antara muka pengguna baharu bagi membantu syarikat-syarikat penyelidikan mencapai kemajuan selanjutnya 

Bureau van Dijk, pembekal maklumat syarikat yang terkemuka, hari ini memperkenalkan antara muka pengguna generasi seterusnya. Antara muka baharu ini yang diusahakan selama dua tahun, dibangunkan hasil penyelidikan dan pengujian pelanggan yang dijalankan secara terperinci. Pengguna kini mampu mengakses versi terbaharu itu bermula hari ini, iaitu dua produk utamanya: Fame yang merangkumi syarikat-syarikat di UK dan Ireland, dan Orbis, produk kebanggaan syarikat yang kini merangkumi lebih 200 juta syarikat di seluruh dunia.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131213/659058 )

Tema utama bagi antara muka baharu ini ialah "Tonjolkan kesederhanaan, tawarkan sesuatu yang kompleks". Pangkalan data Bureau van Dijk sekian lama dikenali dengan sejauh mana ia membolehkan pengguna memanfaatkan maklumat syarikat yang berkualiti melalui fungsi carian dan analisis. Antara muka baharu ini turut mengekalkan pilihan ini, yang kini dihantar melalui skrin kontemporari yang memberi gambaran kesederhanaan secara serta merta bagi menyediakan pengalaman yang intuitif.

Instrumen visualisasi data baharu ini dapat membantu proses interpretasi prestasi syarikat dan juga set data yang rumit seperti kumpulan syarikat korporat global. Bureau van Dijk telah mengolah pembentangan laporan serta cartanya, dan antara muka baharu ini juga sesuai untuk tablet. Pemindahan penyelidikan kini lebih mudah dan fungsi tambahan yang kontemporari dapat membantu analisis dinamik bagi produk Excel dan produk Office yang lain.

"Pelanggan memainkan peranan yang amat penting untuk projek ini," kata Louise Green, pengarah pemasaran global, Bureau van Dijk. "Antara muka dicipta bagi mengatasi cabaran yang disuarakan oleh mereka kepada kami. Kami menghasilkan penyelesaian yang mudah digunakan dan membantu mereka berusaha secara kolaboratif. Tumpuan utama ialah Ownership Explorer baharu kami yang benar-benar menjalankan fungsi struktur korporat kami yang hebat. Kami telah meningkatkan fungsi nilai pengguna, dan dalam masa yang sama, kami turut melancarkan pengalaman pengguna."

Ketua sumber maklumat bagi sebuah firma akauntan yang terkemuka di seluruh UK menambah, "Kami merupakan sebahagian kumpulan yang mengusahakan projek ini dan telah menguji antara muka baharu ini sejak sekian lama. Kami amat meminati konsep baharunya, dan sangat menyenangi kaedah yang disediakan bagi membantu mengatasi cabaran tertentu yang ditekankan oleh penyelidik kami semasa membangunkannya. Proses untuk menyesuaikan format dan output agar dapat memenuhi keperluan korporat kami kini dipermudah."

Penganalisis industri maklumat terkemuka turut menyatakan pujiannya kepada Bureau van Dijk. Chris Porter daripada Porter Walford Consulting berkata, "Bureau van Dijk sentiasa dikenali dengan kualiti dan perincian datanya. Versi antara muka baharu ini memberikan wajah baharu yang segar dan beberapa ciri-ciri visualisasi data hebat, yang benar-benar dapat mempercepatkan proses penyelidikan."

Bureau van Dijk akan menggunakan kedua-dua versi antara muka lama dan baharu secara serentak agar pengguna boleh memilih untuk beralih kepada versi yang diingini. Syarikat ini akan terus membangunkan antara muka baharu dan berusaha gigih untuk menggunakannya dalam pelbagai produk maklumat.

Video yang memaparkan maklumat penting berkaitan antara muka baharu itu disediakan melalui http://www.vimeo.com/album/3962508 manakala percubaan percuma produk Bureau van Dijk boleh dimohon melalui http://www.bvdinfo.com.

Latar Belakang Bureau van Dijk 

Bureau van Dijk ialah pembekal utama bagi maklumat syarikat swasta, pemilikan korporat dan urus niaga. Rangkaian produk Bureau van Dijk menggabungkan data daripada sumber kawal selia dan sumber lain, termasuk 140 rakan maklumat, berserta perisian yang fleksibel bagi membolehkan pengguna menggunakan data bagi tujuan penyelidikan dan aplikasi.

Pangkalan data Orbisnya menyediakan maklumat mengenai lebih 200 juta syarikat di seluruh dunia. Fame pula merangkumi lebih 10 juta syarikat yang berada di United Kingdom dan Ireland.

Selain itu, Bureau van Dijk membantu mengatasi cabaran khusus perniagaan, melalui rangkaian Catalyst termasuk harga pindahan, kredit, pemerolehan, KYC, sosialisasi organisasi pelanggan, penyelidikan dan penilaian M&A, manakala BvD yang disuaikan dapat menyediakan penyelesaian yang dipesan terlebih dahulu. Bureau van Dijk turut menerbitkan pangkalan data M&A globalnya, Zephyr.

Syarikat ini mengembangkan sayapnya ke peringkat global menerusi lebih 30 buah pejabatnya di seluruh dunia. Sebarang maklumat lanjut tentang Bureau van Dijk, layari http://www.bvdinfo.com. Twitter: @bureauvandijk dan suapan Twitter mengikut kawasan.

Muat turun tangkapan skrin antara muka baharu atau gambar Louise Green. Tangkapan skrin alternatif disediakan atas permintaan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: Louise Green, Pengarah Pemasaran Global, +44-(0)20-7549-5000, bvd@bvdinfo.com.

www.bvdinfo.com/contactus

Source: Bureau van Dijk
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services