omniture

Dek Tinjau sky100 Hong Kong Menawarkan Pengalaman Setinggi Langit Little Twin Stars Edisi Terhad; Sijil Anugerah Kecemerlangan TripAdvisor Tiga Kali Berturut-turut Mengesahkan sky100 Sebagai Destinasi yang Wajib Dikunjungi Musim Panas Ini

sky100 Hong Kong Observation Deck
2016-06-08 10:41 624

HONG KONG, 8 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Terletak di tingkat ke-100 di Pusat Perdagangan Antarabangsa, bangunan tertinggi di Hong Kong, Dek Tinjau sky100 Hong Kong (sky100) merupakan dek tinjau tertinggi dan satu-satunya dek tinjau dalam bangunan yang menyediakan pandangan bandar yang menyeluruh dan Pelabuhan Victoria yang terkenal. Bermula pada 15 Julai hingga 23 Ogos, pengunjung dapat menyertai "Kembara Hong Kong Setinggi Langit sky100-Little Twin Stars" yang baharu dan mengujakan. Ayuh alami sendiri kedinamikan Hong Kong berserta Little Twin Stars, dan amati keindahan yang menakjubkan terhadap Bandar Dunia Asia dari atas!

Dek Tinjau sky100 Hong Kong Menawarkan Pengalaman Setinggi Langit Little Twin Stars Edisi Terhad; Sijil Anugerah Kecemerlangan TripAdvisor Tiga Kali Berturut-turut Mengesahkan sky100 Sebagai Destinasi yang Wajib Dikunjungi Musim Panas Ini
Dek Tinjau sky100 Hong Kong Menawarkan Pengalaman Setinggi Langit Little Twin Stars Edisi Terhad; Sijil Anugerah Kecemerlangan TripAdvisor Tiga Kali Berturut-turut Mengesahkan sky100 Sebagai Destinasi yang Wajib Dikunjungi Musim Panas Ini

 

Dek Tinjau sky100 Hong Kong Menawarkan Pengalaman Setinggi Langit Little Twin Stars Edisi Terhad; Sijil Anugerah Kecemerlangan TripAdvisor Tiga Kali Berturut-turut Mengesahkan sky100 Sebagai Destinasi yang Wajib Dikunjungi Musim Panas Ini
Dek Tinjau sky100 Hong Kong Menawarkan Pengalaman Setinggi Langit Little Twin Stars Edisi Terhad; Sijil Anugerah Kecemerlangan TripAdvisor Tiga Kali Berturut-turut Mengesahkan sky100 Sebagai Destinasi yang Wajib Dikunjungi Musim Panas Ini

Temui Little Twin Stars yang comel yang bertemakan Hong Kong, "Pakej Berbintang Setinggi Langit" ("Starry Sky-high Package") yang berharga hanya HK$248 (Dewasa) dan HK$198 (Kanak-kanak/Warga Emas), termasuk dua kemasukan dan lima ciri-ciri baharu iaitu:

  1. Dekorasi bertema Little Twin Stars edisi terhad;
  2. "Galaksi Setinggi Langit Little Twin Stars" daripada sky100 yang julung kali diadakan, menawarkan pengalaman waktu malam yang bergemerlapan dan romantik;
  3. Aktiviti didik hibur bersama "Panduan Bintang-bintang Little Twin Stars Mengelilingi Hong Kong" menampilkan fakta menarik dengan mengikuti Little Twin Stars menerokai pelbagai lokasi terkenal di Hong Kong;
  4. "Sudut Kreatif Little Twin Stars", yang memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan dua hasil kraftangan daripada kertas yang bertema khas sebagai cenderamata unik untuk dibawa pulang bersama anda;
  5. Satu pemegang kad bertema Little Twin Stars edisi terhad.

Apa lagi yang lebih menarik? Pengunjung juga berpeluang menikmati makanan dan minuman edisi terhad bertema Little Twin Stars di kafe Vista@sky100. Nikmati kehebatan rasa dan keseronokan visual secara serentak!

Kesemua bandar utama di seluruh dunia memiliki dek tinjau ikonik yang tersendiri, dan sky100 pastinya sebuah dek tinjau untuk Hong Kong. Dek tersebut yang baru dibuka sejak lima tahun lalu, menerima Sijil Kecemerlangan daripada TripAdvisor sebanyak tiga kali berturut-turut, iaitu pada tahun 2014, 2015 dan 2016, yang mengiktiraf pandangan mengagumkan yang terbentang. Sijil Kecemerlangan ini menjadikan sky100 berada dalam senarai 10% lokasi menarik yang terbaik oleh TripAdvisor. Dek ini turut memperkayakan pengalaman pengunjung dengan memperlihatkan budaya unik Hong Kong melalui kemudahan tercanggih serta aplikasi AR yang interaktif. sky100 ialah lokasi paling sempurna bagi menikmati pandangan yang hebat di Hong Kong, dan pastinya menjadi acara kemuncak dalam jadual perjalanan anda!

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi sky100 (www.sky100.com.hk).

©1976, 2016 SANRIO CO., LTD. 
No. Kelulusan P160600052BC

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160606/8521603666-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160606/8521603666-b

Source: sky100 Hong Kong Observation Deck
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beverages Food/Beverages Leisure/Travel/Hotels Travel Awards Children-related news New products/services Senior Citizens