omniture

APR Energy Menangi Projek Turbin Mudah Alih 350MW di Argentina

APR Energy
2016-06-16 18:04 698

Perjanjian selama lima tahun merupakan satu kemenangan terbesar dalam sejarah syarikat

JACKSONVILLE, Florida, 16 Jun 2016 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju global bagi penyelesaian kuasa pantas, hari ini mengumumkan ia mendapat dua projek lima tahun yang bernilai lebih $450 juta oleh Kementerian Tenaga dan Perlombongan Argentina untuk menyediakan kapasiti penjanaan sebanyak 350MW buat negara kedua terbesar di Amerika Selatan itu. Kapasiti penjanaan itu akan dibahagikan kepada dua kawasan, menggunakan 14 turbin gas mudah alih dwibahan api tercanggih milik Syarikat.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160615/380032
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO

 "Ini merupakan pemberian pembidaan tunggal yang terbesar dalam sejarah APR Energy dan ini semua adalah hasil daripada memiliki kakitangan dan teknologi terbaik dalam industri kami. Saya amat berbangga dengan pasukan kami," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif John Campion.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga dan Mineral atas keyakinan berterusan mereka terhadap kebolehan kami dalam menyediakan kuasa yang andal buat orang ramai dan syarikat di Argentina," kata Campion. "Argentina telah menjadi pelanggan utama kami sejak bertahun-tahun dan kami amat berbesar hati kerana menerima bahagian terbesar dalam kapasiti penjanaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari luar negara. Kami berharap dapat memanfaatkan peluang yang diberikan untuk terus menyediakan kuasa elektrik kepada Argentina sehingga dekad seterusnya."

APR Energy telah bertapak di Argentina secara berterusan sejak tahun 2008. Kini, syarikat ini menjana gabungan kuasa berjumlah 75MW di tiga lokasi: Formosa, Magdalena dan Sáenz Peña.

Menerusi projek 350MW di Argentina, APR Energy dianugerahkan lebih 750MW untuk perniagaan baharu bagi tahun 2016. Ini merupakan anugerah keempat buat APR Energy sejak tahun lalu untuk turbin gas mudah alih, termasuk projek semasa yang dijalankan di Mesir dan Tasmania.

"Anugerah projek di Argentina kami ini selanjutnya menunjukkan turbin memainkan peranan penting dalam pasaran kuasa pantas. Turbin merupakan teknologi pilihan untuk utiliti dan penyelesaian yang dapat disepadukan dengan lancar ke dalam infrastruktur sedia ada," kata Campion.

Latar Belakang APR Energy

APR Energy ialah penyedia terulung dunia bagi kuasa turbin mudah alih pantas. Penyelesaian kuasa yang pantas, fleksibel dan lengkap daripada kami memberikan pelanggan kami dengan akses pantas kepada tenaga elektrik yang andal pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, selagi mereka memerlukannya. Hasil gabungan teknologi canggih yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran yang terhebat dalam industri, loji pasang siap yang boleh diskala daripada kami membantu mengurus bandar, negara, dan industri di seluruh dunia bagi kedua-dua pasaran maju serta pasaran membangun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.

Galeri Foto Media

Source: APR Energy
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Gas Oil/Energy Utilities Contracts