omniture

IOF Lancar Kempen Kesedaran Global 2016 untuk Hari Osteoporosis Sedunia

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2016-06-20 17:00 668

NYIN, Switzerland, 20 Jun 2016  /PRNewswire/ --

Sayangi Tulang Anda: Lindungi Masa Depan Anda

Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) telah mengadakan kempen kesedaran bersempena Hari Osteoporosis Sedunia (WOD), yang disambut setiap tahun di seluruh dunia pada tanggal 20 Oktober untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap penyakit osteoporosis.

Dengan tema Sayangi Tulang Anda: Lindungi Masa Depan Anda, WOD 2016 menyeru orang ramai agar mengambil langkah awal dalam melindungi kesihatan tulang dan otot, serta kepada pihak bertanggungjawab dan pakar perubatan untuk melindungi kesihatan tulang komunitimereka.

"Kemerosotan isipadu tulang yang berlaku disebabkan osteoporosis mungkin tidak kelihatan dan tidak menyakitkan, tetapi penyakit 'senyap' ini akan mengakibatkan keretakkan tulang dan seterusnya menyebabkan kesakitan, kecacatan, dan kehilangan daya berdikari atau kematian mengejut. Oleh sebab itu, kami sangat berharap agar pesakit osteoporosis melindungi diri mereka daripada keretakkan tulang dengan mengamalkan gaya hidup tulang-sihat, di samping menjalani rawatan yang cukup dan sewajarnya," kata Prof. John Kanis, Presiden IOF.

Ia dianggarkan masalah keretakkan tulang yang berkaitan dengan osteoporosis berlaku setiap tiga saat di seluruh dunia. Bermula dari umur 50 tahun, setiap seorang dalam tiga orang wanita dan setiap seorang dalam lima orang wanita akan mengalami masalah keretakkan tulang dalam baki jangka hayatnya. Untuk wanita, risiko keretakkan tulang pinggul lebih tinggi berbanding jumlah risiko menghidap penyakit barah payu dara, ovari dan rahim. Kira-kira 50% penghidap penyakit osteoporosis yang pernah mengalami keretakkan tulang akan mengalaminya lagi, dan risiko untuk keretakkan baru akan meningkat dengan setiap keretakkan yang berlaku.

Walaupun terdapat kemajuan dalam teknologi diagnosis, pernilaian, dan pencegahan untuk mengurangkan risiko keretakkan, hanya sebilangan kecil lelaki dan wanita yang telah menerima rawatan. Dianggarkan, cuma 10% daripada wanita warga emasyang berisiko mendapat masalah keretakkan telah menjalani terapi rawatan osteoporosis. Di Eropah, pada tahun 2010, terdapat 21.3 juta individu dikesan berisiko tinggi mengalami keretakkan osteoporosis, dan 12.3 juta daripadanya tidak mendapat rawatan.

Ketua Pegawai Eksekutif IOF Judy Stenmark memberi komen, "Kempen ini menyeru kepada semua individu untuk mengambil langkah pencegahan awal dan bermula dengan Ujian Risiko Osteoporosis Seminit IOF. Ia juga menyeru kepada doktor dan pihak bertanggungjawab dalam sektor kesihatan untuk memastikan penilaian dan rawatan yang dijalankan keatas pesakit berisiko tinggi dapat mengurangkan beban yang dihadapi pesakit keretakkan tulang dengan sewajarnya."

Kontak Media: Catherine Laverty, IOF. +41-79-874-52-08, claverty@iofbonehealth.org

Ujian Risiko IOF: https://iofbonehealth.org/iof-one-minute-osteoporosis-risk-test

WOD, disambut setiap tahun pada tanggal 20 Oktober, telah meraihkan kempen yang berjalan selama setahun http://worldosteoporosisday.org/ #LoveYourBones

Rakan Rasmi WOD: Amgen, Fonterra, Lilly, MSD, Sunsweet

Latar Belakang IOF
IOF adalah NGO terbesar di dunia yang memberi fokus terhadap pencegahan, diagnosis, dan rawatan osteoporosis serta penyakit berkaitan dengan muskuloskeletal: http://www.iofbonehealth.org

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Not for profit