TAIPEI, Taiwan, 21 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Kavalan, pembuat wiski terunggul Taiwan, meraih anugerah tertinggi dalam kategorinya sempena International Spirits Challenge (ISC) menerusi Kekuatan Tong Tunggal Ex-Bourbon Kavalan Solistnya.
"Ex-Bourbon kami yang penuh berperisa dimatangkan dalam tong ex-Bourbon Amerika, ditapis tanpa sejuk dan mempunyai rasa vanila, buah-buahan dan kelapa," kata pemilik Kilang Penyulingan Kavalan, En. YT Lee.
Pengerusi kategori 'Wiski Lain' dan pakar pengadun Whyte & Mackay Distillers, Richard Paterson, berkata: "Kavalan merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, namun kualiti dan kekonsistenan wiskinya yang hebat adalah suatu yang mengagumkan."
Para hakim ISC menganugerahkan "Trofi" bagi setiap kategori menerusi "Produk yang Hebat, [dengan] Kualiti yang Tiada Tandingan", mendapat skor terbaik antara 90 hingga 100 mata.
Trofi yang dirangkul oleh Kavalan ini menjadi tambahan bagi 5 pingat Emas yang telah dimenangi daripada pertandingan wiski ISC ke-21 tahun ini menerusi Oak Ex-Bourbon, Podium, Kekuatan Tong Tunggal Solist Brandy, Kekuatan Tong Tunggal Solist Moscatel Sherry, serta pingat emas untuk Ex-Bourbon.
Kavalan turut disenarai pendek bagi menerima pengiktirafan istimewa anugerah global "Kilang Penyulingan Terbaik" yang "berjaya… dari segi prestasi kesemua jenama yang disertai oleh sebuah syarikat."
Tahun ini, Kekuatan Tong Tunggal Solist Amontillado Sherry dipilih sebagai "Wiski Malt Tong Tunggal Terbaik Dunia" oleh World Whiskies Awards (WWA) yang berprestij. WWA memilih Kavalan Solist Vinho Barrique sebagai "Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia" 2015.
Latar Belakang Kavalan Whisky
Kilang Penyulingan Kavalan di Taiwan dikhususkan untuk pembuatan wiski malt tunggal sejak tahun 2006. Kilang penyulingan wiski subtropika pertama dunia ini merupakan pelopor dalam pembuatan wiski dalam iklim yang panas, dan berjaya merangkul lebih 180 anugerah emas. Di kilang penyulingannya, pasukan penyelidikan & pembangunan (R&D) bertaraf dunia dan pakar pengadun yang terlatih di UK, berserta perunding wiski antarabangsa, memantau proses pengeluaran 5 juta botol wiski yang memiliki rasa terbaik di dunia pada setiap tahun, termasuk Wiski Malt Tunggal Terbaik Dunia 2015, Solist Vinho Barrique.
Dimatangkan dalam botol kayu oak dari Amerika dalam keadaan lembap dan panas yang tinggi, Kavalan juga memanfaatkan bayu laut dan gunung, serta mata air Gunung Salji, yang hasil gabungannya menciptakan rasa berkrim Kavalan Whisky yang terkenal. Nama Kavalan berasal daripada nama lama Wilayah Yilan, dan disokong oleh 30 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman, hasil usaha syarikat induknya, King Car Group. Kavalan boleh didapati di 40 buah negara. Layari www.kavalanwhisky.com/en/
Maklumat Perhubungan Media:
Yvonne Chou
886-3922-9000#7162
yvonne@kavalandistillery.com
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160720/8521604679