omniture

XCMG Eksport Enam Pelantar Penggerudian Berputar ke Thailand, Mara Selangkah dalam Pasaran Asia Tenggara menerusi Produk dan Perkhidmatan Berkualiti Terbaik

XCMG
2016-07-22 00:06 1368

XUZHOU, China, 22 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan utama, XCMG telah menghantar enam pelantar penggerudian berputar ke Thailand yang akan digunakan untuk membina cerucuk jambatan lebuh raya, termasuk dua XR180D, dua XR180DII, satu XR220DII dan satu XR280DII, bagi membantu pelaksanaan projek ini menggunakan produk dan perkhidmatan berkualiti terbaik.

Strategi global XCMG adalah untuk memberi tumpuan terhadap Asia Tenggara bagi memperluas jangkauan produk jentera cerucuk dan jentera tangki korekan.
Strategi global XCMG adalah untuk memberi tumpuan terhadap Asia Tenggara bagi memperluas jangkauan produk jentera cerucuk dan jentera tangki korekan.

Pelantar penggerudian berputar dan pelantar penggerudian arah mendatar yang dibangunkan dan dikeluarkan secara bebas, XCMG memegang bahagian pasaran utama bagi kedua-dua produk tersebut. Pelantar penggerudian kini digunakan di lebih 20 buah negara dan kawasan di seluruh dunia. Pelantar penggerudian berputar pelbagai fungsi XR180DV dihantar ke AS pada musim bunga ini, iaitu model terbaik yang disahkan dan disuai khusus mengikut kehendak pelanggan.

Dalam tempoh lima tahun, XCMG memperoleh 200 paten yang diluluskan untuk produk-produk baharu. XCMG turut melancarkan model pelantar penggerudian berputar termasuk XR220DII, XR180DII, XR280DII, XR320D, dan pelantar penggerudian berputar pelbagai fungsi "Siri E" yang dapat menyediakan penyelesaian pembinaan tapak yang komprehensif buat pelanggan dengan kehendak yang berbeza.

Setelah meraih kejayaan penting dalam pasaran Amerika Selatan, Asia Tengah, Afrika dan Rusia, strategi global XCMG adalah untuk memberi tumpuan terhadap Asia Tenggara bagi memperluas jangkauan produk jentera cerucuk dan jentera tangki korekan.

Selain enam pelantar penggerudian berputar yang kini digunakan di Thailand, syarikat ini turut menghantar tiga pelantar penggerudian berputar ke Phnom Penh pada April lalu untuk digunakan bagi membina cerucuk bangunan. Pelantar penggerudian arah mendatar XZ320E dan mesin pembicuan paip keseimbangan buburan XDN500 yang dipamerkan di Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Tangki Korekan kali ke-9 di Kuala Lumpur, Malaysia menerima tempahan pada hari pertama acara tersebut.

Bermula pada April hingga Mei, jelajah perkhidmatan global 2016 telah melawat lebih 20 tapak projek pembinaan di Malaysia dan menyediakan alat dan sokongan yang komprehensif berkaitan peralatan pembinaan.

"Produk-produk XCMG memilik antara prestasi dan kebolehan terbaik di dunia. Kami lebih menggemari pelantar penggerudian berputar kerana ciri-cirinya yang tinggi kecekapan, ketepatan dan mesra alam, selain menerima sokongan padu daripada pasukan perkhidmatan mereka yang bertaraf dunia," kata Ahmad Yazid, pelanggan XCMG dari Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 170 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160721/0861607325

Source: XCMG
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Contracts