omniture

Penyempuranaan kilang fasa II menandakan permulaan baharu GAC Motor

GAC Motor
2016-08-02 12:20 755

GUANGZHOU, China, 2 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar kenderaan terbaik China, GAC Motor, mengadakan majlis penyempurnaan kilang fasa II baharu syarikat di Panyu, Guangzhou pada 28 Jun lalu, dan turut melancarkan SUV GS8 dan sedan hibrid pasang masuk GA3S PHEV, mengorak satu langkah ke hadapan untuk meluaskan lagi kapasiti pengeluaran dengan tahap kecekapan yang dipertingkat. Pada bulan lepas, sedan GA8 hitam yang baru dilancarkan menjadikannya kenderaan ke-600,000 yang dikeluarkan di GAC Motor sejak pertama kali dilancarkan pada September 2010.

Jun Yu, pengurus besar GAC Motor, berucap pada majlis penyempurnaan kilang fasa II yang baharu milik syarikat itu.
Jun Yu, pengurus besar GAC Motor, berucap pada majlis penyempurnaan kilang fasa II yang baharu milik syarikat itu.

Penyempurnaan kilang fasa II ini menandakan permulaan baharu terhadap usaha penyelidikan & pembangunan bebas GAC Motor dengan penyepaduan sistem pengeluaran yang menyeluruh dan penggunaan teknologi pintar yang membolehkan syarikat mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 650,000 buah kenderaan.

GAC Motor turut mengguna pakai teknologi hijau dan mampan dalam pengeluaran kenderaan, menggunakan bahan mesra alam untuk menyingkirkan bahan serta habuk berbahaya dalam bahan buangan kilang bagi mengurangkan pencemaran udara.

Kilang fasa II ini dibina dalam tempoh 15 bulan mengikut prinsip ringkas, nipis dan kompak. Ia dijangka mampu mencapai kapasiti pengeluaran harian sebanyak 740 buah kenderaan menjelang akhir bulan Ogos dan dianggarkan akan menghasilkan 150,000 buah kenderaan setiap tahun.

Usaha berterusan GAC Motor terhadap penyelidikan & pembangunan turut mengurangkan kos pengeluaran di kilang baharu ini dengan banyaknya.

"Di premis dengan skala pengeluaran dan peralatan pembuatan yang sama, kos pelaburan GAC Motor adalah hanya separuh daripada jenama usaha sama lain dan 30 peratus lebih rendah berbanding jenama bebas lain," kata jurucakap GAC Motor.

Kini, skala pengeluaran GAC Motor terus diperluas apabila kilang fasa II beroperasi sepenuhnya. Selain menghasilkan model kereta utama yang dibuat secara bebas seperti GS4, GA8 GS5 Super dan banyak lagi, pasukan penyelidikan & pembangunan GAC Motor turut mereka bentuk barisan pemasangan enjin berukuran 90 meter panjang yang baharu dan inovatif dengan kelajuan pengeluaran selama 52 saat bagi setiap enjin. Barisan pemasangan ini juga boleh menghasilkan lebih 200 model enjin, menjadikan jumlah pengeluaran tahunan mencecah 700,000 enjin.

"Apabila kilang baharu beroperasi sepenuhnya, GAC Motor akan dapat mengeluarkan kenderaan berkualiti terbaik dengan kecekapan pengeluaran tertinggi dari segi masa dan kos, mencapai pembangunan yang mantap dan mampan bagi seluruh rangkaian industri yang melibatkan kilang, pembekal, peniaga dan pengguna," kata jurucakap tersebut.

Statistik terkini daripada Persatuan Kereta Penumpang China menunjukkan GAC Motor telah menjual sejumlah 159,000 buah kereta pada separuh pertama tahun 2016, mencapai pertumbuhan sebanyak 170%. Pada bulan Jun, syarikat menjual 26,100 buah kenderaan dalam masa satu bulan, pertumbuhan 143.6 peratus berbanding tahun sebelumnya dan yang tertinggi dalam kalangan semua jenama automobil Cina.

Jurucakap menerangkan empat prinsip asas GAC Motor dalam meluaskan skop pengeluaran dan pasaran, memberi penekanan terhadap kualiti produk, penggunaan sumber melalui mod pengeluaran lanjutan, pembangunan mampan dan mesra alam serta berkongsi hasil kejayaan daripada pembaharuan pengeluaran dengan industri.

Rancangan masa hadapan syarikat itu ditetapkan agar mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak satu juta kenderaan menjelang tahun 2020 selepas mewujudkan rangkaian penyelidikan dan pembangunan global yang disokong oleh Institut Kejuruteraan Automotif GAC, rangkaian bekalan global, kelompok pemasaran dan model perkhidmatan serta mengasaskan platform kenderaan dan rangkaian kuasa, selain membina kekuatan daya saing teras syarikat dalam pasaran antarabangsa.

Latar Belakang GAC Motor
GAC Motor ialah sebuah anak syarikat GAC Group yang komited dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kereta dengan kualiti bertaraf dunia. GAC Motor tersenarai pada kedudukan lapan terbaik antara semua jenama yang tersenarai dalam Kajian Kualiti Awal China 2015 daripada J.D. Power Asia Pasifik, iaitu kedudukan tertinggi antara semua jenama Cina selama tiga tahun berturut-turut.

HUBUNGI:

Zhujun Wang
+86-20-3920-6308 
sukie_gacmotor@126.com 

Qi Li
liqi@gacmotor.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160801/0861607670

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Trucking and Road Transportation Corporate Expansion