omniture

Heraeus Photovoltaics Menang bagi Keputusan Paten Taiwan

Mahkamah Harta Intelek Taiwan mengesahkan kesahihan paten bagi pes pengalir syarikat
Heraeus Holding GmbH
2016-08-08 08:24 542

TAIPEI, Taiwan, 8 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Heraeus Photovoltaics, pembekal utama dunia bagi penyelesaian penyaduran untuk industri fotovolta (PV), mengumumkan Mahkamah Harta Intelek Taiwan mengesahkan kesahihan Paten Taiwan Heraeus No. I432539 menerusi penghakiman interlokutori dan menolak dakwaan ketidaksahan oleh Giga Solar Materials Corporation.

Pada 10 Jun 2015, Heraeus memfailkan aduan kepada Mahkamah Harta Intelek Taiwan terhadap Giga Solar Materials Corporation mengenai pelanggaran hak paten bagi Paten Taiwan Heraeus No. I432539. Tindakan undang-undang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Harta Intelek Taiwan. Heraeus yakin dakwaan berkaitan isu yang belum selesai (termasuk isu pelanggaran hak) akan disokong oleh Mahkamah Harta Intelek Taiwan.

Pada 30 Disember 2015, Lembaga Pemeriksaan Semula Paten China mengesahkan kesahihan Paten Cina Heraeus No. 201010529562.7, yang mempunyai kaitan dengan Paten Taiwan Heraeus No. I432539. Syarikat tersebut yakin kedua-dua keputusan yang muktamad di China dan Taiwan terus mengukuh hak harta intelek Heraeus.

Paten Taiwan Heraeus No. I432539 mendedahkan penggunaan pes pengalir untuk membentuk elektrod sel suria, termasuk: kuasa pengalir yang merangkumi perak sebagai komponen utama; frit kaca; dan bahan organik, dengan frit kaca yang mengandungi frit kaca telurium yang terdiri daripada 30 hingga 90 mol% telirium oksida sebagai komponen yang membentuk jaringannya. Teknologi berpaten ini memungkinkan penghasilan elektrod sel suria yang mempunyai kebergantungan rendah terhadap suhu tinggi tanpa menimbulkan sebarang komplikasi disebabkan oleh suhu yang tinggi yang dikenakan ke dalam substrat, seterusnya dapat membentuk sel suria yang memiliki ciri-ciri sel suria yang bagus.

"Kami amat berbesar hati Mahkamah Harta Intelek Taiwan memutuskan bahawa paten kami adalah sah," kata Andreas Liebheit, Presiden bagi Unit Perniagaan Global, Heraeus Photovoltaics. Beliau menambah, "Kami telah membuat pelaburan besar untuk penyelidikan & pembangunan (R&D) yang dijalankan atas satu sebab: untuk terus membawakan idea baharu dan nilai yang lebih hebat buat pelanggan kami agar mereka dapat menghasilkan produk yang lebih inovatif dan terus membantu kejayaan perniagaan mereka. Keputusan muktamad pihak mahkamah adalah satu kemenangan buat pelanggan kami."

Latar Belakang Heraeus 

Heraeus Photovoltaics ialah pembangun dan pengeluar terkemuka dalam industri bagi pes penyaduran perak untuk industri fotovolta. Heraeus, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Hanau, Jerman, ialah sebuah syarikat milik keluarga bertaraf antarabangsa yang utama dan ditubuhkan pada tahun 1851. Antara produk lain, ia turut menawarkan pelbagai pilihan penyelesaian untuk industri tenaga boleh diperbaharui. Bermula dengan modul elektronik kuasa yang dioptimum, bahan tambahan yang meningkatkan kecekapan untuk simpanan tenaga, kepada penyelesaian untuk penghasilan hidrogen. Pada tahun kewangan 2015, jumlah perolehan yang dijana oleh Heraeus tanpa logam berharga ialah €1.9 bilion, manakala jumlah perolehan keseluruhan mencecah €12.9 bilion. Bersama kira-kira 12,500 kakitangan di seluruh dunia yang berkhidmat di lebih 100 buah anak syarikat di 38 buah negara, Heraeus diiktiraf sebagai peneraju utama dalam pasaran dunia.

Hubungi Bahagian Media Perdagangan:
Kevin Chen
Pengurus Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat Serantau China Heraeus
Heraeus (China) Investment Co., Ltd.
Telefon: +86-21-3357-5261
Faks: +86-21-3357-5230
E-Mel: kevin.chen@heraeus.com
Laman Sesawang: http://www.heraeus.com

Source: Heraeus Holding GmbH
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Utilities Legal issues Patent Law