omniture

G2A dan Sporting Club de Portugal Mengukuhkan eSports dalam Saluran Arus Perdana

G2A.com
2016-08-08 18:15 506

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 8 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- G2A.COM, pasaran permainan digital yang telah memenangi banyak anugerah dan paling pesat berkembang di dunia, telah bekerjasama dengan Sporting Club de Portugal (SCP), salah satu pasukan bola sepak terbesar Eropah, untuk mengukuhkan kedudukan eSports dalam saluran arus perdana antarabangsa. Pada tahun 2016, eSports dijangka akan membawa hasil yang melebihi $500 juta seluruh dunia.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160807/396211 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160807/396212 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160807/396213 )

SCP bukan sahaja salah satu pasukan bola sepak terulung di Portugal, malah di Eropah juga, SCP kerap muncul dalam kedua-dua Liga Juara-juara UEFA dan Liga Europa UEFA. Kelab ini terkenal di seluruh dunia kerana menjadi platform untuk kerjaya legenda Portugis seperti Luis Figo dan Cristiano Ronaldo.

Setelah menandatangani perjanjian sebagai pemain FIFA, Francisco "Quinzas" Cruz, bagi mewakili mereka, SCP dengan beraninya memasuki arena eSports. Cruz, 21 (seperti dalam gambar), menjadi Juara Dunia FIFA yang termuda pada tahun 2011 dan masih merupakan salah seorang pemain terbaik FIFA di dunia hari ini, menjadikan beliau aset untuk program eSports SCP. http://www.sportingesports.com/

Kelab ini akan menganjurkan perlawanan eSports akan datang iaitu G2A Lion Games - yang akan memberi peluang kepada pemain FIFA bermain untuk kelab, dan untuk mengembangkan hubungan mereka dengan G2A ke peringkat seterusnya.

eSports telah bermula secara besar-besaran dalam kalangan pasukan bola sepak Eropah tahun ini, bersama Manchester City, Wolsfburg dan West Ham United yang kesemuanya telah menandatangani perjanjian sebagai pemain profesional eSports FIFA untuk mewakili kelab mereka di perlawanan rasmi FIFA.

Melalui kerjasama dengan lebih 70 pasukan dan lebih 100 acara, kini G2A merupakan salah satu pembangun jenama eSports utama di dunia dan tahun demi tahun, ia telah menunjukkan dedikasi dan semangat mereka terhadap industri ini dengan melabur lebih $10 juta dalam industri. G2A membuat kemunculan dalam dokumentari BBC "The Supergamers", agar dapat mengukuhkan lagi kepimpinan mereka dalam eSports.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran G2A, Dawid Rozek, mengulas: "G2A berharap agar eSports dapat terus berkembang maju setiap tahun. Menerusi setiap projek, kami akan membawa eSports selangkah ke hadapan. Jalinan kerjasama dengan pasukan terkemuka seperti SCP menunjukkan wujudnya masa hadapan yang cerah untuk industri bertaraf global ini."

Jurucakap SCP, Marcio Figueiredo, menambah: "Projek ini hanya mampu terlaksana menerusi kepercayaan dan sokongan padu G2A.COM, oleh itu kami benar-benar berterima kasih kepada mereka.

André Santos, Penyelaras Jualan di G2A, yang menghadiri sidang akhbar SCP, berkata: "Sebagai peneraju dalam industri permainan digital, G2A menyedari tentang peranannya bagi memberikan khidmat dan membangunkan seluruh industri permainan digital ini dan pengumuman ini membolehkan Portugal mengambil langkah untuk terus maju ke hadapan."

https://www.g2a.co/presentation/index.html

https://www.g2a.com/  

https://www.g2a.co/press

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Licensing/marketing agreements