omniture

Copyrobo Memperkenalkan Perkhidmatan Hak Cipta Generasi Baharu yang Mematuhi Peraturan EU Baharu eiDAS

Copyrobo
2016-08-09 08:00 641

BANDAR HO CHI MINH, Vietnam, 9 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Kurang daripada 60 saat, Copyrobo Service dapat menyediakan bukti undang-undang untuk hak cipta anda yang boleh diterima oleh mana-mana mahkamah bagi 28 Anggota EU.

Copyrobo, aplikasi mudah alih dan web yang diiktraf di seluruh dunia membolehkan setiap individu melindungi hak cipta mereka mengikut undang-undang di seluruh dunia hanya dalam masa beberapa saat. Copyrobo menyediakan kemudahan yang membolehkan pencipta berkongsi hasil kerja mereka mengikut kemahuan mereka dengan perlindungan undang-undang yang menyeluruh.

Copyrobo Service mematuhi Peraturan EU baharu eiDAS, yang memperkenalkan konsep penyedia perkhidmatan yang disahkan dan dipercayai serta cop masa elektronik yang disahkan. (No 910/2014, sah bermula pada 1 Julai 2016.) Peraturan tersebut menyatakan "Cop masa elektronik yang disahkan yang diberikan untuk satu Negara Anggota akan diiktiraf sebagai cop masa elektronik yang disahkan oleh semua Negara Anggota." (Artikel 41/3)

Copyrobo bekerjasama dengan Penyedia Perkhidmatan yang Disahkan dan Dipercayai serta Lembaga Cop Masa Dipercayai yang membolehkan setiap individu melindungi hasil kerja mereka di negara-negara Kesatuan Eropah, Turki dan Amerika Syarikat. Para pengguna Perkhidmatan Hak Cipta boleh mendapatkan bukti "cop masa elektronik yang Dipercayai" (10-60 saat) daripada "penyedia perkhidmatan yang Disahkan dan dipercayai" Eropah dan ini bermakna bukti tersebut layak diterima oleh undang-undang di mahkamah 28 Anggota EU.

"Hak Cipta Dengan Hanya Satu Klik"
WEB  IOS  ANDROID  CHROME

https://www.youtube.com/watch?v=KkFDojVAs34

LATAR BELAKANG KAMI. Copyrobo merupakan sebuah syarikat baharu di Vietnam yang menyediakan perlindungan hak cipta generasi baharu yang dapat mencegah berlakunya pelanggaran hak cipta, menggalakkan aliran bebas bagi produk kreatif, dan memastikan pematuhan undang-undang di seluruh negara Eropah, Amerika Syarikat dan Turki. "Banyak yang perlu kami lalui sebelum penubuhan syarikat yang menerima pengiktirafan global bagi aplikasi perlindungan hak cipta kami ini. Kini, kami terus berusaha melebarkan sayap kami dan berhasrat untuk menawarkan perlindungan hak cipta di setiap negara di dunia," kata pengasas bersama Hasan Kurtulus.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160805/395954LOGO
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160805/395952
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160805/395953

Source: Copyrobo
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services