omniture

Amana Capital Jalin Kerjasama dengan Kathy Lien dan Boris Schlossberg Menyediakan Pendidikan Kewangan Terbaik

Amana Capital
2016-08-11 15:30 610

LONDON, 11 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Amana Capital, kumpulan perkhidmatan kewangan utama yang mengkhusus dalam perdagangan dalam talian, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan BKForex.com, penyedia utama bagi pendidikan kewangan yang pakar dalam memberikan idea perdagangan, sokongan dan pendidikan berkualiti tinggi, selain isyarat perdagangan pasaran pertukaran asing.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150601/747829

Kerjasama tersebut akan dimulakan melalui satu siri webinar yang akan membantu pihak pelabur menjadi peniaga yang lebih bijak. Kerjasama ini akan bermula pada Ogos 2016 menerusi program webinar lanjutan yang disampaikan oleh pakar perdagangan mata wang terkemuka iaitu Kathy Lien dan Boris Schlossberg. Webinar ini akan membincangkan strategi perdagangan khusus yang telah membantu beribu-ribu peniaga di seluruh dunia membuat keputusan perdagangan yang lebih baik dan meningkatkan kemahiran mereka.

Kathy Lien, yang terkenal di seluruh dunia sebagai Pakar Pasaran Forex (Forex Market Guru), memiliki pengalaman selama lebih 13 tahun dalam pasaran kewangan. Beliau memulakan kerjayanya bersama JPMorgan Chase dan beralih ke FXCM seraya memulakan DailyFX.com dan seterusnya berpindah ke Global Futures & Forex Ltd (GFT) dengan menyandang jawatan sebagai Pengarah Penyelidikan Mata Wang sebelum bersama-sama mengasaskan BKForex.com. Pengalaman luas beliau tertumpu kepada pembangunan strategi perdagangan menerusi analisis pasaran silang.

Boris Schlossberg bertanggungjawab sebagai Rakan Pengurusan BKForex.com. Beliau terkenal sebagai pakar terkemuka dalam pertukaran mata wang asing dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pasaran kewangan. Kerjaya beliau dengan Wall Street bermula bersama Drexel Burnham Lambert dengan mendagangkan pelbagai instrumen kewangan, bermula dengan ekuiti kepada opsyen serta niaga hadapan indeks saham dan juga pertukaran mata wang asing. Beliau seterusnya menyertai FXCM dan membantu memulakan inisiatif Pendidikan FX oleh firma tersebut. Pada tahun 2008, beliau berpindah ke Global Futures & Forex Ltd (GFT) dan menyandang jawatan sebagai Pengarah Penyelidikan Mata Wang. Boris merupakan pengarang Technical Analysis of the Currency Market dan juga Millionaire Traders.

Kedua-dua pakar ini sering disebut oleh media antarabangsa seperti CNBC, Reuters, Associated Press, Sky Business, dll.

Cik Kathy Lien menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama dengan Amana Capital. Beliau berkata: "Matlamat kami adalah untuk berkongsi pendidikan kewangan yang khusus dengan dunia dan memperkenalkan strategi perdagangan yang betul kepada para peniaga." Beliau menambah: "Kami yakin menerusi rakan kerjasama seperti Amana Capital, kami mampu mencapai matlamat ini dan mendekati lebih ramai peniaga."

Pada masa yang sama, En. Ahmad Khatib, CEO Amana Capital menyatakan bahawa Syarikat terus bersedia untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kewangan yang tinggi kedudukan seperti Kathy Lien dan Boris Schlossberg. Beliau berkata: "Usaha mendidik pelabur sebelum memasuki pasaran adalah matlamat asal kumpulan ini sejak hari pertama lagi. Pasaran masa kini menyediakan banyak khidmat latihan dan pendidikan, namun hanya segelintir yang benar-benar memberi manfaat sebenar kepada pedagang. Kami di Amana Capital berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan hanya latihan yang sesuai yang benar-benar dapat membantu pedagang. Gabungan tenaga antara Kathy & Boris pastinya dapat membantu mencapai matlamat kami dan akan dilihat sebagai satu usaha untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kewangan yang betul."

Program webinar tersebut akan bermula pada pertengahan Ogos 2016 dan akan diteruskan selama dua setengah bulan, diikuti dengan aktiviti pendidikan lanjutan yang bakal diumumkan kelak.

Latar Belakang Amana Capital

Amana Capital Group mengendalikan beberapa entiti yang dikawal selia dan diberi kuasa oleh pihak berkuasa terkemuka di United Kingdom, Cyprus, Lebanon dan Emiriah Arab Bersatu. Entiti ini menyediakan perkhidmatan broker dalam pasaran kewangan antarabangsa iaitu mata wang, komoditi dan indeks saham.

Latar Belakang BKForex

BKForex LLC. ialah penyedia utama bagi pendidikan kewangan yang pakar dalam memberikan idea perdagangan, sokongan dan pendidikan berkualiti tinggi, selain isyarat perdagangan pasaran pertukaran asing dan perkhidmatan lain yang bertujuan untuk membantu pedagang meraih lebih banyak keuntungan.

http://www.amanacapital.com

Sumber: Amana Capital

Source: Amana Capital
Keywords: Banking/Financial Service Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Joint ventures New products/services