omniture

XCMG Lancar Peralatan Konkrit Platform S9 Melalui Kerjasama Sino-Jerman

XCMG
2016-08-15 08:21 576

XUZHOU, China, 15 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar terulung dunia peralatan pembinaan dan perlombongan, XCMG, melancarkan produk jentera platform konkrit S9 generasi baharu di satu persidangan pada 29 Julai di Xuzhou. Ia adalah produk yang ditunggu-tunggu ramai dan menampilkan sebuah trak tiga gandar sepanjang 52 meter dengan bum pengepam konkrit terpanjang dunia, HB52Kas serta sebuah trak empat gandar 58 meter dengan bum pengepam konkrit yang memiliki kaki berbentuk lengkung.

Barisan lengkap produk platform S9 termasuk jentera seperti trak dengan pengepam konkrit bum, trak dengan salur pengepam konkrit, trelar dengan pengepam konkrit, trak pembancuh konkrit isian sendiri SLM4, bum penghala, kemudahan pengumpulan, dan peralatan penyembur konkrit basah. Platform tersebut menawarkan penyelesaian pembinaan kepada semua keperluan projek.

Produk dalam platform S9 memiliki kecekapan yang tinggi teknologi penjimatan tenaga tercanggih dunia. Ia meningkatkan kecekapan bum pengepam konkrit versi ringan pada trak sebanyak lima peratus dan penjimatan tenaga ditingkatkan sebanyak empat peratus. Kecekapan menyedut konkrit juga dipertingkat sehingga lima peratus lebih tinggi berbanding dengan purata industri.

Siri platform tersebut dibangunkan dengan kerjasama Schwing, pengeluar jentera konkrit terulung dunia dari Jerman yang telah diambil alih oleh XCMG pada 2012. Sejak itu, Xuzhou XCMG Schwing Machinery Co., Ltd. (XCMG Schwing) komited untuk menghasilkan peralatan konkrit generasi baharu yang menepati piawaian antarabangsa yang tertinggi dalam industri.

Kaki melengkung eksklusif daripada Schwing dan teknologi X-leg tiga peringkat membuatkan kaki jentera boleh dipanjangkan secara fleksibel dan meningkatkan kecekapan; manakala penggunaan teknologi pintar telah nyata mengurangkan beban kerja manual dan memastikan penggunaan yang selesa.

Produk dalam platform S9 telah lulus ujian Pensijilan CE Kesatuan Eropah dan Pensijilan Gost-R Rusia, proses pengeluaran turut lulus dalam pelbagai ujian perakuan seperti IOS3834-2 dan EN1090-2/3 antara lainnya.

"XCMG telah mengintegrasikan teknologi terbaik industri untuk menyelidik dan membangunkan platform S9 melalui kerjasama erat dengan Schwing, lalu membuka lembaran baharu dalam industri jentera konkrit global," kata Sun Jianzhong, Naib Presiden XCMG dan Pengerusi XCMG Imp. & Exp. Company.

"XCMG Schwing telah meluaskan skop peralatan konkrit komersial melalui penggunaan sumber dan pengintegrasian teknologi, kami mensasarkan untuk mewujudkan nilai paling tinggi untuk klien yang memiliki perspektif global, dan menambah baik rangkaian perkhidmatan selepas jualan untuk menyelesaikan semua isu secara berkesan," komen Sun.

Latar Belakang XCMG:

XCMG adalah pengeluar jentera berat berbilang negara dengan pengalaman 73 tahun dalam bidang yang diceburi. Ia kini berada pada tangga kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat itu mengeksport produk ke lebih 176 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group di  FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals New products/services