omniture

Lanson Place Mengumumkan Kemasukan Pertamanya ke Chengdu

Penandatangan Kontrak Pengurusan dengan Guangzhou R&F Properties
Lanson Place Hospitality Management Limited
2016-08-17 10:13 652

HONG KONG, 17 Ogos 2016 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place" atau "Syarikat"), sebuah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (kod saham HKEx: 369) berbesar hati mengumumkan ia telah menandatangani kontrak pengurusan baharu dengan Guangzhou R&F Properties Company Limited ("R&F", kod saham HKEx: 2777) untuk mengendalikan Lanson Place Tianfu Square Serviced Residences baharu di Chengdu R&F Centre. Ini merupakan hartanah Lanson Place yang pertama di kawasan barat China selain merupakan hartanah kesebelas miliknya.

R&F diasaskan pada tahun 1994 dan merupakan pembangun hartanah menyeluruh yang terkemuka di China pada masa kini. Fokus utamanya adalah terhadap reka bentuk, pembangunan, pembinaan dan perkhidmatan pengurusan hartanah. Ia merupakan pembangun hartanah pertama di tanah besar yang disenaraikan sebagai ahli konstituen Hang Seng China Properties Index, menyumbang kepada penyenaraian sulungnya dalam Bursa Saham Hong Kong. Selain daripada hartanah, R&F turut mempunyai pengaruh yang kukuh dalam industri hospitaliti, memiliki portfolio hotel yang luas melibatkan syarikat-syarikat besar seperti Hyatt, Marriott, The Ritz-Carlton, InterContinental, Hilton dsb.

Lanson Place Tianfu Square Serviced Residences terletak di pusat kewangan Chengdu yang terkenal, daerah Luomashi. Hanya terletak beberapa minit dari Stesen Metro Luomashi, hartanah ini menyediakan pilihan yang ideal untuk para pelawat yang menginginkan kebolehcapaian yang pantas, keselesaan kediaman, perkhidmatan diperibadikan dan gaya hidup bandar yang meriah. Ia juga berdekatan dengan lokasi bagi acara-acara utama iaitu Pusat Sukan Chengdu, dan tidak jauh darinya juga terdapat dua kawasan peruncitan utama, Chunxi Road-Yanshikou dan Hongxing Road-Daci Temple. Hartanah ini menawarkan 162 buah unit pangsapuri yang luas, bermula daripada satu bilik tidur kepada suite emper, yang dapat memenuhi permintaan pelancong perniagaan yang pelbagai dan semakin meningkat di Chengdu. Ia dijadualkan dibuka pada akhir tahun 2016.

En. Liu Yong Jin, Presiden R&F Properties Group Chengdu Company, berkata, "Sebagai jenama hospitaliti premium lain setelah pembukaan The Ritz-Carlton, Chengdu, projek baharu dengan Lanson Place ini akan menghidupkan suasana Kediaman Berservis yang mantap dalam gaya penuh keanggunan, kemewahan moden dan keselesaan seperti di kediaman. Terletak secara strategik di tengah-tengah Chengdu, projek ini akan menghidupkan wilayah ini dengan mewujudkan komuniti ekspatriat sebenar dengan gaya hidup yang elegen, berserta kemudahan dan pusat membeli belah yang berdekatan. Kami amat yakin jalinan kerjasama kami dengan Lanson Place akan menjamin pertumbuhan afirmatif untuk kedua-dua syarikat."

En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place, berkata, "Kami berbesar hati dapat berganding bahu dengan R&F bagi melebarkan sayap kami di Chengdu dan memperkenalkan gaya hidup kontemporari Lanson Place. Menerusi peningkatan kepentingan industri kewangan dan kemasukan syarikat-syarikat multinasional ke bandar ini, kami dapat menyaksikan peningkatan permintaan terhadap Kediaman Berservis serba mewah. Digabungkan dengan kepakaran R&F selain memanfaatkan perkhidmatan kami yang sukar ditandingi ini, kami dapat memaksimumkan nilai aset untuk pemilik hartanah dan mengusahakan kawasan kejiranan yang dipertingkat untuk para tetamu. Kami berharap dapat beroleh lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan R&F di bandar-bandar besar China."

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place ialah sebuah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), iaitu sebuah syarikat senaraian awam di Hong Kong (kod saham HKEx: 369). Wing Tai kini mengurus sepuluh hartanah (Wing Tai memiliki entiti dalam dua hartanah tersebut) menerusi jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri berservis mewah di Shanghai, Kuala Lumpur dan juga Singapura, selain hotel-hotel butik di Hong Kong.

Umumnya, hartanah Lanson Place terletak berdekatan dengan kawasan pusat perniagaan serta kawasan membeli belah dan juga hiburan yang mewah. Lanson Place bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang memberi perhatian dan dikhususkan kepada pelanggan dengan ciri-ciri kemudahan hotel mewah berserta keselesaan dan juga privasi kediaman peribadi.

Syarikat ini akan terus mengembangkan jenama Lanson Place sebagai jenama pan-Asia dan akan terus meninjau peluang pelaburan dan pengurusan khususnya di bandar-bandar pintu masuk di rantau Asia Pasifik.

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Related Stocks:
HongKong:00369 HongKong:0369
Keywords: Commercial Real Estate Hotels and Resorts Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Travel Contracts Corporate Expansion Joint ventures