omniture

Unit Minyak & Gas New Silkroutes Group Bakal Capai Sasaran Peroleh Lebih US$225J Hasil bagi FY2017

New Silkroutes Group Limited
2016-08-24 09:00 579

SINGAPURA, 24 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

Sasaran adalah lebih empat kali ganda nilai US$49.6 juta yang dihasilkan pada FY2016

Hanya setelah setahun sejak ia mula beroperasi, International Energy Group ("IEG"), sebuah anak syarikat milik penuh New Silkroutes Group ("NSG" atau "Syarikat"), berkata hari ini ia bakal mencapai sasaran untuk memperoleh lebih US$225 juta hasil menjelang akhir tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 Jun 2017 ("FY2017").

Ini bakal menjadi hasil tertinggi yang dicapai oleh Syarikat dalam tempoh lebih sedekad. NSG, yang sebelum ini dikenali sebagai Digiland International Limited, telah mencapai perolehan melebihi US$200 juta sejak 12 tahun lalu bagi Tahun Fiskal 2004, pengedar bagi produk IT pengguna. NSG tidak lagi mengedar produk sedemikian, dan terus berkembang menjadi sebuah syarikat induk pelaburan yang menjalankan perniagaan dalam sektor tenaga dan sumber, teknologi maklumat dan komunikasi (infocomm), rawatan kesihatan dan juga pengurusan dana.

Kini, IEG mencakupi kebanyakan hasil oleh NSG. Beribu pejabat di Singapura, IEG memulakan operasinya pada Jun tahun lalu sebagai pengedar minyak dan gas. Syarikat ini terus berkembang dengan pesat walaupun berlakunya kemorosotan harga minyak yang paling teruk dalam sejarah.

Sepanjang tempoh 12 bulan bermula dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016 ("FY2016"), IEG menjana perolehan sebanyak US$49.6 juta, dengan US$32.6 juta telah berjaya diperoleh pada suku akhir lalu, US$9.5 juta dari Januari hingga Mac, US$5.8 juta dari Oktober hingga Disember dan bakinya dari Julai hingga September. Ia menokok keuntungan yang sederhana pada masa penubuhannya dan menamatkan tahun kewangan tanpa sebarang hutang memandangkan perolehan telah bertambah.

Menerusi momentum pertumbuhannya, IEG menjangkakan hasilnya akan mencapai lebih US$225 juta bagi tahun kewangan semasa. Ini akan dipacu oleh kemudahan kredit baharu yang diperolehi oleh syarikat baru-baru ini daripada beberapa buah bank antarabangsa.

En Artun Gursel, pemimpin buku untuk IEG, berkata: "Kami tidak terjejas oleh kejatuhan harga minyak atau lebihan global bagi sektor minyak memandangkan kami merupakan syarikat yang mempunyai aset minimum tanpa hutang. Kami memperoleh margin dengan menambah nilai dengan cara mendapatkan bekalan dan menyerahkannya kepada pembeli. Seluruh proses dijalankan melalui cara yang paling berkesan. Harga minyak yang rendah dan lebihan bekalan minyak memberi kelebihan kepada kami memandangkan kami mampu mengendalikan jumlah yang lebih tinggi dan berdagang dengan lebih menjimatkan."

Selaras dengan dasar "Satu Lingkaran Satu Jalan" oleh China, IEG mula menyasarkan pembeli khususnya di Asia Tenggara, Asia Utara dan benua kecil India. Rakan niaga yang lain melibatkan syarikat-syarikat minyak utama dan juga syarikat-syarikat minyak nasional. Sejak itu, syarikat ini mula berdagang di China dan Eropah serta berhasrat untuk terus melebarkan sayapnya. 

IEG juga dijangka akan mengurus dan memiliki kemudahan simpanan minyak di Asia dan juga Eropah. Seperti yang diumumkan pada Mei 2015, IEG telah membentuk satu usaha sama dengan kerajaan Malta bagi membangunkan pulau Eropah Selatan sebagai hab perdagangan tenaga antara dua buah benua tersebut.

Latar Belakang New Silkroutes Group Limited

New Silkroutes Group (Bloomberg: NSG SP) ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura (ditubuhkan pada 25 Januari 1994), dan tersenarai pada Papan Utama Singapore Exchange Securities Trading Ltd (SGX). Syarikat ini berkembang menjadi sebuah syarikat induk pelaburan dengan kepakaran utama dalam Pembolehan Keupayaan, Peruntukan Modal dan Analisis (Dasar). Syarikat ini, menerusi anak-anak syarikat serta syarikat-syarikat bersekutu, mendapat pendedahan terhadap vertikal sektor utama, termasuk Tenaga/Sumber, Rawatan Kesihatan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Infocomm) dengan fokus terhadap Keselamatan & Pentadbiran.

Latar Belakang International Energy Group Pte Ltd

Ditubuhkan pada Ogos 2014, International Energy Group (IEG) ialah sebuah syarikat minyak dan gas yang beribu pejabat di Singapura. IEG merupakan 100% anak syarikat milik New Silkroutes Group Limited dan terdiri daripada beberapa syarikat bersekutu milik penuh atau milik sebahagian daripadanya. Salah sebuah syarikat ini, IEG Malta Limited, yang beribu pejabat di Malta merupakan hasil usaha sama antara IEG dengan Kerajaan Malta. IEG turut mengurus jaringan pemborong menerusi saluran pengedaran di Korea Selatan, Vietnam dan juga negara-negara lain di Asia.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

New Silkroutes Group Limited
E-mel: ipr@newsilkroutes.org

WeR1Consultants Pte Ltd
3 Phillip Street, #12-01, Royal Group Building
Singapura 048693
Tel: (65) 6737 4844
Frankie Ho -- frankieho@wer1.net

Source: New Silkroutes Group Limited
Related Stocks:
Singapore:BMT
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Economic news, trends, analysis