omniture

Berita G2A - Menjanjikan dan Menyediakan Keputusan Hebat sempena Gamescom 2016

G2A.com
2016-08-30 17:08 310

RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 30 Ogos, 2016 /PRNewswire/ --

900 Pembangun Permainan video seluruh dunia memohon untuk meningkatkan jualan melalui G2A Direct

Pembentangan oleh G2A pada Persidangan Media Antarabangsa di Gamescom 2016 menyaksikan syarikat tersebut menerima perhatian media yang amat ketara. Seramai tiga puluh dua wartawan dari lebih tujuh buah negara terlibat dalam persidangan tersebut yang dapat disaksikan melalui Twitch. Wartawan mengunjungi reruai pameran G2A bagi mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan CEO G2A serta pemimpin pasukan pembangunan perniagaan G2A.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160828/401964 )

Fokus persidangan G2A adalah untuk mengetengahkan sejauh mana G2A telah melabur lebih $35 juta dalam Ekosistem tersebut demi memberikan keputusan yang mereka janjikan pada persidangan media Gamescom 2015. Dalam tempoh satu tahun G2A berjaya membangunkan penyelesaian/sistem yang inovatif dan pertama di dunia untuk pembangun serta penerbit dan usaha ini menjadi kenyataan apabila mereka melancarkan G2A Direct pada 29 Julai 2016. Lebih 900 pembangun kini memohon untuk menyertai G2A Direct dalam tempoh kurang daripada satu bulan sejak dilancarkan. G2A Direct - Menyediakan Akses Tanpa Had untuk Sistem Sokongan Pembangun

Kini, G2A memberikan pembangun:

- pengehosan percuma melalui laman web G2A
- komisen 10.8% bagi setiap jualan inventori
- akses kepada 10 juta pelanggan dan 150 kaedah pembayaran di lebih 170 buah negara
- khidmat terjemahan percuma berkaitan maklumat produk
- sehingga 10% bayaran untuk pembangun
- penyesuaian kedai
- kedudukan teratas pada halaman lelong
- perkhidmatan pertanyaan bagi pangkalan data kod permainan digital

Inovasi tambahan melibatkan:

  1. Fokus terhadap proses penarafan pengguna demi meningkatkan kebertanggungjawaban dan kebolehpercayaan Trust Pilot
  2. Langkah-langkah Pengesahan bagi menjamin tambahan keselamatan bahagian hadapan pada pasaran
  3. Mewujudkan dan melaksanakan G2A Shield baharu
  4. Penyepaduan G2A Pay yang lebih mudah

CEO Bartosz Skwarczek menggariskan pencapaian oleh G2A dan menunjukkan bukti sejauh mana G2A telah meningkatkan dan membangunkan pasaran, khususnya ekosistem tersebut untuk para pembeli dan penjual. CEO menyatakan bahawa kemajuan telah dicapai hasil daripada inovasi ini. "Produk permainan digital meningkat daripada 18K menjadi 37K. Penjual turut bertambah daripada 50K kepada 250K. Setiap bulan, pelanggan juga turut meningkat daripada 250K menjadi 400K. Kakitangan juga turut bertambah daripada 300 kepada lebih 650 kakitangan."

Beliau menambah: "G2A mengumumkan, sebelum ini pelanggan Goldmine berjaya memperoleh $1.5 juta dan angka ini meningkat menjadi $4 juta. Kami benar-benar ingin berkongsi peluang perniagaan dengan para pemain. Setiap individu amat dialu-alukan." https://www.g2a.com/goldmine

Selain itu, jumlah suka di Facebook meningkat daripada 0.88 kepada 1.7 juta. Capaian Media Sosial meningkat daripada 201 kepada 277 juta manakala pelanggan turut bertambah daripada 4 juta menjadi 10 juta. Wartawan menerima beberapa testimonial daripada pembangun yang telah bekerjasama rapat dengan G2A seperti: Anshar Studios S.A., Reality 51 dan Superhot selain: Datcroft, Navi, Keen Software House, XS Software dan juga Ingenico Payments. http://www.slideshare.net/G2A_Admin/gamescom-2016-ceo-presentation-65443965

Pasukan G2A turut menjawab soalan-soalan mencabar daripada para hadirin untuk menjelaskan secara telus sejauh mana konsep G2A Marketplace mampu membuahkan hasil dan juga tentang pencapaian cemerlang tahun lalu. Para tetamu turut diundang untuk menyertai majlis VIP antarabangsa selepas acara tersebut pada malam itu hasil kerjasama dengan G-Star dan Pocket Gamers. Elemen utama G2A adalah berusaha bersungguh-sungguh dan lebih bergembira!

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Trade show news