omniture

Asia Plantation Capital Berhad Melancarkan 'Program Sekolah Hijau'

Asia Plantation Capital
2016-08-31 15:11 639

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Ogos, 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang mampan yang memenangi anugerah, Asia Plantation Capital Berhad (APCB), melancarkan 'Program Sekolah Hijau' sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan terhadap usaha kelestarian yang holistik dan juga program tanggungjawab sosial korporatnya.

Wakil-wakil daripada Asia Plantation Capital Berhad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang dan Yb Pn Hajjah Normala Abdul Samad, melancarkan 'Program Sekolah Hijau'.
Wakil-wakil daripada Asia Plantation Capital Berhad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang dan Yb Pn Hajjah Normala Abdul Samad, melancarkan 'Program Sekolah Hijau'.

 

Yb Pn Hajjah Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, menanam anak pokok Aquilaria, ditaja oleh Asia Plantation Capital Berhad, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang.
Yb Pn Hajjah Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang, menanam anak pokok Aquilaria, ditaja oleh Asia Plantation Capital Berhad, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang.

Program pertama yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang kehidupan yang lestari dan bahaya fenomena pemanasan global. Menerusi kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, program ini berlangsung mulai 1 hingga 4 Ogos 2016, di kilang penyulingan dan kilang gaharu APCB, iaitu kilang terbesar di rantau ini, dan turut dihadiri oleh tetamu kehormat, Yb Pn Hajjah Normala Abdul Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Majlis pecah tanah menandakan bermulanya jalinan kerjasama bagi tempoh yang panjang antara APCB and the Sekolah Negeri Johor. Selain mendidik pelajar tentang kitar semula dan amalan hijau, program ini juga bermatlamat untuk mendidik masyarakat yang lebih luas tentang bahaya kepupusan tumbuhan (khususnya spesies pokok Aquilaria) serta salah satu daripada banyak produk akhirnya, gaharu.

Steve Watts, CEO Asia Plantation Capital Berhad mengulas, "Kami yakin bahawa penting untuk mendidik generasi muda dan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi penjaga alam sekitar masa depan. Kita semua mempunyai peranan masing-masing dan tanggungjawab yang perlu digalas, khususnya terhadap masyarakat dan amalan yang akan membentuk masa depan. Pelaburan yang dibuat terhadap masyarakat setempat sentiasa menjadi sebahagian daripada prinsip kami, kami berpendapat penting untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan kelestarian dan alam sekitar kepada pelajar ini pada peringkat awal lagi."

"Saya dengan sukacitanya mengumumkan program ini hanyalah satu permulaan," simpul Watts. "Kami berharap dapat memperoleh lebih banyak peluang untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda menerusi gabungan usaha kami demi menjamin masa depan yang lestari. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yb Pn Hajjah Normala Abdul Samad kerana sudi menjadi Tetamu Kehormat kami yang amat berbudi bahasa."

Selain daripada aspek pendidikan dalam inisiatif tersebut, APCB akan turut menyumbang beberapa anak pokok Aquilaria kepada sekolah tersebut. Anak-anak pokok ini adalah amat berharga, memandangkan spesies pokok Aquilaria berada dalam senarai spesies terancam CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Terancam) pada akhir Abad ke-20, namun kini ia telah bertumbuh pesat, hasil daripada usaha yang dijalankan oleh Asia Plantation Capital. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, pemantauan pertumbuhan pokok tersebut adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah, manakala pasukan pengurusan hutan APCB akan mengadakan pemeriksaan secara berkala.

Setelah pokok-pokok yang ditanam mencecah usia empat tahun, pokok-pokok ini bersedia menerima inokulasi kulat, iaitu proses bagi menghasilkan resin pada bahagian dalam dan teras kayu pokok, yang akhirnya menghasilkan minyak pati, akan dipercepatkan. Namun begitu, bagi Program Sekolah Hijau ini, pokok-pokok tidak akan disuntik bagi membolehkan resin dirangsang secara semula jadi.

Sekolah-sekolah berikut; Sekolah Seni Bandar Seri Alam; SMK Dato Penggawa Timur; SK Johor Jaya 1 dan SK Seri Kota Puteri 4; akan turut terlibat dalam progrom tersebut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Nota untuk editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham  
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Asia Plantation Capital
E-mel: samantha.tham@asiaplantationcapital.com 
No. telefon: +65-6222-3386

Latar Belakang Asia Plantation Capital Berhad 

Sebagai pelopor industri, Asia Plantation Capital Berhad telah mengusahakan penanaman gaharu sejak tahun 2009, dan memiliki pengetahuan saintifik serta teknik-teknik yang diperlukan untuk merangsang resin pada teras kayu pokok Aquilaria yang terancam melalui kaedah inokulasi. Baru-baru ini, syarikat ini telah membuka kilang penyulingan gaharu terbesar di Asia Tenggara dan turut bekerjasama dengan beberapa buah ladang bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia bagi membantu menyediakan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk mengusahakan serta mengurus ladang pokok Aquilaria mereka sendiri.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160815/8521605160-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160815/8521605160-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Corporate Social Responsibility Environmental Issues