omniture

Air China Melancarkan Perkhidmatan Penerbangan Shanghai-San Jose Hari Ini

Air China
2016-09-02 12:43 725

BEIJING, 2 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Pada 1 September, satu majlis bagi meraikan penerbangan pertama Shanghai-San Jose Air China Limited (selepas ini dirujuk sebagai "Air China") diadakan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai.

Pada majlis tersebut, naib presiden China National Aviation Holding Company, Cao Jianxiong menyatakan bahawa penerbangan terus dari Shanghai ke San Jose merupakan perkhidmatan laluan udara pertama oleh Air China ke bahagian Amerika Utara yang disediakan di Shangai. Selain itu, Air China merupakan satu-satunya syarikat penerbangan di China yang menyediakan perkhidmatan penerbangan Shanghai-San tanpa henti. Pelancaran perkhidmatan laluan udara ini menyediakan laluan serba baharu dan mudah buat mereka yang terlibat dengan aktiviti komersial mahupun buat mereka yang sekadar ingin mengembara.

Bagi mengalu-alukan pelancaran perkhidmatan penerbangan Shanghai-San Jose ini, Air China memperkenalkan beberapa produk istimewa: Bagi pelancong yang membeli tiket penerbangan Shanghai-San Jose sebelum 30 September, harga bagi tiket pergi-balik kelas perniagaan bermula pada harga RMB13,000 manakala tiket pergi-balik kelas ekonomi bermula pada harga RMB1,300 (tanpa cukai); tawaran istimewa lain turut disediakan melalui laman sesawang rasmi Air China. Selain itu, ahli-ahli PhoenixMiles yang membeli tiket bagi penerbangan Shanghai-San Jose, dengan melayari laman sesawang PhoenixMiles dan melog masuk sebelum berlepas, penumpang kelas ekonomi berpeluang memperoleh tambahan 30% jarak perjalanan tidak berkadar, manakala penumpang kelas perniagaan memperoleh tambahan 50% jarak perjalanan tidak berkadar.

Pelancaran perkhidmatan penerbangan Shanghai-San Jose oleh Air China dapat memperluas jaringan penerbangan di Amerika, serta menambah jaringan penerbangan global dengan Shanghai sebagai destinasi penerbangan antarabangsa, selain terus mengoptimumkan dan menyepadukan susun atur jaringan penerbangan di kawasan timur China. Pada musim panas dan musim luruh 2016, Air China menyediakan perkhidmatan untuk 36 destinasi di Shanghai, yang mana 14 daripadanya merupakan penerbangan antarabangsa dan serantau manakala baki 22 destinasi pula merupakan penerbangan domestik.

Maklumat Penerbangan:

Nombor penerbangan bagi perkhidmatan penerbangan Shanghai-San Jose ialah CA829/30, yang melakukan penerbangan tiga kali seminggu (Selasa, Khamis dan Sabtu). Penerbangan Shanghai-San Jose berlepas dari Shanghai pada jam 13:30 waktu tempatan dan tiba di San Jose pada jam 10:40 waktu tempatan. Penerbangan balik bagi perkhidmatan penerbangan San Jose-Shanghai berlepas dari San Jose pada jam 12:30 waktu tempatan dan tiba di Shanghai pada jam 16:40 waktu tempatan (hari berikutnya). Penerbangan ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-200. Kabin kelas perniagaan dilengkapi dengan kerusi katil rata 180 darjah manakala seluruh pesawat turut dilengkapi dengan sistem hiburan peribadi. Penumpang boleh meregangkan tubuh atau berhibur mengikut kehendak mereka menerusi kemudahan privasi terbaik yang disediakan.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services