omniture

Citylife International Realty: Salah Satu Komuniti Baharu Berwawasan yang Paling Dinantikan di Australia Kini Tiba

Citylife International Realty
2016-09-05 09:22 430

BRISBANE, Australia, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ -- Citylife International Realty baru-baru ini memperkenalkan South City Square, komuniti pelan induk yang baharu dan berkedudukan strategik, yang merupakan peluang hebat untuk membuat pelaburan. South City Square bakal menjadi destinasi kediaman, perniagaan dan gaya hidup yang paling dikehendaki di Brisbane.

Kehidupan mewah gaya hotel dilengkapi dengan perkhidmatan rencam bersifat peribadi yang unik, telah pun tersedia buat pertama kalinya di Brisbane, ibu kota dan bandar paling padat penduduk di Queensland, Australia, serta merupakan salah satu bandar paling pesat berkembang di dunia.

Terletak hanya dua kilometer dari kawasan pusat perniagaan (CBD) dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan, pendidikan, pekerjaan, membeli belah dan menjamu selera, para penduduk dan juga pihak pelabur akan dilimpahi dengan pelbagai pilihan yang disediakan untuk kediaman gaya hidup mewah.

Benar-benar unik untuk lokasi bandar dalaman, mercu tanda yang sedang dibangunkan ini mempunyai ruang terbuka berkeluasan 5000 meter persegi dan juga tempat meletak kenderaan di sekeliling dataran pusat bandar itu.

Rekaan dan muka bangunan berkaca pada menara tersebut memberikan keseimbangan yang ideal dari segi seni bina dan alam semula jadi. Di bahagian dalamnya, kesemua rumah kediaman adalah cerah dan terang, selain mempunyai ruang tamu luaran yang luas.

Pangsapuri ini akan menjadi terkenal dengan pandangan CBD yang luas.

Setelah siap, para penduduk akan dapat mengunjungi pasar raya bawah tanah dengan serta merta, selain kawasan untuk kesihatan dan kesejahteraan, 8 teater panggung wayang butik serta 144 buah bilik hotel 5 bintang yang mewah, kafe dan juga restoran. 

Pemaju dan pembina Brisbane yang meraih anugerah, Pellicano Group bergabung dengan salah satu pemaju rumah kediaman paling progresif dan terkemuka di Melbourne, Perri Projects bagi mencipta sesuatu yang mereka percaya belum pernah disaksikan di Brisbane.

Pengarah Urusan Pellicano, Nando Pellicano berkata, "Para penduduk akan merasakan seolah-olah mereka tinggal dalam hotel mewah, yang menyediakan akses terhadap perkhidmatan rencam peribadi, membolehkan mereka mengurus perkhidmatan cucian kering, mengatur penghantaran, menempah kelas yoga, memesan barangan dan banyak lagi dengan hanya menekan butang. Penyediaan ciri sentuhan mewah seperti kemudahan atas bumbung dan jambatan langit yang jarang dilihat memberikan hubungan mengagumkan antara kedua-dua menara, yang memastikan para penduduk dapat menjalani kehidupan yang penuh gaya dan selesa yang sukar dilihat di Brisbane sebelum ini."

Ejen pemasaran Australia yang utama, Citylife International Realty akan memperkenalkan menara baharu, Hillyard House, kepada pelanggan persendirian sebelum dilancarkan kepada umum pada pertengahan tahun 2017.

Pengarah Urusan Citylife, Michael Bentley berkata, "Brisbane telah pun menjadi bandar yang menjadi tumpuan tinggi dalam kalangan pelabur – dengan ekonomi yang mantap, populasi penduduk yang bertambah, perniagaan yang kukuh dan hubungan budaya dengan Asia, digandingkan dengan harga yang rendah serta kadar kekosongan sewa yang rendah, dapat membantu memastikan kadar pulangan sewa yang tinggi sepanjang tahun. South City Square ialah peluang unik untuk pihak pelabur bagi memperoleh hartanah dengan ciri-ciri yang dinyatakan pada harga yang berpatutan, terletak amat berdekatan dengan pusat bandar."

Populasi penduduk Brisbane dijangka akan meningkat lebih 65% sepanjang dua dekad akan datang. Kadar inflasi yang rendah, pengambilan pekerja yang tinggi, ekonomi yang mantap dan dolar Australia yang rendah menjadikan South City Square sebagai peluang ideal untuk melabur dalam pembangunan mewah.

Latar Belakang Citylife International Realty

Citylife International Realty ialah ejen hartanah antarabangsa yang memenangi anugerah yang telah lama bertapak, mengkhusus untuk membawakan projek-projek hartanah Australia yang berkualiti tinggi kepada pihak pelabur.

Untuk maklumat lanjut, sila ke: www.CitylifeSouth.com  atau www.citylifegroup.com.

Source: Citylife International Realty
Keywords: Commercial Real Estate Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services