omniture

Pelaburan dalam Pengajian Tinggi Berbaloi menurut Penarafan Universiti Dunia QS 2016/2017

QS Quacquarelli Symonds
2016-09-06 03:00 579

LONDON, 5 Sept., 2016 /PRNewswire/ --

http://www.TopUniversities.com/rankings2016 

#QSWUR

Penarafan Universiti Dunia QS edisi ketiga belas menunjukkan bahawa pelaburan yang dibuat terhadap institusi pengajian tinggi, sama ada daripada sektor awam atau swasta, ialah faktor pembeza utama bagi negara-negara yang meningkat pencapaiannya (Korea Selatan, Rusia, AS dan China) dan negara-negara yang merosot (Kebanyakan negara Eropah Barat dan Selatan, Afrika Selatan dan Amerika Latin) tahun ini.

  • MIT ialah universiti terbaik dunia lima tahun berturut-turut.
  • Stanford berada pada tempat kedua, diikuti oleh Harvard yang menduduki tempat kedua.
  • Institusi-institusi AS menduduki ketiga-tiga tempat teratas buat pertama kali sejak tahun 2004/5.
  • Institusi-institusi Eropah Barat terus mengalami penurunan, khususnya UK dan Jerman. University of Cambridge turun ke tangga keempat.
  • Rusia dan Korea Selatan terus menunjukkan peningkatan ketara (16 universiti dalam senarai 500 universiti terbaik berbanding 13 universiti tahun lalu).
  • China menunjukkan peningkatan; Tsinghua (ke-24) meraih kedudukan tertinggi setakat ini.
  • National University of Singapore (ke-12) mendahului universiti-universiti di Asia.
  • Australia dan Kanada terus mengungguli kedudukan dalam senarai 200 universiti terbaik, dengan sembilan universiti masing-masing, tambahan satu universiti berbanding tahun sebelumnya.
  • Amerika Latin terus bergelut, namun menjadi salah satu daripada 100 universiti terbaik buat pertama kali sejak tahun 2006. Universidad de Buenos Aires (ke-85) menduduki kedudukan kedua tertinggi yang pernah dicapai oleh universiti dari Amerika Latin.
  • Universidade de São Paulo turut menduduki tempat tertinggi yang pernah dicapai olehnya (ke-120).

2016

2015

20 UNIVERSITI TERBAIK


1

1

MIT 

AS

2

3=

STANFORD 

AS

3

2

HARVARD 

AS

4

3=

CAMBRIDGE 

UK

5

5

CALTECH 

AS

6

6

OXFORD 

UK

7

7

UCL 

UK

8

9

ETH ZURICH 

SWITZERLAND

9

8

IMPERIAL COLLEGE

UK

10

10

CHICAGO

AS

11

11

PRINCETON

AS

12

12

NATIONAL UNIVERSITY OF SINGAPORE 

SINGAPURA

13

13

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY 

SINGAPURA

14

14

EPFL 

SWITZERLAND

15

15

YALE 

AS

16

17

CORNELL 

AS

17

16

JOHNS HOPKINS  

AS

18

18

UPENN 

AS

19

21

EDINBURGH 

UK

20

22

COLUMBIA 

AS

© QS Quacquarelli Symonds www.TopUniversities.com

Seramai 74,651 ilmuwan dan 37,781 majikan telah menyumbang terhadap penarafan tersebut melalui kaji selidik global QS, kaji selidik terbesar yang pernah dijalankan. QS menganalisis 10.3 juta kertas kajian dan 66.3 juta petikan, yang diindeks oleh pangkalan data Scopus, Elsevier.

Ben Sowter, Ketua Kajian, QS, berkata: "Institusi-institusi di negara-negara yang menyediakan pembiayaan tinggi yang disasarkan, sama ada menerusi derma atau wang awam, terus meningkat pencapaiannya. Sebaliknya, negara-negara Eropah Barat yang melakukan atau mencadangkan pemotongan terhadap perbelanjaan penyelidikan awam tewas kepada pesaing dari AS dan Asia."

Penarafan ini melibatkan 916 buah universiti dari 81 buah negara. Tiga puluh tiga buah negara berada dalam senarai 200 Universiti Terbaik. AS mendominasi senarai ini menerusi 48 buah institusi, diikuti oleh UK (30), Belanda (12), Jerman (11), Kanada, Australia (9), Jepun (8), China (7), Perancis, Sweden dan Hong Kong (5).

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130909/638188

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research