omniture

Penerbangan Ujian Berhampiran Angkasa Kuang-Chi Bersedia Untuk 2016, Pusat R&D Dibuka Di Haikou

Kuang-Chi Group
2016-09-07 22:30 681

SHENZHEN, China, 7 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Kuang-Chi Group, konglomerat teknologi yang berpangkalan di Shenzhen, telah mengumumkan bahawa Traveler II Beta akan membawa haiwan ke lapisan berhampiran angkasa semasa penerbangan ujian tahun ini. Pengumuman ini dibuat semasa acara pembukaan pusat penyelidikan syarikat untuk teknologi berhampiran angkasa di Haikou, Hainan, wilayah paling selatan di China.

Traveler II Beta’s main subsystems have been completed and are in the final stage of assembly and testing.
Traveler II Beta’s main subsystems have been completed and are in the final stage of assembly and testing.

Traveler II Beta ialah peranti penerbangan yang digunakan untuk pengumpulan dan analisis data, dan mengembara dalam ruang berhampiran angkasa, antara 20 dan 100km di atas paras laut – lebih dua kali ganda berbanding altitud laluan kapal terbang oleh syarikat penerbangan komersial. Pada bulan Jun 2015, Traveler melengkapkan penerbangan ujian pertamanya di New Zealand, mencapai altitud penerbangan yang ditetapkan setinggi 21km dan berjaya memancarkan data kembali ke darat.

Terletak di Zon Teknologi Tinggi Haikou, satu-satunya yang seumpamanya di wilayah tersebut, Institut Teknologi Masa Hadapan Haikou milik Kuang-Chi telah menandatangani perjanjian untuk pembangunan dan penerokaan teknologi berhampiran angkasa pada bulan Disember 2015. Menurut Datuk Bandar Haikou, Ni Qiang, lebih daripada 40 projek telah diperkenalkan ke zon teknologi tinggi ini sejak tahun 2015 dan lebih 80% daripadanya ialah syarikat teknologi tinggi. Datuk bandar turut menyatakan bahawa kawasan tersebut adalah sesuai untuk Kuang-Chi, kerana ia amat menumpukan terhadap inovasi.

"Haikou mempunyai sumber penyelidikan terbaik untuk penerokaan angkasa. Pusat Pelancaran Satelit Wenchang terletak di Hainan dan kebanyakan pekerja saintifiknya tinggal di Haikou, dan ini membantu kami dalam penerokaan berhampiran angkasa kami," jelas Dr. Liu Ruopeng, yang merupakan presiden Kuang-Chi. Selain itu, sumber laut yang kaya di sekitar Hainan memberi banyak ruang untuk penggunaan analisis dan pemantauan persekitaran pada masa akan datang.

Subsistem utama Traveler II Beta telah dilengkapkan dan berada dalam peringkat akhir pemasangan dan pengujian. Traveler II yang dikendalikan manusia turut berada dalam peringkat akhir pemasangan dan ujian kabin serta dijangka akan sempurna menjelang akhir tahun 2016 dengan ujian penerbangan bermula pada tahun 2017.

Diasaskan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Shenzhen, China, Kuang-Chi ialah syarikat yang fokus terhadap pembangunan teknologi masa hadapan. Asalnya merupakan sebuah pasukan dengan lima orang ahli, syarikat ini mewujudkan Komuniti Inovasi Global dengan lebih daripada 2,400 orang pekerja di 18 buah negara dan rantau.

Syarikat subsidiari Kuang-Chi, KuangChi Science Limited (00439.HK) menumpukan terhadap pembangunan teknologi masa hadapan dan menjalankan R&D bagi teknologi disruptif yang berbeza seperti penerokaan ruang angkasa masa hadapan dan kecerdasan buatan. Pada 31 Ogos, syarikat mengumumkan hasil interim untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2016, dengan pusing ganti kira-kira HKD 312 juta, mewakili peningkatan ketara sebanyak 461.77% untuk tempoh yang sama pada tahun lepas dan keuntungan kira-kira HKD 105.53 juta. Daripada pendapatan tersebut, Cloud, platform angkasa yang menyediakan perkhidmatan bersepadu, termasuk akses Internet, pengumpulan data dan analisis data, serta perkhidmatan komunikasi lain dan merupakan produk komersial pertama syarikat, menyumbang HKD 284.73 juta. Nilai pasaran syarikat berkembang kepada hampir HKD 17.3 bilion buat masa ini.

Pertanyaan:
Kuang-Chi:
xiaokelan@kuang-chi.com
+86-181-2625-4673

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160906/0861609140

 

Source: Kuang-Chi Group
Related Stocks:
HongKong:00439 HongKong:0439 OTC:CPKPY
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer/Electronics Transportation