omniture

Muzik China: Peneraju Asia bagi Pameran Alat Muzik dan Perkhidmatan Penganjuran Aktiviti Bertaraf Profesional

INTEX Shanghai Co., Ltd.
2016-09-13 10:00 537

SHANGHAI, 13 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Muzik China, terkenal sebagai salah satu pameran alat muzik yang paling berprestij di dunia, bakal diadakan pada 26-29 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Muzik China dijangka akan menarik lebih lapan puluh lima ribu pengunjung dari seluruh dunia. Pelbagai jenis alat muzik, jenama terkenal, pemuzik sensasi dan juga berbagai-bagai program sampingan akan disediakan sempena Muzik China. Berikut adalah tiga acara kemuncak Muzik China 2016.

  • Reputasi yang sekian lama mantap

Muzik China dilancarkan pada tahun 2002 dan dianjurkan oleh Persatuan Alat Muzik China (CMIA), INTEX Shanghai Co. Ltd. dan juga Messe Frankfurt (HK) Ltd. Tahun ini, Muzik China akan menampilkan hampir 1,900 pempamer dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada 30 buah negara dan rantau. Pelbagai jenis alat muzik barat dan tradisional Cina akan dipamerkan di dalam sepuluh buah dewan dan ruang pameran yang berkeluasan 112,000 meter persegi.

  • Bilangan Jenama yang Banyak

Agar menepati pertumbuhan perniagaan yang tinggi, jenama-jenama terkenal seperti Bluethner, Buffet, Casio, D'Addario, ESP, Fazioli, Fender, GEWA, Hsinghai, Laney, Line 6, Ludwig, Marshall, Orange, Pearl River, Roland, Samick, Schimmel, Selmer, Shanghai No.1 National Musical Instruments Factory, Steinway, Tama, Taylor, Yamaha dan Zildjian sudah mengesahkan kehadiran mereka untuk menyertai Muzik China 2016 bagi meningkatkan prestasi pasaran masing-masing.

  • Pelbagai Program Sampingan

Selaku 'Pameran Paling Inovatif' yang dianugerahkan oleh majalah perdagangan terkemuka China, Events Fortune, Muzik China memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya dan juga pendidikan. Tahun ini, pelbagai forum dan seminar akan diadakan agar membolehkan pengunjung mengikuti perkembangan semasa industri ini. Ini termasuk Pembentukan Industri, Kursus Latihan Penjual, Forum Global tentang Muzik Tradisional Cina, Program Pendidikan, Bengkel Pemain Violin, Forum Pemuzik Jazz dan Laman Muzik Kanak-kanak. Satu lagi acara penting sempena pameran ini ialah beratus-ratus persembahan muzik secara langsung di kawasan luar akan diadakan bagi memberikan pengalaman penuh inspirasi untuk pembeli profesional dan juga penggemar muzik.

Butiran lanjut tentang Muzik China 2016, sila rujuk laman sesawang kami www.musicchina-expo.com. Kemasukan percuma boleh diperolehi sekiranya antara mendaftar sebelum 8 Okt. Kami berharap dapat bertemu anda di Shanghai.

Hubungi:
Cik Arlene Zhu / Cik Lisa Sha
+86-21-6295-5609 / +86-21-6295-3159
zhuliwen@intex-sh.com / shaling@intex-sh.com  

Source: INTEX Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Entertainment Music Trade show news