omniture

PowerBTC Tawarkan Pertukaran Bitcoin Yang Cepat dan Mudah pada 10% Melebihi Nilai Pasaran

PowerBTC
2016-09-13 12:17 587

NEW YORK, 13 September 2016 /PRNewswire/ -- PowerBTC ( http://www.PowerBTC.com ),pendatang baharu dalam pasaran global matawang kripto, merevolusi industri pertukaran Bitcoin dengan menawarkan penjual harga yang tiada tandingan: lebih 10% daripada nilai pasaran semasa.  Tanpa mengenakan bayaran, PowerBTC menawarkan perkhidmatan pertukaran Bitcoin yang jelas dengan jaminan kerahsiaan.

Bagaimana PowerBTC Menawarkan 10% Sepenuhnya Melebihi Nilai Pasaran 

Bagaimana PowerBTC sebenarnya boleh menawarkan penjual Bitcoin 10% melebihi nilai pasaran, dan dalam masa yang sama mengaut keuntungan?  Jawapannya terletak pada strategi jualan semula mereka.  PowerBTC menyediakan perkhidmatan kepada penjual Bitcoin terutamanya di A.S., Kanada, UK, Australia, New Zealand dan Denmark.  Namun begitu, syarikat ini menjual semula duit-duit ini di Timur Tengah, di mana duit ini mempunyai harga yang lebih tinggi.  Oleh yang demikian, mereka boleh menawarkan penjual di negara benua Inggeris harga yang berdaya saing.  Dengan menggunakan pengaruh pengetahuan pasaran mereka, PowerBTC telah menemukan jalan untuk memberikan pulangan yang tinggi bagi pelaburan Bitcoin.

https://youtu.be/dyWSibOfUfY

Cara yang Lebih Mudah Menjual Bitcoin 

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan, Bitcoin telah memperoleh kejayaan yang menakjubkan.  Sebagai matawang kripto yang pertama di dunia, ia telah memperkenalkan satu pendekatan baharu yang revolusiner untuk berniaga – selain menjadi pelaburan yang hebat yang dapat memberikan pulangan yang besar.

Apabila pasaran mengizinkan, pelabur Bitcoin akan menjual duit mereka. Laman sesawang penstriman PowerBTC yang ringkas itu menjadikan ia mudah dan intuitif untuk menukarkan bitcoin kepada USD dengan cepat.  Laman itu tidak memerlukan pengguna mengisi borang pendaftaran yang panjang.  Bertepatan dengan semangat matawang kripto, ia membantu pengguna kekal tidak dirahsiakan sepenuhnya tatkala mereka mendapat ganjaran daripada pelaburan bitcoin.  Ia juga mempercepatkan proses, membolehkan pengguna menukarkan bitcoin mereka serta merta.

 PowerBTC ialah perkhidmatan pertukaran bitcoin tidak terpusat untuk pengguna-dengan-pengguna.  Tidak seperti laman dagangan lain yang berfungsi seperti pasaran saham, PowerBTC membolehkan pengguna menjual bitcoin mereka secara terus kepada pengguna lain.  Bukan sahaja perkara ini bertepatan dengan tujuan asal Bitcoin dan matawang kripto yang lain, bahkan ia juga memansuhkan kos overhed.  Ia membolehkan syarikat ini menyediakan perkhidmatannya tanpa sebarang bayaran.

Pembayaran sebaik sahaja urusniaga selesai juga mudah.  PowerBTC menawarkan pembayaran melalui Paypal, Western Union, atau pindahan bank.  Dalam tempoh 48 jam, penjual menerima bayaran mereka dalam USD.  Laman ini juga menawarkan perkhidmatan eskrow, membantu pembeli kekal terlindung daripada penipuan.

Menghubungkan Dunia kepada Ekonomi Internet 

Tidak terpusat dan dengan kerahsiaan sepenuhnya, Power BTC merangkum semangat matawang kripto.  Dengan membenarkan orang ramai untuk berdagang secara langsung antara satu sama lain, ia telah memperkukuhkan pendekatan yang tepat, cepat dan sangat mudah diakses bagi menjual Bitcoin.  Oleh sebab perkhidmatan ini disusun dengan overhed minima, mereka mampu menawarkan perkhidmatan mereka dengan yuran sifar, selain menawarkan pembayaran yang melebihi nilai pasaran.  Dengan perkembangan dan perubahan dalam Bitcoin, PowerBTC meneraju arah pasaran matawang kripto supaya lebih mudah diakses dan membantu matawang ini menjadi lebih mudah didapati dan digunakan oleh orang ramai di seluruh dunia.

Latar Belakang PowerBTC: PowerBTC ( http://www.PowerBTC.com ) ialah perkhidmatan rakan-ke-rakan yang menjada kerahsiaan dan tidak terpusat untuk pembelian Bitcoin.  Pendekatan mereka mudah dan pantas: tiada yuran, tiada pendaftaran, dan pembayaran mudah dalam USD dalam tempoh 48 jam setelah sesuatu jualan dilaksanakan.

Hubungi:
Mark Twein
ads@powerbtc.com
+1-(917)-979-2728

Source: PowerBTC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services