omniture

RCI Terus Perluas Jaringan Global menerusi Penambahan 70 Pusat Peranginan Bersekutu

RCI Asia-Pacific
2016-09-14 17:57 625

SINGAPURA, 14 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju global bagi perkhidmatan pertukaran percutian dan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Worldwide (NYSE: WYN), menerima lebih 70 hartanah baharu ke dalam rangkaian pertukaran bersekutunya semasa separuh pertama tahun 2016. Penggabungan baharu ini melibatkan pusat-pusat peranginan di Asia, Caribbean, Eropah, India, Amerika Latin dan juga Amerika Utara.

"Menerusi penambahan ini, kami dapat terus menambah pilihan yang kami tawarkan kepada 3.8 juta ahli kami melalui jaringan pertukaran global kami," kata Gordon Gurnik, presiden, RCI. "Kami menyediakan pemilik kongsi masa kami dengan lebih banyak pilihan hartanah berbanding mana-mana syarikat pertukaran lain, selain memberikan pelbagai pilihan pelancongan yang berkualiti tinggi."

Baru-baru ini, RCI menerima The Grand Palladium Lady Hamilton Resort & Spa, yang terletak sepanjang pantai di Lucea, Jamaica. Pusat peranginan tropika ini menampilkan rekaan moden dan kemudahan kelas pertama yang memberi lebih tarikan kepada persekitaran semula jadi pulau itu. Dengan 13 bar, program aktiviti di kolam renang dan pantai serta kemudahan sukan dan sukan air kelas pertama, tetamu disediakan pelbagai pilihan untuk meluangkan masa percutian mereka. Penginapan yang mengagumkan ini menyediakan 390 suit junior, 78 suit dan 48 suit villa dengan pemandangan laut. Dalam rumah banglo hanya untuk golongan dewasa yang romantik sahaja, tetamu boleh mengakses kolam renang serta kawasan pantai persendirian dan inilah percutian pulau terpencil dalam erti kata sebenar.

Ahli-ahli RCI® yang melanggan kini juga mempunyai pilihan untuk mengunjungi Cameron Club Lodges yang terletak bersebelahan dengan Loch Lomond di Alexandria, Scotland yang sangat mendamaikan. Ketika melangkah masuk ke kawasan itu, tetamu disambut dengan padang golf dan air pancut yang memukau di bahagian kiri dan kanan. Pusat peranginan ini menyediakan Loch Lomond Spa yang santai dan menyegarkan, ia telah dinobatkan sebagai spa hotel terbaik di Scotland selama tiga tahun berturut-turut. Bermula dengan pilihan penginapan bermula dengan pangsapuri dua bilik tidur kepada rumah persinggahan mewah dengan empat bilik tidur, pusat peranginan ini sungguh sesuai sebagai destinasi percutian bersama pasangan mahupun percutian sekeluarga.

Pusat peranginan bersekutu RCI yang baharu juga termasuk Nickelodeon™ Resort Punta Cana by Karisma di Punta Cana, Republik Dominican; Hotel Ambient Azumino di Azumino-shi, Nagano, Jepun; serta Holiday Inn Club Vacations Smoky Mountain Resort di Gatlinburg, Tennessee, Amerika Syarikat.

Program The Registry Collection®, iaitu satu program pertukaran mewah oleh RCI, turut menambah Club Residencial Vinedo San Miguel di San Miguel de Allende, Mexico. Bakal dibuka pada hujung tahun 2017. Terletak di kawasan San Miguel Vineyard, ia berkeluasan 60 ekar. Kediaman yang luar biasa ini menyediakan kolam renang persendirian, halaman dalam dan juga taman bumbung. Tetamu yang memilih kediaman mewah untuk lapan orang juga berpeluang meneroka kilang wain dan kemudahan hotel di hartanah tersebut, seperti restoran, spa, gelanggang tenis dan juga tasik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.RCI.com atau www.RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI

RCI ialah peneraju dunia bagi pertukaran percutian yang melibatkan hampir 4,300 pusat peranginan bersekutu di lebih 100 buah negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahlinya dengan kefleksibilan dan kepelbagaian yang lebih baik untuk pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® iaitu sistem pertukaran mengikut minggu, dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada 3.8 juta ahli RCI yang melanggan setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau masih dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Destination Network dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Untuk sebarang maklumat tambahan sila lawati pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui melalui Facebook, YouTube dan juga Twitter.

Maklumat Perhubungan Media:

Steven Alessandrini 
Steven.Alessandrini@rci.com 
+1 (973) 753-8278

Valerie Oppelaar 
Valerie.Oppelaar@rci.com 
+1 (973) 753-7474

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI Asia-Pacific
Related Stocks:
NYSE:WYN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel