omniture

Pengerusi Kimberley Process UAE Pertama Bin Sulayem Bertemu Presiden Ghana di Accra

Kimberley Process
2016-09-15 14:33 660

DUBAI, UAE, 15 September 2016 /PRNewswire/ --

  • Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Afrika beliau, Pengerusi KP UAE, Ahmed Bin Sulayem bertemu Presiden Ghana, Yang Mulia John Dramani Mahama  

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Afrika, Pengerusi KP UAE telah disambut oleh Presiden  Ghana YM John Dramani Mahama.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407593 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407594 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407596 )

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160914/407597LOGO )

Menamatkan 'Forum Logam Berharga Afrika Dubai' yang kedua di Accra, Pengerusi KP, Ahmed Bin Sulayem telah menemui Presiden YM John Dramani Mahama untuk membincangkan hal berkaitan Kimberley Process dan untuk berkongsikan laporan Separuh Penggal Pengerusi KP.

Ghana merupakan Ahli penuh KP, dan Presiden Ghana telah membincangkan komitmen firma negara beliau terhadap semua mandat KP dan kriteria operasi. Walaupun kecil berbanding aktiviti perlombongan lain, industri berlian kekal relevan walaupun sumbangannya kurang daripada kira-kira 5% hasil komoditi mineral kepada KDNK Ghana.

Eksport mineral dari Ghana adalah 2,515 Juta AS Dolar, dalam suku pertama tahun 2016, turun sedikit daripada 2,558 Juta AS Dolar dalam suku keempat tahun 2015. Tempoh eksport terbaik negara adalah dalam suku pertama tahun 2012, dengan 4,119 Juta AS Dolar eksport.  Ghana mempunyai rizab berlian yang ke-11 terbesar di dunia dan merupakan penghasil ke-14 terbesar di Afrika.

Presiden YM menekankan perubahan terkini dalam perundangan kerajaan, kepada Mr. Bin Sulayem, termasuk undang-undang repatriasi apabila 85% daripada pendapatan, yang diperolehi daripada mengeksport bahan mentah, kembali kepada negara.  Semua urus niaga eksport, termasuk berlian, adalah didaftarkan dan dilaporkan oleh Bank of Ghana.  Hasilnya, Berlian Ghana dicari oleh seluruh dunia, semuanya ekoran daripada reputasi negara dalam mengekalkan sistem kawal atur kewangan yang telus dan kepatuhannya terhadap keperluan Kimberley Process.  President Mahama menjelaskan bahawa sistem tersebut membolehkan kerajaan melabur semula dalam infrastruktur dan projek lain.

En. Bin Sulayem memaklumkan Presiden bahawa baru-baru ini beliau kembali dari bandar kedua terbesar di Ghana, Kumasi, dalam wilayah Ashanti, dan menyaksikan pelaksanaan dasar kerajaan, melalui pembinaan sekolah baharu.  En. Bin Sulayem turut menyebut tentang lawatan beliau ke beberapa projek kemanusiaan Emiriah Arab Bersatu, termasuk pembukaan telaga dan pengorekan lubang, membekalkan bekalan air bersih kepada seluruh komuniti. Beliau turut melawat masjid komuniti yang dibiayai Persatuan Bulan Sabit Merah dan pembaikpulihan beberapa buah sekolah.

YM Presiden Mahama, pendukung tegar pendidikan, bersetuju dengan En. Bin Sulayem bahawa pendidikan, terutamanya dalam komuniti yang lebih misikin memerlukan sokongan berterusan, dan memuji badan amal UAE yang terlibat dalam masyarakat yang amat memerlukan bantuan.

Ghana mempunyai banyak program infrastruktur penting, termasuk pembinaan 200 buah sekolah, untuk memberikan pendidikan dengan kos berpatutan kepada populasi.

Presiden turut menyebut untuk mengembangkan lagi perundangan yang dicadangkan, untuk melibatkan lesen perlombongan dan dagangan, yang akan mewajibkan syarikat agar terlibat dalam program repatriasi alam sekitar, seperti penghutanan semula dan pembaikpulihan lain yang serupa.

Pengerusi KP menyatakan mesyuarat beliau dengan YM Presiden John Dramani Mahama memberikan banyak maklumat dan menggalakkan - dan dialog mereka menunjuk kepada kemungkinan untuk mengadakan lebih banyak perbincangan tentang Kimberley Process dan industri perlombongan Ghana.  

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Afrika beliau, selepas melawat Republik Afrika Tengah, Angola, Afrika Selatan dan baru-baru ini ke Burkina Faso, pengerusi  KP, Ahmed Bin Sulayem, terus melawat negara Afrika lain termasuk DRC.

Inisiatif Afrika adalah komitmen oleh Pengerusi KP untuk mengekalkan kehadiran dalam negara penghasil berlian bagi membantu memudahkan kepatuhan KP, menepati mandat KP dan untuk memberikan Afrika peluang bersuara.

Latar Belakang Skim Pensijilan Kimberley Process

Skim Pensijilan Kimberley Process ialah inisiatif kerjasama antara kerajaan, industri dan masyarakat awam untuk menghentikan aliran berlian konflik ke dalam dagangan berlian.

Kini terdapat 54 peserta yang mewakili 81 buah negara termasuk UAE.

Pada tahun 2003, UAE menggunakan Undang-undang Persekutuannya, "Undang-undang Kesatuan no.13 Tentang Penyeliaan Import/Eksport dan Transit Berlian Kasar" dan menjadi negara Arab pertama yang melaksanakan Skim Pensijilan Kimberley Process. Pejabat Kimberley Process di DMCC adalah entiti yang dibenarkan oleh Kementerian Ekonomi UAE untuk mengesahkan penyemburan beretika berlian kasar yang didagangkan dalam negara.

Lawati http://www.kimberleyprocess.com untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

Sumber: Kimberley Process

Source: Kimberley Process
Keywords: Jewelry Precious Metals