omniture

Wacom Memperkenalkan Pad Tandatangan Dengan Ciri Paling Lengkap dan Fleksibel menerusi STU-540

Wacom Singapore Pte Ltd
2016-09-15 15:01 815

TOKYO, 15 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Wacom Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan produk STU-540, iaitu pad tandatangan yang paling canggih dan mantap, ke dalam rangkaian peranti salinan tandatangan yang utama dalam industri ini. Menggabungkan pilihan sambungan yang paling luas, ciri kemudahan untuk pengguna dan penyulitan terbaik, STU-540 ialah pilihan terunggul untuk organisasi-organisasi yang berhasrat untuk menggunakan tandatangan elektronik secara bertulis ke dalam aliran kerja mereka.

Pad Tandatangan STU-540
Pad Tandatangan STU-540

 

Pad tandatangan terkini daripada Wacom ini menambah sokongan kepada salinan tandatangan untuk pelbagai situasi. Untuk komputer meja, ia menggunakan USB biasa. Bagi konfigurasi komputer maya, terdapat beberapa pilihan yang disediakan - memberikan pengguna rangkaian agar amat bersesuaian dengan keperluan mereka. STU-540 dapat disokong secara natif dalam Citrix v7.6.3 serta versi terbaharu. Untuk Citrix v6.5 dan persekitaran komputer meja maya yang lain, model baharu ini dapat dipasang untuk menyerupai sambungan bersiri melalui USB. Selain itu, STU-540 menawarkan pilihan yang disediakan melalui kit aksesori berasingan bagi menambah penyambung bersiri dalam bentuk fizikal, dan bukannya USB.

Wacom turut meningkatkan utiliti dan ciri kemudahan penggunaan pad tandatangan ini dengan menyediakan ciri-ciri dan fungsi yang biasanya diperlukan ke dalam STU-540. Skrin berwarna dapat dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan dan bukan sekadar untuk menyalin tandatangan tanpa memerlukan pengguna untuk mencipta serta menggunakan aplikasi mereka sendiri. Sebaliknya, fungsi terbina dalam ini boleh diakses hanya menggunakan utiliti yang mudah. Apabila tidak berada dalam mod menandatangan, skrin berwarna pada pad tandatangan dapat memaparkan imej berkualiti tinggi untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran tanpa menggunakan aplikasi berasingan beroperasi di bahagian latar. Sebaliknya, imej terus dipaparkan daripada pad tandatangan tersebut. Selain itu, ciri pad kekunci yang boleh disuaikan membolehkan pengguna menetapkan pad kekunci pada skrin yang boleh dikonfigurasikan atau kekunci lembut yang boleh digunakan untuk mengumpul pelbagai jenis maklumat berbeza bagi menyokong aliran kerja yang pelbagai.

STU-540 meneruskan ciri tradisi Wacom dalam menyediakan penyulitan yang mantap demi melindungi data tandatangan dipindahkan antara pad tandatangan dan stesen kerja mahupun terminal. STU-540 menampilkan penyulitan AES256 / RSA2048 yang terbukti dan selamat.

"Dengan pelancaran pad tandatangan STU-540 ini, Wacom menyediakan ciri-ciri paling canggih untuk pelanggan bagi menyokong penyepaduan tandatangan elektronik secara bertulis dalam aliran kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha untuk beralih kepada proses tanpa menggunakan kertas. Kami menawarkan pilihan penyulitan yang terkemuka dalam industri ke dalam pad tandatangan kami agar dapat memenuhi jangkaan tinggi pelanggan kami terhadap proses eTandatangan yang selamat. Pilihan sambungan yang disediakan juga memastikan pengguna dalam keadaan berbeza mampu menggunakan pad ini, dan sekiranya keperluan mereka berubah, STU-540 dapat menyesuaikan fungsi mengikut kehendak mereka," kata Shigeki Komiyama, Naib Presiden Eksekutif, Wacom Co., Ltd. "Selain itu, kami turut memperkenalkan ciri-ciri inovatif yang membolehkan pengguna kami memperluas penggunaan produk ini dalam perniagaan mereka."

STU-540 menampilkan paparan LCD berwarna 5 inci yang beresolusi tinggi dengan permukaan antisilau bagi menyediakan pengalaman menonton yang dipertingkat dalam semua keadaan pencahayaan, selain memberikan maklum balas sentuhan yang lebih baik ketika menandatangan. Ia turut merangkumkan teknologi dakwat digital Wacom, iaitu WILL (Bahasa Lapisan Dakwat Wacom) bagi menghasilkan tandatangan pada skrin yang kelihatan bersih, baharu dan mereplikasi tandatangan secara visual menggunakan pen pada kertas.

SDK (Kit Pembangunan Tandatangan) Tandatangan Wacom dan STU SDK boleh digunakan untuk mengintegrasikan sokongan peranti tandatangan Wacom ke dalam aplikasi natif.

Harga dan Ketersediaan Produk

Untuk membeli dan mendapatkan maklumat ketersediaan produk, sila layari laman sesawang Wacom.

Latar Belakang Wacom  

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpusat di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) yang mempunyai beberapa buah anak syarikat dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 buah negara. Wawasan Wacom untuk lebih mengeratkan antara manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta antara seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi mengekspresikan personaliti mereka. Penyelesaian e-Tandatangan daripada Wacom dimanfaatkan oleh pelbagai segmen aplikasi yang amat mementingkan pencapaian aliran kerja digital dengan tahap keselamatan yang tinggi, seperti: POS, e-Pembayaran, pasport elektronik, insurans, perbankan dan daftar masuk hotel.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian kami, sila layari http://business.wacom.com

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Kelly Chung
No. Telefon: +65-9232-9627
E-mel: kelly.chung@wacom.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160913/8521605797
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160607/8521603701LOGO-b

Source: Wacom Singapore Pte Ltd
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components New products/services