omniture

Gergasi Teknologi China Kuang-Chi Mengembangkan Portfolio GCI dengan Pelaburan dalam Peneraju Analitik Video Agent Vi

Kuang-Chi Group
2016-09-18 09:13 673

TEL AVIV, Israel, 18 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- KuangChi Science Limited (HK:439), ahli Kuang-Chi Group, telah bersetuju menjadi pelabur stategik dalam Agent Video Intelligence (Agent Vi), sebuah syarikat analitik video Israel.

Pelaburan $4.3 juta, sebahagian daripada $300 juta dana Komuniti Inovasi Global (GCI) Kuang-Chi yang dilancarkan awal tahun ini, akan meluaskan portfolio teknologi syarikat yang membolehkan bandar yang selamat dan pintar.  Syarikat ini melabur bersama-sama peneraju keselamatan awam Motorola Solutions, yang mula melabur dalam Agent Vi pada 2012.

Menurut firma kajian pasaran IHS, Agent Vi, yang ditubuhkan pada 2003, merupakan peneraju pasaran dalam analitik video, dengan ribuan kejayaan pelaksanaannya di seluruh dunia.  Teknologi berpaten Agent Vi menyediakan analitik sofistikated dan tersuai merentasi aplikasi bandar selamat, infrastruktur, pengangkutan, jualan dan lain-lain.

Beroperasi menerusi ratusan penyepadu dan penjual, penyelesaian Agent Vi mengubah kamera pengawasan kepada sensor pintar yang menganalisa, mengesan dan menggelintar video yang amat banyak melalui antara muka awannya.

Kuang-Chi melabur dalam syarikat baharu dan syarikat yang sedang meningkat dengan teknologi perintis dalam sektor robotik, visi mesin, penerbangan dan sektor yang berkaitan teknologi. Syarikat portfolio Dana GCI menerima sokongan penuh sumber korporat Kuang-Chi, dari jualan dan pemasaran hinggalah pembangunan teknologi bersama.  Pada awal tahun ini, syarikat ini telah menubuhkan hab kreatif di Singapura bagi membangunkan lagi strategi Bandar Masa Depannya.

Agent Vi mahu menggunakan dana yang dilaburkan itu untuk mengembangkan pasukan kejuruteraan, jualan dan pengurusannya. Syarikat ini bercadang untuk membuka pejabat tempatan untuk memberikan perkhidmatan kepada kelompok pelanggannya yang semakin berkembang di China, Asia Tenggara dan Eropah.

Dr. Ruopeng Liu, pengerusi Kuang-Chi, berkata: "Saya amat gembira mengumumkan pelaburan dan kerjasama kami dengan Agent Vi.  Pegangan ini akan memberikan sumbangan yang penting kepada portfolio penawaran dan projek Bandar Masa Depan Kuang-Chi.  Sebagai pelabur strategik bersama Motorola Solutions Venture Capital, kami akan membantu Agent Vi mengembangkan projek Bandar Masa Depan ke seluruh Asia."

Ketua Pegawai Eksekutif Agent Vi, Itsik Kattan berkata: "Agent Vi telah mendapat tempat di China dan menemui rakan kongsi yang penting, Kuang-Chi, iaitu sebuah syarikat yang mencipta teknologi generasi seterusnya dengan aplikasi meluas untuk masa depan bandar.  Kami menghargai kepercayaan dalam strategi pengembangan kami yang ditunjukkan oleh Lembaga Pengarah kami dan Dr. Liu menerusi urusniaga ini."

Ori Israely, Pengarah Pelaburan, Motorola Solutions Venture Capital, mengulas: "Motorola Solutions terus menyokong Agent Vi dan kami gembira untuk meneruskan hubungan yang kami jalinkan sejak 2012."

Dorian Barak, Pengarah Urusan Indigo Group, rakan kongsi Kuang-Chi di Israel berkata: "Perkara ini merupakan pencapaian penting dalam pertumbuhan Agent Vi.  Bekerjasama dengan pelabur strategik sehebat Kuang-Chi memberikan kelebihan besar dalam capaian kawasan yang lebih meluas di waktu Agent Vi meluaskan kehadirannya di Asia.  Kuang-Chi sudah pasti mendapat manfaat daripada kolaborasinya dengan peneraju analitik video."

Latar Belakang Kuang-Chi 

KuangChi Science Ltd. (Kod saham: 00439.HK) merupakan peneraju inovasi yang disenaraikan di papan utama bursa saham Hong Kong.  Ditubuhkan oleh lima saintis dan penginovasi yang disegani setelah mereka menerima ijazah pascasiswazah dari universiti terkemuka antarabangsa, syarikat ini dan syarikat sekutunya beroperasi dalam beberapa industri teknologi tinggi termasuk aeroangkasa, komunikasi, bandar pintar, dan sains bahan.  Kuang-Chi Group telah membentuk komuniti inovasi global dengan matlamat yang jelas: menjadikan dunia lebih baik untuk semua.  Dengan menghimpun pelbagai syarikat dan teknologi dari seluruh dunia untuk berkongsi idea, teknologi dan visi, komuniti ini telah mencapai kejayaan yang luar biasa.

HUBUNGI:
Vivi Ke
+86-138-7632-0811
hengwei.ke@kuang-chi.com

Source: Kuang-Chi Group
Related Stocks:
HongKong:00439 HongKong:0439 HongKong:439 OTC:CPKPY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Contracts Corporate Expansion New products/services