omniture

Greenwave Systems Mengambil Alih Peneraju Analitik Predixion Software, Menambah Analitik Pinggir Visual Masa Sebenar untuk AXON Platform Rintis Baharu bagi IoT dan M2M

Hasil pengambilalihan membolehkan Greenwave untuk melaksanakan maklumat jelas data masa sebenar dan memacu pertumbuhan yang signifikan bagi perkhidmatan terurus IoT
Greenwave Systems
2016-09-21 15:26 645

IRVINE, Calif., 21 September, 2016 /PRNewswire/ -- Greenwave Systems, peneraju bagi perisian Internet of Things (IoT) dan platform perkhidmatan terurus bertaraf global, hari ini mengumumkan ia telah mengambil alih Predixion Software, pembangun utama bagi perisian analitik pinggir visual masa sebenar bagi Internet of Things, untuk jumlah yang tidak dinyatakan. Pengambilalihan ini akan menambah baik AXON Platform® Greenwave menerusi analitik visual yang canggih, membolehkan perolehan maklumat jelas data masa sebenar daripada salah satu rangkaian terhubung yang paling luas di dunia. Pembelian ini juga turut menambah bakat industri terbaik ke dalam pasukan Greenwave serta memacu pembangunan pelanggan dalam IoT, M2M, pengurusan rangkaian serta penyediaan media untuk IPTV dan juga TV linear.

Menerusi kolaborasi dengan beberapa rakan kerjasama yang hebat, teknologi Greenwave disepadukan ke dalam pelbagai rangkaian canggih serta peranti terhubung menerusi pelaksanaan IoT terkumpul yang terbesar di dunia. Dengan menambah produk RIOT™ Predixion, enjin analitik pinggir serba lengkap sepenuhnya ke dalam rangkaian perisian AXON™, ini dapat memberi peluang yang tiada tandingan kepada pelanggan untuk memperoleh, menganalisis dan mengurus maklumat data masa sebenar. Dengan menerapkan keupayaan analitik yang canggih, AXON dapat memberi pengalaman IoT yang lebih pintar buat pelanggan selain mampu menyediakan maklumat lebih terperinci tentang pengurusan dan prestasi rangkaian.

"Kami teruja untuk menambahkan Predixion Software ke dalam pasukan kami," kata Martin Manniche, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Greenwave Systems. "Menerusi pengambilalihan ini, kami dapat mengalu-alukan beberapa saintis data yang paling hebat dalam industri, jurutera serta bakat terbaik ke dalam syarikat kami, termasuk Simon Arkell, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Predixion, yang akan menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Platform Perisian untuk Analitik. Perisian RIOT Predixion ialah tambahan penting untuk rangkaian produk kami lantaran reka bentuknya untuk penyelesaian hujung-ke-hujung dan boleh diskala dalam perkhidmatan awan, serta dioptimumkan untuk peranti terbenam yang terdapat pada talian tetap mahupun rangkaian mudah alih. Usaha menyepadukan perisian RIOT ke dalam AXON Platform kami akan membolehkan pelanggan mendapatkan lebih nilai daripada hampir 8 juta isi rumah dan 4 juta peranti mudah alih yang menggunakan perisian AXON."

Sektor IoT semakin berkembang pesat lantaran teknologi perangkaian yang kian meningkat maju, peranti terhubung yang semakin canggih dan penyedia perkhidmatan utama daripada pelbagai vertikal yang turut bersaing. Menerusi AXON Platform, Greenwave telah menjamin kedudukannya utamanya sebagai peneraju industri dengan mendayakan perkhidmatan terhubung yang hebat dan baharu bersama rakan kerjasama seperti Verizon, Frontier Communications, IBM dan E.ON, antara lainnya. Menerusi jalinan kerjasama ini, teknologi Greenwave kini terdapat dalam produk IoT dan M2M dalam telekomunikasi global, utiliti, penyelesaian penghantaran media jalur lebar dan banyak lagi.

"Penyertaan ke dalam pasukan Greenwave akan membolehkan teknologi analitik kami dikembangkan untuk pelbagai rangkaian terurus yang luar biasa," kata Simon Arkell. "Kami dapat memanfaatkan IoT, M2M, video dan rangkaian jalur lebar serta memberi nilai hebat untuk pelanggan dan rakan kerjasama sedia ada kami, termasuk Intel, Wind River®, Accenture dan juga GE. Kami berasa teruja untuk menyertai pasukan ini dan berharap kami dapat mencapai kejayaan bersama-sama. Pengambilalihan Predixion oleh Greenwave akan menyediakan lebih kehebatan dari segi kewangan untuk segala kemajuan yang telah dibuat oleh Predixion dan akan membolehkan kami memacu pertumbuhan syarikat serta membawakan teknologi ini ke peringkat global."

"Analitik masa sebenar adalah amat bernilai untuk syarikat-syarikat yang menggunakan IoT memandangkan syarikat-syarikat ini menyediakan maklumat yang amat penting untuk peranti rangkaian pada bila-bila masa. Sebagai contoh, menerusi pemantauan analitik termaju dan pelaporan tentang peranti menerusi rangkaian pada masa sebenar, syarikat-syarikat dapat mengatasi masalah penyelenggaraan sebelum ia menyebabkan timbulnya masalah yang lebih besar atau mengalihkan sumber agar dapat melepaskan beban peranti yang terbeban," kata Jim Douglas, presiden Wind River, rakan kongsi Predixion Software. "Kami berasa teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan Greenwave dan membangunkan penyelesaian analitik generasi seterusnya untuk IoT."

Pengambilalihan ini juga terus mengesahkan kepimpinan Greenwave dalam memacu sektor teknologi terhubung dan melakar tahun yang penting untuk syarikat, termasuk dari segi rekod jualan, jumlah pekerja yang melebihi 280 kakitangan di seluruh dunia serta beberapa pencapaian utama yang lain. Syarikat ini juga telah memasuki fasa pembangunan baharu dan akan terus memanfaatkan usaha pengambilalihan sebagai kaedah utama untuk memacu pertumbuhannya.

Latar Belakang Greenwave Systems  

Greenwave Systems ialah sebuah syarikat perisian dan perkhidmatan Internet of Things (IoT) yang bertaraf global, khusus untuk memperkasa jenama-jenama utama dalam pasaran agar dapat menggunakan perkhidmatan serta produk terurus mereka sendiri dengan cara yang menguntungkan, memupuk hubungan pelanggan yang lebih erat serta mengembangkan perniagaan. Syarikat telekomunikasi mudah alih, pengendali telekomunikasi, pengeluar semikonduktor, utiliti dan kesemua penyedia perkhidmatan menggunakan AXON Platform Greenwave untuk menyepadukan data serta komunikasi dengan selamat daripada pelbagai protokol digital sedia ada dan baharu, selain menyediakan perkhidmatan IoT dan M2M perintis dengan pantas melalui rangkaian terurus menggunakan analitik masa sebenar. Ketahui lebih lanjut tentang Greenwave di www.greenwavesystems.com. Hubungi kami melalui LinkedIn di sini dan ikuti kami melaluihttps://www.linkedin.com/company/greenwave-systems-inc Twitter di @GreenwaveSys.

©2016 Greenwave Systems, Inc. AXON Platform Greenwave Systems dan AXON ialah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar Greenwave Systems, Inc. Jenama-jenama lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing. Segala maklumat boleh berubah tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis. Semua hak terpelihara.

Source: Greenwave Systems
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion