omniture

Persekutuan Jantung Sedunia Menyeru Kerajaan untuk Bertindak Segera dalam Kesihatan Kardiovaskular

Seminggu sebelum Hari Jantung Sedunia pada 29 September, Persekutuan Jantung Sedunia menyeru kerajaan untuk menambah usaha untuk mencegah wabak penyakit kardiovaskular (CVD)
The World Heart Federation (WHF)
2016-09-23 00:00 799

NEW YORK, Sept. 23, 2016 /PRNewswire/ -- Persekutuan Jantung Sedunia hari ini mengeluarkan polisi global menyeru kerajaan untuk melaksanakan system pengawasan dan pemantauan bagi CVD untuk mencegah, merawat dan mengawal pembunuh paling utama dunia.

CVD adalah penyebab kematian utama seluruh dunia, meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun. Namun, sekurang-kurangnya 80% kematian pra matang dari CVD boleh dielakkan[1] dengan menangani faktor tingkahlaku berisiko dan menggunakan rawatan mudah selepas serangan jantung atau strok.

Seruan kepada para pembuat polisi dan kerajaan telah dilakukan hari ini di mesyuarat Inisiatif Jantung Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Inisiatif ini akan membantu kerajaan untuk melaksana intervensi di peringkat-populasi umum dan klinikal untuk mengurangkan kadar CVD.

WHF menggariskan tiga langkah praktikal bagi pembuat polisi untuk mengumpul data yang boleh dipercayai untuk menghasilkan polisi yang tepat dan berkesan tentang CVD:

  1. Mengukuhkan sistem pendaftaran vital dan punca kematian
  2. Menyertakan intervensi penting dalam menangani CVD ke dalam sistem informasi kesihatan sedia ada
  3. Mengumpul maklumat dari subsampel yang mewakili populasi tentang prevalens dan kualiti penjagaan pesakit yang mengalami hipertensi dan CVD; dan mengambil data terkumpul  secara berkala tentang faktor-faktor risiko sikap dan metabolik (kesan bahaya dari alkohol, tidak aktif secara fizikal, penggunaan tembakau, diet yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan obesiti, tekanan darah yang meningkat, peningkatan glokusa darah, dan hiperlipidemia), dan penentu kepada pendedahan risiko seperti pemasaran makanan, tembakau dan alkohol dalam sub sampel populasi yang berkenaan.

Pada Hari Jantung Sedunia, WHF juga akan melancarkan ringkasan polisi yang mengenalpasti jurang dan keperluan dalam sistem pemantauan & pengawasan CVD global.

Dr Salim Yusuf, Presiden, WHF, berkata: "Kami mengetahui bahawa pengawasan dan pemantauan yang tegas dan berkesan adalah kunci panduan polisi dan strategi yang dilaksanakan dan sama ada ia berjaya untuk mengurangkan kadar CVD.Negara-negara yang mengira kadar ini juga merupakan negara-negara yang menunjukkan kadar pengurangan CVD yang tertinggi.

"Kami menyeru kerajaan untuk meneguhkan komitmen dalam mencegah kematian pra matang dengan mengambil langkah penting ke arah pemantauan yang lebih baik terhadap populasi mereka."

Tunjukkan sokongan anda terhadap Hari Jantung Sedunia dengan tweet @worldheartfed dengan #HealthyHeartSelfie anda

Baca seruan polisi global dan muat turun templat surat WHF penuh yang menyeru kerajaan untuk melaksanakan sistem pengawasan dan pemantauan yang dipercayai dan sesuai bagi CVD.

http://www.worldheartday.org

Source: The World Heart Federation (WHF)
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit