omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China ke-38 Menutup Tirai dengan Jayanya

Pameran Perabot Antarabangsa Cina
2016-10-03 17:11 683

SHANGHAI, Oct. 3, 2016 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) Shanghai, dengan rasminya berakhir pada 10 September di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) Shanghai. Pameran empat hari itu telah mengalu-alukan 2,000 pempamer.

Pameran itu menerima sejumlah 84,696 hadirin profesional dari 30 negara dan daerah seperti China, Itali, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Belgium, India, Jepun, Asia Tenggara, Korea dan Turki, menyaksikan peningkatan stabil dengan perkembangan berbanding tahun sebelumnya mencecah 12.75 peratus.

Berfokus kepada "Kepintaran dan Kualiti, Inovasi dan Perkongsian", pameran itu menampilkan bukan sahaja perabot rumah, perabot pejabat, dekor rumah & tekstil rumah, perabot luar dan santai, mesin dan bahan-bahan mentah malahan barangan hebat dari Anugerah Pinnacle, yang dikenali sebagai Anugerah Oscar perabot Amerika.

Bagi menawarkan pengalaman pembelian yang lebih baik, CIFF (Shanghai) memperkenalkan khidmat perkongsian data kepada sidang profesional, menawarkan maklumat pembelian berdasarkan keperluan pembeli, mencadangkan pempamer yang paling sesuai dan mengoptimumkan kunjung lawatan mengikut kesesuaian. Para pembeli yang mahu mengetahui denga lebih lanjut tentang perabot yang ditempah khusus dan produk kelengkapan rumah pintar internet boleh membuat lawatan "pintar" yang disusun khas dalam perkhidmatan ini.

CIFF ke-38 (Shanghai) menganjurkan 48 acara seperti paparan reka bentuk, pameran fesyen dan forum persidangan termasuk persidangan perabot perolehan kerajaan negara di mana tetamu dari seluruh negara berkongsi skop pembelian kerajaan China, ciri-ciri pembelian kawasan utama, ciri-ciri pembelian pasaran segmen.

Satu kemuncak bagi pameran itu, Anugerah Pinnacle melancarkan kunjungan pertamanya ke China dengan pameran sulung di CIFF ke-38 untuk berkongsi produk-produk yang telah dihasilkan secara besar-besaran dan diterima dengan baik oleh pelanggan di pasaran Amerika Syarikat. Artis-artis terkenal dunia termasuk artis Sepanyol, Cristobal Gabarron turut mempamerkan reka bentuk mereka dalam pameran solo mereka di pameran itu.

Xu Bing, Timbalan Presiden hos CIFF, Pusat Dagangan Asing China menandatangani surat hasrat bersama Tom Conley, presiden dan ketua pegawai eksekutif US High Point Market dan John Conrad, pengarah eksekutif Persatuan Perekabentuk Perabot Amerika. Perkongsian strategik ini menandakan satu lagi langkah bagi pameran itu untuk memudahkan komunikasi global dan mempromosikan inovasi dan pembangunan industri perabot global.

"Oleh sebab Anugerah Pinnacle melancarkan kunjungan pertamanya ke China di CIFF, kami akan mengalu-alukan pempaper Amerika yang pertama tahun hadapan." Kata ahli jawatankuasa CIFF (Shanghai), "CIFF bukan sekadar pameran untuk pembeli dan pempamer mengetengahkan perabot moden dan pintar mereka, termasuk perabot tradisional dan untuk menerokai lebih peluang perniagaan, tetapi juga platform bagi mereka mendapatkan kefahaman mengenai pasaran dan trend industri bagi keperluan isi rumah global."

Latar belakang CIFF

Sebagai pameran perabot pertama dan terbesar di China, CIFF ke-38 dianjurkan oleh Pusat Dagangan Asing China (Kumpulan), Persatuan Perabot Guangdong, Dewan Dagangan untuk Import dan Eksport Produk Industri Ringan dan Seni Kraf China dan dihoskan oleh China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp.

Source: Pameran Perabot Antarabangsa Cina
Keywords: Art Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Licensing/marketing agreements Trade show news