omniture

Mengapa QuickOption Kian Mendominasi Industri Perdagangan

QuickOption
2016-10-07 15:10 488

DUBLIN, 7 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- QuickOption kini menjadi tumpuan satu lagi bintang media sosial

Aplikasi kewangan yang telah merancakkan perkembangan industri kewangan terus memperlihatkan kemajuannya. Aplikasi QuickOption kini semakin diterima pakai di seluruh dunia memandangkan pengguna aplikasi ini memperakui potensi hebat yang ditawarkan oleh aplikasi ini. Antara muka yang mesra pengguna dapat memenuhi keperluan peniaga yang ingin meneroka dunia opsyen binari.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161005/415360
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160719/390943LOGO )

Pasukan QuickOption menitikberatkan permintaan pengguna dan melaksanakan hasilnya. Pengguna menginginkan graf teknikal dan pasukan ini menjadikannya suatu kenyataan. Kini, mereka yang bertuah mencuba versi beta iOS berpeluang memanfaatkan carta batang lilin dan penunjuk teknikal. Versi iOS bakal diperkenalkan untuk semua pengguna pada bulan Oktober, dan tidak lama kemudian, versi Android pula akan dilancarkan.

Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma dan pengguna boleh berurus niaga di mana-mana jua pada bila-bila masa! Menerusi peluang yang luas hanya di hujung jari setiap pengguna, tidak hairanlah apabila satu lagi bintang media sosial utama mengagumi aplikasi ini.

Berdagang dalam opsyen binari melibatkan risiko yang besar dan boleh mengakibatkan kehilangan semua modal yang dilaburkan. Prestasi terdahulu bukanlah penunjuk yang andal bagi prestasi masa depan.

Source: QuickOption
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Internet Technology New products/services