omniture

Input Pengguna Memacu Penambahan Rangkaian Prob FISH Hematologi Cytocell Aquarius(R) OGT

Oxford Gene Technology (OGT)
2016-10-11 10:00 462

OXFORD, England, 11 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Oxford Gene Technology (OGT), Syarikat Genetik Molekul, hari ini mengumumkan usaha penambahan penting katalog prob Hematologi Cytocell Aquarius® sedia ada bagi penghibridan in situ berpendarfluor (FISH) – menekankan kedudukan syarikat sebagai gedung sehenti untuk prob FISH berkualiti tinggi. Penambahan ini diperkenalkan bagi menunjukkan komitmen berterusan untuk memanfaatkan maklumat daripada pengguna sebagai pemacu utama kemajuan pesat untuk prob yang berkaitan dengan kajian terkini. 14 prob yang baru dilancarkan termasuk:


    CBFB Prob Merah Proksimal            

CSF1R/RPS14 (5q32-q33) Prob Merah

    CBFB Prob Hijau Distal              

EGR1/CDC25C (5q31) Prob Hijau

    MECOM Prob Merah                     

TERT (5p15.33) Prob Akua

    RUNX1 Prob Hijau                     

CUX1 (7q22) Prob Hijau

    NUP98 Prob Merah Proksimal          

EZH2 (7q36) Prob Merah

    NUP98 Prob Hijau Distal              

Kromosom 7 Satelit Alfa Prob Akua

    TET2 Prob Merah


    USP46 (4q12) Prob Hijau


(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160909/406091LOGO )

Prob baharu yang berkesan kos dan terjamin kualiti ini dioptimumkan untuk digunakan pada jenis sampel biasa dan dijual dalam rumusan pracampur yang mudah digunakan, demi meminimumkan kesilapan eksperimen.

Sebagai pengeluar prob FISH yang paling lama bertahan di dunia, tahun 2016 memperlihatkan pencapaian selama 25 tahun dari segi kepakaran Cytocell dan khidmat pelanggan bagi kemajuan serta pengeluaran produk FISH. "Perkhidmatan prob tersuai myProbes kami memberi kami peluang untuk terus mendapatkan input daripada pelanggan," jelas Faidra Partheniou, Pengurus Produk Hemalotogi di OGT. "Ia benar-benar membantu kami untuk memberi maklum balas segera demi membuat perubahan mengikut permintaan pelanggan dan ia turut membantu penyelidik dengan menyediakan bantuan segera yang pertama demi menjamin kemajuan pesat untuk prob baharu. Penambahan terkini terhadap portfolio Cytocell kami ini merupakan bukti terhadap usaha ini."

OGT turut memberi peluang untuk menilai prob FISH yang tepat dan mesra pengguna itu dalam makmal milik pelanggan secara percuma dengan hanya perlu memohon sehingga empat prob percuma daripada rangkaian produk mereka yang luas.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian lengkap prob FISH Cytocell dan untuk mendapatkan sampel percuma, layari http://www.cytocell.com.

Penambahan baharu terhadap rangkaian prob Hematologi Cytocell Aquarius® kini hanya tersedia di Amerika Utara sebagai reagen khusus analit (ASR), sifat-sifat analisis dan prestasi tidak dinyatakan. Tanda CE versi IVD pula dijangka akan dijual di Eropah.

Source: Oxford Gene Technology (OGT)
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services