omniture

Pameran Lukisan Dakwat Cina Terbesar Seumpamanya di Hong Kong Kini Dibuka untuk Penyertaan

Young Artists Development Foundation
2016-10-13 03:00 886

Acara Seni Mega Antarabangsa "Ink Global" bakal Diadakan pada Ogos Tahun Hadapan Menampilkan 500 Lukisan Dakwat Terbaik Dunia

HONG KONG, 13 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Industri seni Hong Kong terus berhasil dalam menarik lebih banyak acara seni bertaraf antarabangsa. Pameran lukisan dakwat Cina bertaraf antarabanga yang terbesar seumpamanya di bandar raya itu, "Ink Global", anjuran Yayasan Kemajuan Artis Muda, bakal berlangsung pada 2 - 8 Ogos 2017. Pameran tersebut yang akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, akan dibuka untuk orang ramai dengan masuk secara percuma. Acara seni global rintis yang akan mempamerkan ketelitian dan kehebatan lukisan dakwat ini akan menghimpunkan 500 karya agung daripada para artis elit dari seluruh dunia.

Hasil kaligrafi Profesor Jao Tsung-I di sebuah majlis Cina dikenali sebagai  INK GLOBAL diperkenalkan oleh para Tetamu Kehormat, (Dari kiri) Cik Peng Jie, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Publisiti, Kebudayaan dan Sukan, Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat Rakyat di HKSAR; Puan Nellie Fong, Pengerusi Yayasan Kemajuan Artis Muda; Cik Florence Hui, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri; Dr Kwok Homun, Kurator Ink Global dan Dr Louis Ng, Timbalan Pengarah (Kebudayaan) Kuliah dan Jabatan Perkhidmatan Kebudayaan.
Hasil kaligrafi Profesor Jao Tsung-I di sebuah majlis Cina dikenali sebagai INK GLOBAL diperkenalkan oleh para Tetamu Kehormat, (Dari kiri) Cik Peng Jie, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Publisiti, Kebudayaan dan Sukan, Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat Rakyat di HKSAR; Puan Nellie Fong, Pengerusi Yayasan Kemajuan Artis Muda; Cik Florence Hui, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri; Dr Kwok Homun, Kurator Ink Global dan Dr Louis Ng, Timbalan Pengarah (Kebudayaan) Kuliah dan Jabatan Perkhidmatan Kebudayaan.

Menerusi Pameran "Ink Global" ini, Yayasan Kemajuan Artis Muda bermatlamat untuk mempromosikan kemajuan hasil lukisan dakwat dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri seni antarabangsa dengan memilih serta mempamerkan 500 karya agung daripada para artis elit dari seluruh dunia.

Dengan kawasan pameran seluas 150,000 kaki persegi, "Ink Global", bertemakan lukisan dakwat kontemporari, akan menjadi pameran seni terbesar seumpamanya dan terbaik di Hong Kong, tanah besar China dan juga luar negara.

Pihak Penganjur amat berbesar hati apabila menerima tulisan khat yang disumbangkan oleh Profesor Jao Tsung-I. "Ink Global" juga merupakan sebuah platform untuk para artis daripada pelbagai lingkungan usia dan dari pelbagai negara untuk bertukar-tukar pandangan serta pengalaman antara satu sama lain. Pameran yang dijangka akan menarik 150,000 peminat seni dan pengunjung dari dalam dan luar negara itu, juga merupakan sebuah program kemasyarakatan bagi meraikan ulang tahun ke-20 Hong Kong S.A.R.

Pameran lukisan dakwat Hong Kong terbesar seumpamanya

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Cik Florence Hui, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri; Puan Nellie Fong, Pengerusi Yayasan Kemajuan Artis Muda; Dr Kwok Homun, Kurator Ink Global; Cik Peng Jie, Pengarah Hal Ehwal Publisiti, Kebudayaan dan Sukan, Pejabat Perhubungan Kerajaan Pusat Rakyat di HKSAR; dan Dr Louis Ng, Timbalan Pengarah (Kebudayaan), Kuliah dan Jabatan Perkhidmatan Kebudayaan, berserta sokongan daripada pakar-pakar lukisan dakwat, termasuk: Profesor Wucius Wong, En. Wong Hau Kwei, En. Lam Wu Fui, En. Shen Ping, En. Hung Hoi, En. Wang Qiu Tong, En. Chan Shingkau, En. Chiang Ming-shyan serta En. Dong Xiaoming, Pengerusi Kehormat Persekutuan Perbandaran Shenzhen untuk Bidang Sastera dan Seni serta Cik Angeline Yiu, Pengarah Yayasan Jao Tsung-I.

Puan Nellie Fong, Pengerusi Yayasan Kemajuan Artis Muda, berkata, "Matlamat 'Ink Global' adalah untuk menggalakkan kemajuan lukisan dakwat dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri seni antarabangsa dengan mempamerkan 500 karya agung daripada para artis elit seluruh dunia. Pameran tersebut, yang mendapat sokongan Kerajaan Hong Kong dan Profesor Jao Tsung-I, benar-benar akan mempelbagaikan bidang seni bandar itu dan terus mempromosikan Hong Kong untuk menjadi 'hab lukisan dakwat Asia'."

"Kami berbesar hati kerana para pegawai kerajaan Hong Kong S.A.R serta pakar-pakar lukisan dakwat di Hong Kong, Tanah Besar China dan Taiwan diterima menjadi Penasihat Ink Global, termasuk Profesor Jao Tsung-I, Puan Carrie Lam, Ketua Eksekutif Kerajaan HKSAR; En. Liu Dawei, Pengerusi Persatuan Artis China; En. Wang Mingming, Presiden Akademi Seni Halus Beijing; En. Feng Dazhong, Presiden Persatuan Lukisan Gongbi China; En. He Jiaying, Presiden Akademi Lukisan Gongbi Kebangsaan Cina; En. Tian Liming, Naib Presiden Akademi Seni Kebangsaan Cina, En. Dong Xiaoming, Pengerusi Kehormat Persekutuan Perbandaran Shenzhen untuk Bidang Sastera dan Seni; Profesor Wucius Wong, pakar lukisan dakwat terkenal Hong Kong; En. Liu Kuo-Sung, Pakar Lukisan Dakwat Kontemporari Taiwan dan juga En. Chiang Ming-shyan, wakil daripada Sektor Seni Taiwan."

Peluang Penyertaan Bermula dari 1 November; Pameran tersebut Menampilkan 500 Karya Agung Lukisan Dakwat Penuh Inspirasi

Mulai 1 November 2016, pameran "Ink Global" yang pertama seumpamanya di Hong Kong akan dibuka untuk penyertaan. Pameran tersebut menyasarkan untuk mempamerkan 500 lukisan dakwat penuh inspirasi yang dipilih daripada kesemua penyertaan dan ia mengukuhkan kedudukan Hong Kong dalam dunia lukisan dakwat serta mempromosi bandar tersebut untuk menjadi "hab lukisan dakwat Asia."

Dr Kwok Homun, Kurator Ink Global, berucap semasa majlis pelancaran, "'Ink Global' bakal menghimpunkan dan mempamerkan 500 karya agung daripada artis-artis terkemuka dari seluruh dunia, termasuk sekitar 100 artis terkenal dan 400 hasil lukisan daripada orang awam. Kami mencari-cari hasil lukisan berkualiti tinggi dengan persembahan seni yang hebat, tahap kemahiran dan kecekapan yang tinggi. Tiada had dikenakan ke atas gaya, tema dan teknik yang dipilih untuk mencipta karya agung itu."

Dengan rancangan untuk menyediakan panel hakim yang terdiri daripada 15 hingga 20 individu berpengaruh daripada bidang seni, barisan panel kini melibatkan jawatankuasa penganjur: Cik Florence Hui, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri; Dr Louis Ng, Timbalan Pengarah (Kebudayaan), Kuliah dan Jabatan Perkhidmatan Kebudayaan; Puan Nellie Fong, Pengerusi Yayasan Kemajuan Artis Muda; Dr Kwok Homun, Kurator Ink Global; berserta pakar-pakar bidang seni termasuk Dr Lesley Lau, Ketua Pejabat Promosi Seni; En Kuiyi Shen, Profesor Sejarah Kesenian dan Pengarah Program Pengajian Cina di University of California, selain pakar-pakar lukisan dakwat Profesor Wucius Wong, En. He Baili, En. Lam Wu Fui, En. Wong Hau Kwei, En. Shen Ping, En. Hung Hoi, En. Wang Qiu Tong dan juga En. Chan Shingkau. Barisan panel hakim akan memilih 400 karya seni menerusi penilaian secara dalam talian.

Penyertaan bermula pada 1 November 2016, manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Februari 2017. Mereka yang berminat boleh mendaftar diri dan menghantar lukisan mereka dengan memuat naik fail digital karya seni mereka ke dalam sistem penghantaran dalam talian. Hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap individu. Kesemua lukisan yang dihantar adalah mengikut saiz 6-kaki kertas xuan (96.5x178cm, dengan jumlah lukisan sekitar 1.5 meter persegi) atau 8-kaki kertas xuan (123x249cm, dengan jumlah lukisan sekitar 2.5 meter persegi). Gabungan lukisan boleh diterima. Butiran dan keputusan penyertaan akan diumumkan melalui www.inkglobal.org.

Sebuah Platform Perkongsian Hasil Seni dan Mengiktiraf Bakat Seni

Pameran tersebut menampilkan lukisan dakwat moden, kontemporari dan daripada abad ke-20, secara umumnya diklasifikasikan kepada lukisan dakwat potret, landskap, burung, bunga, ikan, serangga, haiwan dan kontemporari. Ia menyediakan sebuah platform buat para artis daripada pelbagai lingkungan usia dan dari pelbagai negara untuk mempamerkan hasil lukisan mereka, menggalakkan perkongsian idea berasaskan seni serta budaya, selain meningkatkan pencapaian seni setiap individu. Pakar-pakar lukisan seni yang berpotensi akan dikenal pasti dan dipromosikan di peringkat antarabangsa. Pihak penganjur akan turut menerbitkan sebuah album, "Himpunan Karya Agung Ink Global ", menampilkan bahan pameran, yang akan menjadi dokumen penting dalam sejarah seni Oriental.

Masuk Percuma ke Pameran Seni Luar Biasa

"Ink Global" akan dibuka untuk orang awam dengan masuk secara percuma untuk orang ramai dan peminat seni bagi menyertai pameran lukisan dakwat terbesar dan terbaik seumpamanya itu. Para pengunjung akan berpeluang untuk mempelajari tentang sejarah dan pembangunan seni yang panjang dalam budaya Cina menerusi penghayatan terhadap hasil lukisan dakwat.

Pameran ini akan turut mengadakan aktiviti-aktiviti termasuk seminar seni dengan demonstrasi di tapak pameran oleh pakar-pakar lukisan dakwat dan juga lawatan berpandu, bagi memberi peluang kepada hadirin untuk mempelajari serta melihat hasil lukisan pakar dengan lebih dekat.

Latar Belakang Yayasan Kemajuan Artis Muda 

Yayasan Kemajuan Artis Muda bermatlamat untuk memberi peluang kepada para belia yang berminat terhadap bidang seni untuk menambah pengetahuan dan meluaskan pandangan mereka menerusi pelbagai jenis aktiviti yang disediakan. Program-program semasa yang dijalankan termasuk Bengkel Pakar, Hari Lukisan Belia Seluruh Wilayah HK, Jelajah Seni Luar Negara dan Pameran Lukisan Unggul. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yadf.hk.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161011/8521606494

Source: Young Artists Development Foundation
Keywords: Art Entertainment