omniture

Amity Education Group Memperoleh Kampus 170-ekar di New York

Amity Education Group
2016-10-20 17:43 687

NEW DELHI dan NEW YORK, 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Amity telah memperoleh kampus dermaga seluas 170 ekar daripada Universiti St. John, terletak di Oakdale, Long Island, New York. Hartanah itu terdiri daripada 11 bangunan dengan pemandangan ke arah Great South Bay. Di tengah-tengah kampus adalah Rumah Agam Bourne dengan gaya Georgian, dibina pada 1897, yang merupakan hartanah dermaga Frederick Bourne, presiden Singer Sewing Machine Co.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161017/429187 )

Menurut Dr Aseem Chauhan, Canselor, Amity, "Kampus Amity New York akan menjadi platform bagi kolaborasi kajian, program pertukaran fakulti dan pelajar dan juga pembangunan inovasi dan keusahawanan di antara institusi di US dan India. Kampus ini akan bertindak sebagai jambatan yang membolehkan individu dan organisasi untuk berhubung dan berkomunikasi antara US, India dan negara lain. Ini termasuklah diaspora India yang meluas, yang berminat untuk mengukuhkan ikatannya dengan India."

Terdapat sebilangan besar pembida hartanah itu yang terletak di lokasi premium di AS, dengan jarak memandu yang dekat dengan lapangan terbang JFK dan dengan akses mudah melalui lebuhraya dan perhubungan keretapi ke Manhattan. Sepertimana dikatakan oleh wakil St. John, Amity dipilih sebagai pembeli kerana latar belakang bidang pendidikan yang kukuh, integriti kumpulan, dan wawasannya untuk meneruskan penggunaan kemudahan itu sebagai fasiliti pengajaran global dan kajian.

Perolehan ini adalah penambahan terbaru bagi Amity Group yang sudahpum memiliki kampus di London, Dubai, Singapura, Mauritius, Afrika Selatan, India dan beberapa negara lain. Ini mungkin sahaja merupakan kemasukan terbesar oleh mana-mana pembekal pendidikan antarabangsa ke A.S. "Amity adalah salah satu daripada sebilangan kecil institusi di Asia yang memiliki akreditasi serantau AS yang sangat berprestij daripada WASC, menunjukkan bahawa Amity memahami dan selaras dengan standard kualiti yang dijangkakan oleh pengawal selia AS," kata Chauhan.

The Amity Education Group ialah kumpulan pendidikan tanpa untung swasta terkemuka India, menawarkan pendidikan daripada pra-sekolah asuhan kanak-kanak ke tahap PhD dengan lebih daripada 150,000 pelajar mengikuti lebih daripada 300 program, kampus-kampus yang merangkumi keluasan lebih daripada 1200 ekar, 10 Kampus Universiti, 25 sekolah dan pra-sekolah, 150 institusi berkedudukan tinggi, dan 12 kampus global. Dengan fokus yang kukuh dalam penyelidikan dan inovasi, fakulti Universiti Amity telah memfailkan lebih daripada 700 paten, dan sedang mengusahakan 300 projek biayaan kerajaan dan telah menghasilkan lebih daripada 1500 kajian kes. Dengan penekanan kuat terhadap kebolehpasaran, penempatan pekerjaan, promosi keusahawanan dan pembangunan kepimpinan, Amity Institutions sentiasa berada di kedudukan teratas dalam bidang-bidang tersebut.

Hubungan Media
Ms. Savita Mehta
Naib Presiden - Komunikasi
Amity Group
Telefon: +91-98188-96610

Source: Amity Education Group
Keywords: Education Corporate Expansion