omniture

Jangan Memandang Rendah Bahaya Osteoporosis, Amaran IOF

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2016-10-20 20:00 580

NYON, Switzerland, 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Hari ini, pada Hari Osteoporosis Sedunia, Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) menggesa semua warga dewasa agar sentiasa berjaga-jaga terhadap risiko osteoporosis, satu penyakit 'senyap' yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161014/428799-INFO )

Penghidap osteoporosis boleh mengalami patah tulang yang diakibatkan oleh sekadar terlanggar atau terjatuh dari ketinggian berdiri. Di serata dunia, fraktur yang diakibatkan oleh osteoporosis berlaku kira-kira pada seorang bagi setiap tiga orang wanita dan satu orang bagi setiap lima orang lelaki, berusia 50 tahun ke atas – dengan satu fraktur berlaku setiap tiga saat.

"Bahaya fraktur osteoporotic terhadap kualiti hidup dan kebergantungan pada usia tua tidak boleh ditekankan dengan lebih lagi," amaran Presiden IOF, John A. Kanis. Dalam tempoh setahun fraktur pinggang, 33% pesakit kekal bergantung kepada bantuan atau memerlukan rawatan di rumah, dan sehingga 24% meninggal dunia. Di kalangan wanita melebihi umur 45 tahun, fraktur osteoporotik mengakibatkan lebih banyak hari dihabiskan di hospital berbanding penyakit lain, termasuklah diabetes, serangan jantung dan kanser payudara.

Berjaga-jaga terhadap faktor risiko peribadi anda!

Gaya hidup yang menjaga kesihatan tulang menjadi asas kepada kesihatan tulang yang baik. Ini termasuklah pemakananan yang kaya dengan kalsium, protin, dan vitamin, vitamin D yang mencukupi, senaman angkat-berat dan menguatkan otot yang kerap dan mengelakkan dari merokok atau pengambilan alkohol yang berlebihan.

Malangnya, banyak factor risiko osteoporosis adalah di luar kawalan seseorang. Ini termasuklah sejarah osteoporosis/fraktur ibubapa, dan penyakit tertentu atau ubat-ubatan yang merosakkan kesihatan tulang. Sebagai contohnya, penghidap rheumatoid arthritis, diabetes, penyakit kronik pulmonari obstruktif, koeliak or penyakit keradangan usus, memiliki risiko lebih tinggi, seperti juga mereka yang mengambil glukokortikoids, terapi kekurangan androgen atau perencat aromatase.

Ujian Risiko Osteoporosis Satu-Minit IOF ialah satu alat kesedaran yang memberi amaran tentang faktor risiko yang mungkin ada pada anda. Doktor anda juga boleh menjalankan penilaian FRAX® untuk menentukan risiko fraktur osteoporotik anda bagi tempoh 10 tahun.

Profesor Kanis menambah: "Jika anda memiliki faktor risiko, saya menggesa anda untuk meminta pemeriksaan kesihatan tulang dan membuat perubahan gaya hidup yang sepatutnya. Jika anda berada pada risiko tinggi, anda mestilah mempertimbangkan pilihan rawatan untuk perlindungan optimum terhadap fraktur yang berkemungkinan membawa bahaya dan mengancam nyawa."

Hubungi media: Catherine Laverty, IOF. +41-79-8745208, claverty@iofbonehealth.org

Ujian Risiko IOF:  https://iofbonehealth.org/iof-one-minute-osteoporosis-risk-test

Infografik lengkap: http://worldosteoporosisday.org/2016-infographic

WOD, disambut setiap tahun pada 20 Oktober, menandakan kempen satu tahun www.worldosteoporosisday.org #LoveYourBones

Rakan Kongsi Rasmi WOD: Amgen, Fonterra, Lilly, MSD, Sunsweet

IOF adalah NGO terkemuka dunia khusus untuk pencegahan, diagnosis dan rawatan osteoporosis dan penyakit berkaitan rangka dan otot: www.iofbonehealth.org

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Not for profit Survey, Polls & Research