omniture

XCMG Memperkenalkan Peruntuh Baharu sempena Pameran Trak Jepun 2016

XCMG
2016-10-25 20:34 424

YOKOHAMA, Jepun, 25 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan utama dunia, XCMG memperkenalkan dua peruntuh baharu, QZF10D dan QZF3B, di Pameran Trak Jepun 2016 yang diadakan pada bulan September di Yokohama, Jepun. Pameran yang diadakan dua kali setahun ini merupakan satu-satunya pameran kenderaan komersial di Jepun dan juga salah satu pameran trak paling berpengaruh di Asia.

Kedua-dua model itu memiliki ciri-ciri penambahbaikan dari segi fungsi menaikkan dan mengangkat, pengurangan ketinggian bahagian badan jentera bagi meningkatkan tahap lebar mengangkat dengan berkesan, sambil menggunakan bum berbentuk heksagon bagi menjamin pengoptimuman struktur dan pengurangan berat sistem bum bagi menjadikan peruntuh itu lebih selamat.

Operasi peruntuh juga dijadikan lebih mudah menerusi gabungan antara alat kawalan jauh tanpa wayar serta kawalan berwayar, memberikan fungsi kawalan tanpa wayar untuk menaikkan dan mengangkat serta kawalan berwayar pada kedua-dua sisi ketika mengangkat.

Kedua-dua peruntuh yang dipamerkan pada pameran trak itu telah dijual di tapak pameran dan XCMG menerima 15 hasrat pembelian tambahan semasa pameran yang berlangsung selama tiga hari itu. Syarikat itu telah menjual lebih 60 peruntuh untuk pasaran Jepun setakat ini.

 "Jepun memiliki industri pembuatan peralatan yang amat maju, dan pasaran peruntuh Jepun kebanyakannya didominasi oleh jenama-jenama tempatan selain jenama-jenama Eropah dan Amerika. XCMG ialah satu-satunya jenama peruntuh Cina yang berjaya menembusi pasaran Jepun," kata En. Oben, ejen XCMG di Jepun sejak tahun 2009.

Produk-produk yang dipasang pada trak daripada syarikat itu kini dieksport ke banyak negara dan kawasan, termasuk 14 kren dipasang pada trak yang dieksport ke Vietnam pada bulan Julai, pelantar udara hidraulik 23 meter dieksport ke Vanuatu, 20 kren dipasang pada trak SQ8ZK3Q dengan badan jentera boleh lipat dieksport ke Thailand dan banyak lagi.

"Sambil mengukuhkan asas kami dalam pasaran antarabangsa, XCMG berhasrat untuk mengoptimumkan rangkaian jualan luar negara dan menyediakan strategi untuk kawasan berbeza, dengan memberi penekanan terhadap Asia Pasifik, Afrika, Asia Barat dan Afrika Utara yang mendapat permintaan tinggi terhadap kren dipasang pada trak serta menunjukkan prestasi cemerlang dalam pasaran Algeria, Arab Saudi, Kenya, Nigeria, Vietnam, Myanmar, Turkmenistan, Peru, Bolivia dan Columbia melalui jalinan kerjasama tempatan yang erat bagi tujuan mengembangkan skop perniagaan ke luar negara," kata En. Sun Xiaojun, Pengurus Besar XCMG Xuzhou Truck-Mounted Crane Co., Ltd.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 73 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini turut mengeksport produknya ke lebih 176 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau ikuti XCMG Group melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Transportation Trucking and Road Transportation Asian-related news Trade show news