omniture

Untuk Musim Perayaan yang Berkilauan -- THOMAS SABO Mempersembahkan Hadiah Barangan Kemas Penuh Emosi

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2016-10-28 00:03 572

LAUF A. D. PEGNITZ, Jerman, 28 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Simbol kasih sayang: terutamanya di sepanjang tempoh perayaan, barangan kemas yang emotif adalah cara terbaik untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang paling rapat dan paling anda sayangi. Di sini, cincin, rantai tangan dan rantai leher bertatahkan berlian berkilauan daripada rangkaian semasa THOMAS SABO Glam & Soul Diamonds dan Triangle Diamonds yang benar-benar menyampaikan mesej penghargaan dan kasih sayang yang istimewa. Rekaan filigri – daripada simbol klasik cinta sehinggalah kepada interpretasi moden segi tiga – mempersonakan dengan seri yang luar biasa, memancarkan kilauan kemewahan sejati.

Koleksi Jam Tangan juga menawarkan banyak ilham hadiah penuh kasih sayang untuk acara istimewa. Untuk ini, jam tangan wanita Glam Spirit dengan jarum jam Bordeaux dan gelang emas ros yang indah pastinya akan menjadi satu tarikan yang memukau. Rekaan jam tangan lelaki daripada rangkaian Rebel Spirit dan Rebel Spirit Chronos yang baharu, amat mempesonakan dengan gelang jam keluli tahan karat Milanaise berbelang aneka warna.

The Charm Club memukau sepanjang musim sejuk ini dengan gaya yang penuh senda gurau tarikan musim sejuk: malaikat kecil, kepingan salji yang halus dan hati kecil comel, semuanya memberikan inspirasi untuk mencipta kombinasi rantai leher dan rantai tangan istimewa.

Anda boleh memuat turun bahan imej dan harga di sini: http://images.thomassabo.com/www/2/2016/09/THOMAS-SABO_Press-Release_Christmas_AW161.zip

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO ialah salah sebuah peneraju global syarikat barang kemas, jam dan kecantikan, mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat itu, ditubuhkan pada 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, selatan Jerman, beroperasi dengan kira-kira 300 buah kedainya sendiri di serata lima benua dengan keseluruhan pekerja seramai 1,860 orang. Di ibu pejabatnya, THOMAS SABO menggaji kira-kira 490 orang pekerja. THOMAS SABO juga berkolaborasi secara global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan dan juga pengendali syarikat penerbangan dan kapal persiaran terkemuka.

Hubungan Media
Felizia Kindermann
Ketua PR Antarabangsa & Korporat
Tel: +49(0)9123-9715-0
Emel: press@thomassabo.com
http://www.thomassabo.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161026/432719

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals Retail New products/services