omniture

Dapatkan Atribusi Data Daripada SimulateIDFA, Penyelesaian Baharu untuk 10 Pengesanan Iklan iOS-- Adxmi, Pakar Promosi Mudah alih dan Penjanaan Kewangan

Adxmi
2016-11-01 22:10 471

GUANGZHOU, China, 1 November 2016 /PRNewswire/ -- Berikutan naik taraf iOS 10 IDFA (pengecam untuk pengiklan pada iPhone) baru-baru ini, pengguna akan dapat melihat sedikit iklan yang kurang relevan yang menafikan data atribusi untuk sesebuah jenama. IDFA berfungsi sama seperti kuki, bahkan lebih baik untuk iOS. Sekiranya terhad dalam mana-mana sistem tertutup, pengiklan akan mendapat data buta. Banyak vendor teknologi iklan berusaha mencari kaedah mengesan ID baharu untuk pihak pengiklan dengan cara yang sesuai.

SimulateIDFA, Cara Baharu Untuk Mengenal Pasti Peranti

Syarikat induk Adxmi, Youmi Technology kini membangunkan SimulateIDFA dengan tujuan membantu pembangun, pengiklan dan platform DSP untuk mengenal pasti peranti dalam iOS dan bagi mengoptimumkan prestasi serta kecekapan iklan mereka.

Hasil inspirasi OpenIDFA, kami membangunkan satu penyelesaian serba baharu, lebih canggih dan boleh diadaptasi dalam iOS untuk mengenal pasti peranti. Paling utama, SimulateIDFA akan menjadi cara baharu yang mematuhi dasar yang dibuat oleh pembangun Apple dan juga menghormati privasi pengguna.

Ciri-ciri SimulateIDFA termasuk:

1. Mudah dikendalikan

Data terbenam bersama algoritma dalam Aplikasi atau SDK SimulateIDFA adalah sama seperti IDFA. Prinsip dalam menjana SimulateIDFA adalah serupa dengan OpenIDFA. Merangkumi 32bit, nilai MD5 dibahagikan kepada kepada dua bahagian. Bahagian pertama nilai itu hanya berubah apabila sistem dinaik taraf, mengandungi maklumat daripada sistem, peranti, storan, perkhidmatan teras dan naik taraf fail.

Bahagian kedua pula terdiri daripada nilai boleh diadaptasi yang hanya berubah apabila peranti dimulakan semula. Ia mengandungi maklumat seperti masa pengaktifan sistem, bahasa dan nama peranti.

2. Kadar pengulangan rendah, berkecekapan tinggi & antipenipuan

Sebagai algoritma penjanaan, kadar pengulangan SimulateIDFA jelas lebih rendah berbanding kadar pengulangan OpenIDFA memandangkan algoritma OpenIDFA melibatkan hari dan masa yang mengubah nilai MD5.

SimulateIDFA beroperasi dengan baik menerusi fungsi pengesanan jangka panjang memandangkan nilai yang terdapat pada SimulateIDFA dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang merangkumi 16 bit itu hanya berubah apabila sistem dinaik taraf. Bahagian kedua nilai itu pula berubah berdasarkan aktiviti pengguna, seperti memulakan semula telefon bimbit, mengubah nama peranti, selain mengubah bahasa asal telefon bimbit itu.

Berkaitan antipenipuan pula, SimulateIDFA akan dilengkapi dengan sumber nilai dan algoritma canggih, yang sukar diubah nilainya secara meluas.

3. Diiktiraf oleh industri 

Sebagai penyelesaian baharu untuk atribusi data buat pengiklan iOS, teknologi ini diperoleh dan dinaik taraf menerusi teknik antipenipuan setiap hari daripada platform kami. Berikutan proses pengujian utama dan pelancaran di Github yang mendapat kebenaran MIT, SimulateIDFA telah menambah baik ciri-ciri kebolehsuaiannya.

Pembangunan SimulateIDFA dapat meningkatkan kredibiliti penyelesaian itu, yang dapat memberikan data yang lebih telus. Selain itu, kami berharap dapat mewujudkan pemikiran yang lebih terbuka dalam kalangan pembangun, menyediakan piawaian baharu untuk pasaran iklan mudah alih China.

"Kami tidaklah mengandaikan bahawa SimulateIDFA akan diterima oleh industri ini dalam tempoh jangka pendek. Apa yang kami lakukan adalah dengan membuka peluang kepada industri di China, bagi menginovasi dan mentakrif semula teknologi untuk tujuan iklan mudah alih," kata pasukan teknologi Adxmi. "Projek sumber terbuka ini telah diterima oleh pihak pengiklan, dan ini dapat memberi peluang untuk menyelesaikan masalah melibatkan pengesanan pengguna dan juga piawaian data."

Apple mungkin mengubah dasarnya. Sumber terbuka SimulateIDFA juga berjalan lancar, selain turut membuat penyesuaian seperti yang diperlukan. Daripada sudut pandang kami, data peranti daripada IDFA adalah penting untuk iklan mudah alih. Lebih penekanan perlu diberikan terhadap analisis data, antipenipuan mudah alih dan juga pengoptimuman iklan.

SimulateIDFA telah diuji dengan penuh teliti.

Ketahui lebih lanjut: https://www.facebook.com/adxmi/ 
https://www.adxmi.com/ 
https://www.linkedin.com/company/adxmi

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Yolanda
yolanda@adxmi.com
+86-136-4086-4876

 

Source: Adxmi
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Mobile Entertainment New products/services