omniture

Syarikat Belanda Selangkah di Hadapan Tesla Menerusi Pembangunan Jubin Bumbung Solar

ZEP B.V.
2016-11-04 04:23 600

URK, Belanda, 4 November 2016 /PRNewswire/ --

Syarikat ZEP terus melangkah maju meninggalkan Tesla dalam membangunkan jubin bumbung solar 

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk mendapat perhatian dunia menerusi pembentangan jubin bumbung solarnya baru-baru ini, namun syarikat Belanda, ZEP telahpun mencipta bumbung solar setahun lalu. Sewaktu En. Musk mengumumkan bahawa penyelesaian bumbung solar beliau itu akan disediakan melalui SolarCity mulai tahun hadapan, ZEP kini sedang beroperasi dan telahpun membekalkan bumbung solar ini kepada pemilik rumah, pengedar dan syarikat pembinaan di Belanda, Jerman, England dan juga Scandinavia.

Pada masa kini, jubin bumbung seramik Belanda yang digabungkan dengan sel solar yang dipaten, memiliki output tenaga bagi menghasilkan kuasa solar dan serasi dengan mana-mana dinding kuasa yang dipasang. Selain itu, jubin bumbung ZEP mengandungi teknologi bersepadu yang dipaten, yang dapat mengeluarkan haba yang terdapat di bawah jubin bumbung solar yang disimpan terus di dalam dandang. Hasil kemajuan ini membolehkan pemilik kediaman meminimumkan keperluan terhadap pembekal tenaga kediaman, yang meletakkan ZEP selangkah di hadapan.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161103/435786 )

ZEP mengalu-alukan publisiti seluruh dunia yang dicetuskan oleh En. Musk. "Kami dapat menyaksikan pertambahan ribuan pengunjung sehari yang melayari laman sesawang kami, dan mereka semuanya berminat dengan penyelesaian jubin bumbung solar tergabung kami," kata Joost de Graaf daripada ZEP. "Kami berkongsi pandangan berwawasan En. Musk bahawa kuasa tenaga solar adalah kuasa masa depan dan jubin PV perlu membolehkan setiap pemilik kediaman menjana kuasa solar bagi pelbagai kegunaan tenaga. Secara dasarnya, kami mempunyai misi idealistik yang serupa."

Jubin bumbung solar daripada ZEP menjadikan setiap bumbung sesuai untuk menjana tenaga solar. Namun begitu, setelah memperkenalkan versi jubin hitam tahun lalu, baru-baru ini ZEP memperkenalkan jubin bumbung solar merah yang semula jadi. Kini, bangunan monumental dan ikonik yang terdapat di landskap bandar yang terlindung juga dapat menggunakan tenaga solar untuk menjana kuasa elektrik dan pada masa yang sama memanaskan dandang mereka.

ZEP kini mengumpul dana luar yang penting dan dapat melihat minat dalam kalangan pelabur. ZEP akan memperuntukkan dana tambahan untuk tujuan pengembangan syarikat dan juga pembangunan produk demi meningkatkan dan menyokong permintaan yang semakin bertambah daripada pasaran antarabangsa. Khususnya di Scandinavia, yang mana pemilik kediamannya amat memerlukan jubin bumbung solar merah. "Dana tambahan yang diperoleh ini menunjukkan kepercayaan yang diletakkan oleh pelabur terhadap potensi pertumbuhan antarabangsa untuk syarikat kami," kata De Graaf.

Nota untuk editor:
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Joost de Graaf di ZEP BV
Tel. Bimbit: +31-6-13152337
E-mel: joost@zepbv.nl

Source: ZEP B.V.
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Home Improvement Utilities