omniture

Asia Plantation Capital Melebarkan Sayapnya dalam Mesyuarat Agung Tahunan

Asia Plantation Capital
2016-11-07 11:55 966

BANGKOK, 7 November 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat pengurusan ladang yang meraih anugerah, Asia Plantation Capital mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Thailand pada Jumaat, 21 Oktober 2016 lalu di Renaissance Bangkok, Thailand.

Asia Plantation Capital’s Thailand Annual General Meeting 2016 in Bangkok, Thailand.
Asia Plantation Capital’s Thailand Annual General Meeting 2016 in Bangkok, Thailand.

Asia Plantation Capital berbesar hati mengumumkan bahawa, walaupun berlakunya kelembapan aktiviti ekonomi dunia, pendapatannya meningkat 6% di Thailand, dan turut meningkat sekitar 4.5% di Singapura pada Tahun Fiskal 2015.

Ketika berucap kepada tetamu yang terdiri daripada 300 pemilik ladang di Thailand dan pihak berkepentingan, En. Barry Rawlinson, Ketua Pegawai Eksekutif APC Group, memulakan AGM dengan memberi penjelasan terperinci tentang sejauh mana syarikat telah melebarkan sayapnya menerusi pertumbuhan pesat yang dicatatkan sepanjang tahun 2016. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. En. Rawlinson turut menjelaskan tentang kesan berterusan perubahan iklim dalam sektor pertanian, dan sejauh mana syarikat telah berusaha keras untuk menangani isu-isu berkaitan dan mengurangkan kesan negatif yang timbul.

Asia Plantation Capital terus berpegang pada etosnya iaitu 'kelestarian yang holistik'. Sepanjang tahun 2016, syarikat telah menjalankan beberapa program dan mengeluarkan peraturan yang lebih daripada sekadar projek Tanggungjawab Sosial Korporat, bagi memastikan perhatian, pertimbangan dan galakan yang sama rata diberikan kepada semua kakitangan, bermula daripada bahagian pengurusan teratas dan pertengahan, sehinggalah kepada pekerja ladang dan juga kaum keluarga mereka.

Jinda Tonkhambai menggariskan butiran mengenai projek-projek terdahulu, selain projek-projek yang telah dijalankan sepanjang tahun lalu, yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Projek-projek oleh Asia Plantation Capital memfokus pada prasarana tempatan, seperti sekolah dan tempat beribadat demi meningkatkan kehidupan semua penduduk yang tinggal dan bekerja di sekitar kawasan operasi syarikat itu.

Seramai tiga orang mahasiswa tahun keempat daripada Fakulti Perhutanan, Kasetsart University, Bangkok, turut diberikan biasiswa pada mesyuarat itu, merangkumi bayaran yuran pengajian mencecah sehingga THB 150,000 dalam tempoh empat tahun.

Asia Plantation Capital presenting scholarship awards to students of Kasetsart University.
Asia Plantation Capital presenting scholarship awards to students of Kasetsart University.

Berdasarkan usaha peluasan berterusan syarikat itu dan ladang-ladang tambahan yang perlu memenuhi keperluan produk yang semakin meningkat, Phanitta Matwangsaeng daripada bahagian Pentadbiran Awam, memaklumkan kepada para hadirin tentang proses dan usaha wajar yang dijalankan sebelum pembelian tanah dibuat. Butiran teknikal, seperti proses mereka bentuk tanah, diagram plot, sistem air dan sistem pengurusan pokok, turut dijelaskan dengan lebih lanjut oleh arkitek, Phoom Matwangsaeng.

Nadiah Abdullah, selaku Pengurus Operasi, membentangkan tentang pencapaian penting yang berjaya digapai tahun ini bagi pihak Asia Plantation Capital Berhad (APCB) – cawangan APC Group di Malaysia – dengan memberi penekanan terhadap usaha sama penting yang telah dimeterai, selain penemuan penting yang dibuat menerusi usaha penyelidikan dan pembangunan.

Kilang tersebut - kilang penyulingan gaharu terbesar di Asia Tenggara - kini menjalankan beberapa proses pengeluaran baharu, selain kemudahan semaian yang diperluas dan juga makmal yang menyediakan peralatan canggih bagi memantau kualiti minyak dan juga kaedah penghasilannya.

Salah satu pencapaian paling penting oleh APCB ialah pengiktirafan dan kelulusan tanpa syarat untuk produk-produknya oleh SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang di Malaysia, peranannya sama seperti MAS (Monetary Authority of Singapore), dan FCA (Financial Conduct Authority) di UK.

Pakar-pakar bidang, Robin Jewer - Pengarah Pertanian, dan Boonchuay Jomkhamsee- Pakar Perhutanan, menyediakan maklumat tentang keadaan semasa ladang-ladang Asia Plantation Capital yang terkesan akibat hujan lebat yang berlebihan, berserta langkah-langkah yang diambil bagi menangani pola cuaca yang tidak menentu. Sebagai contoh; semua syarikat ladang kini mengurus risiko dengan menggunakan tolok hujan dan meter pengukuran kelembapan bagi memastikan pokok mendapat akses terhadap jumlah air yang secukupnya. Ini seterusnya dapat mengurangkan penggunaan air dengan ketara, selain bekalan kuasa yang diperlukan untuk mengepam air. 

Penasihat Saintifik Khas dan Profesor Madya, Dr Pakamas Chetpattanondh, daripada Prince of Songkla University, turut membentangkan kepada hadirin tentang kajian berterusan beliau mengenai faedah perubatan dan penyembuhan minyak Oud – khususnya berkaitan ciri-ciri antipenuaan dan potensi keberkesanan merawat pelbagai jenis kanser.

Digelar sebagai 'tumbuhan ajaib', Asia Plantation Capital kini banyak melabur untuk buluh sebagai satu lagi 'tanaman agro' yang dilihat mempunyai potensi yang begitu besar oleh kumpulan syarikat itu. Satu lagi komitmen kumpulan itu untuk menjamin penyelesaian yang inovatif, berkekalan, dan bersifat komersial serta teknologi baharu, ia turut menyokong Boo-Tex™, yang kini membangunkan pelbagai pilihan fabrik buluh mewah baharu untuk industri fesyen dan pakaian sukan. En. Roger Hargreaves, Pengerusi Asia Plantation Capital Thailand, mengambil peluang itu untuk memberi maklumat terkini kepada para hadirin tentang tahap kemajuan yang memberangsangkan dalam sektor tersebut dan turut memberikan gambaran menyeluruh berhubung landskap buluh komersial yang terus berkembang itu.

Para hadirin turut diberi maklumat terkini tentang syarikat minyak wangi mewah dan khusus dari Perancis, Fragrance Du Bois, oleh Clotilde Antoine selaku Pengurus Jenama dan Runcit. Jenama baharu dan inovatif itu mencipta kejayaan hebat tahun ini menerusi jalinan kerjasama baharu yang dimeterai, dan pembukaan cawangan butik di Paris, Hong Kong, Milan, Marbella, serta butik kebanggaan miliknya sendiri di Eropah iaitu di Geneva.

Di samping itu, jenama itu turut memutuskan untuk memperluas dan menambah portfolio produknya dengan memperkenalkan dan melancarkan koleksi 'Lite Attars' tanpa alkohol serta 'Nature's Treasures' – koleksi asli minyak wangi buatan tangan tanpa minyak Oud, yang hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang berkualiti terbaik.

Fragrance Du Bois’ luxurious ‘pop up’ display at the Annual General Meeting.
Fragrance Du Bois’ luxurious ‘pop up’ display at the Annual General Meeting.

Asia Plantation Capital turut mengumumkan bahawa ia akan memeterai perjanjian 'pembelian barangan' eksklusif dengan Fragrance Du Bois dan bakal diumumkan menjadi sebuah syarikat produk kecantikan dan penjagaan peribadi – seterusnya meningkatkan permintaan terhadap minyak Oud yang dibekalkan oleh Asia Plantation Capital, dan terus menjamin pasaran akhir untuk produk gaharu yang dikeluarkan oleh Asia Plantation Capital.

Turut diumumkan pada mesyuarat itu ialah 'kilang-kilang penyulingan super' Asia Plantation Distilleries yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2020 kelak.

Dalam ucapan penutup, Ketua Pegawai Eksekutif APC Group Barry Rawlinson berkata, "Tahun 2016 telah menjadi tahun yang sememangnya luar biasa buat kami semua di Asia Plantation Capital, memandangkan kami dapat meraih ganjaran yang terkumpul hasil daripada segala 'usaha keras' dan tempoh masa yang panjang yang kami laburkan. Walaupun terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi, kami berjaya memastikan prestasi, pertumbuhan dan momentum di seluruh kawasan dapat dikekalkan."

Rawlinson menyimpulkan, "Bagi pihak syarikat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan kami, pemegang saham dan setiap kakitangan atas sumbangan dan juga sokongan yang mereka berikan. Ini merupakan detik mengujakan buat syarikat kami, dan yakinlah, sebagai pihak berkepentingan, anda sentiasa menjadi keutamaan kami, di dalam hati dan minda kami, selain turut diutamakan dalam setiap keputusan yang kami ambil."

Nota untuk Editor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
Emel:zaahira@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +6012-203-5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65-9144-0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu untuk tujuan pengeluaran gaharu dan produk-produk lain yang berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat ini terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas pembukaan kilang pemprosesan dan penyulingan gaharu terbesar Asia Tenggara di Johor Bahru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group merupakan sebuah syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah, mengendalikan projek-projek di empat buah benua, serta mempunyai tenaga kerja global seramai lebih 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli-ahli akademik terkemuka dari pelbagai negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang penting dalam industri.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/8521607201-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/8521607201-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/8521607201-c 

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers Sales reports Trade show news