omniture

Pembuat E-rokok Shenzhen S-Body Electronics Technology Mengumumkan Pelancaran Pengabut Baharu Sunog dan Mod C2D1

Shenzhen S-body Electronics Technology Co., Ltd
2016-11-14 10:01 456

 

SHENZHEN, China, 14 November 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar rokok elektronik yang bertapak di China, Shenzhen S-body Electronics Technology Co., Ltd. (S-BODY), telah melancarkan pengabut dan mod baharu.

Mod kotak Sunog RTA dan C2D2 DNA250.
Mod kotak Sunog RTA dan C2D1 DNA250.

Pengabut baharu S-BODY, Sunog didatangkan dengan fungsi tolak dan tekan pada bahagian atas yang memudahkan kerja untuk mengisi semua e-cecair. Sunog menyediakan satu gegelung tunggal, empat gegelung pengabut siap dan juga gegelung RBA. Kuasa maksimum empat gegelung pengabut siap itu boleh mencecah 160w. Pengabut baharu ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang direka dengan begitu teliti. Rekaan input aliran udara di bawahnya menjamin kenikmatan rasa asli e-cecair yang lebih hebat, pengeluaran awan wap yang bersaiz besar dan penebat haba yang lebih bagus hasil penggunaan bahan-bahan Derlin. 

C2D1 ialah mod dengan kapasiti yang luas, dilengkapi oleh dua bateri jenis 18650 boleh diganti, dibangunkan secara bersama oleh German VapeDroid dan S-BODY. Ia didatangkan dengan cip perlindungan suhu DNA250 terkini dan boleh dikemas kini, daripada EVOLV, AS. Cip sisi DNA daripada EVOLV ini merupakan peneraju dalam industri e-rokok, hasil daripada prestasi mereka yang stabil dan kebolehan perisian mereka dari segi kemampuan mengubah parameter vape. Pengguna boleh menyesuaikan mod mereka menggunakan perisian tersebut. Selain mod kuasa, C2D1 menampilkan tiga mod perlindungan suhu. TC-Ti, TC-SS dan TC-Ni. Reka bentuk yang unik dan rasa seperti getah membantu membezakan mod tersebut daripada pesaing yang terdapat dalam pasaran.

S-BODY ialah jenama yang terkenal menerusi penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan penjualan produk e-rokok di seluruh dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, pembuat e-rokok itu komited dalam mengeluarkan produk yang mesra alam dan sihat, dengan memanfaatkan teknologi inovatif yang dapat memberikan pengalaman merokok yang selamat dan tidak membahayakan, hanya sebahagian kecil daripada kos merokok biasa. Produk-produk S-BODY dijual di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Pengabut baharu Sunog dan bateri C2D1 kini boleh mula ditempah.

Sila kunjungi www.ele-cigarette.net untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk e-rokok S-BODY.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Hubungi:

Johnson Tian
Pengarah Jualan
+86-159-8950-9995 
Johnson@ele-cigarette.net 

Doris
Pengurus Jualan
+86-135-1061-1104
sales001@ele-cigarette.net

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161111/0861611720 

Source: Shenzhen S-body Electronics Technology Co., Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Tobacco New products/services