omniture

Doosan Škoda Power: Setiap Turbin adalah Unik

Doosan Skoda Power
2016-11-14 10:29 401

PILSEN, Republik Czech, 14 November 2016 /PRNewswire/ -- Pengusaha utama dari Republik Czech, Doosan Škoda Power, pengeluar turbin stim yang disokong oleh syarikat induk Korea, telah mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Asia Tenggara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Hampir setahun lamanya sejak Doosan Škoda Power dianugerahkan kontrak untuk membekalkan set turbin dengan output 198 MW kepada stesen kuasa kitaran tergabung Grati di Kepulauan Jawa di Indonesia.

Martin Baxa, Ketua Bahagian Jualan - Asia di Doosan Škoda Power untuk projek New Build, sedang mencari kontrak baharu di rantau Asia Tenggara. Beliau mengurus seluruh pembangunan perniagaan, bermula dengan mengenal pasti peluang menerusi prestasi kontrak.

Apakah kedudukan Doosan Škoda Power di Asia Tenggara? 

Doosan Group mempunyai kedudukan yang kukuh dalam pasaran Asia Tenggara, disokong oleh beberapa projek yang melakarkan kejayaan seperti projek turbin 700MW untuk Cirebon, Indonesia dan projek turbin 700MW di Gheco-One, Thailand. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan itu dan pembekal turbin stim, Doosan Škoda Power mempunyai peluang untuk meneruskan perniagaan di rantau tersebut hasil daripada reputasi Kumpulan itu yang cukup baik.

Kami amat yakin dengan produk kami. Kami merupakan salah satu daripada sejumlah kecil pembekal yang mempunyai teknologi proprietari. Selain itu, kami telah memberi tumpuan terhadap segala yang kami perlukan di satu lokasi mengikut perspektif pengeluar dan pembangunan turbin. Ini membantu kami untuk bertindak balas dengan anjal terhadap tahap pembangunan setiap projek dan juga terhadap keperluan pasaran baharu.

Pasaran yang manakah di rantau itu yang akan anda tembusi pada masa terdekat ini?  

Kebanyakan pasaran Asia Tenggara cenderung untuk berkembang dan memiliki potensi dalam mendepani masa depan. Daripada perspektif kami, Indonesia menjadi keutamaan kami; kami telah menandatangani kontrak untuk menyediakan set turbin kepada loji kuasa Grati CCGT di negara tersebut.

Apakah sektor yang mempunyai lebih banyak peluang, sektor swasta atau sektor awam?  

Gabungan antara kedua-duanya. Indonesia dan Thailand memiliki pengeluar tempatan utama dan juga pelabur persendirian. Sebaliknya, Filipina merupakan sebuah negara yang mana pasaran tenaganya terbahagi antara sejumlah besar pengeluar tenaga persendirian.

Apakah kelebihan Doosan Škoda Power berbanding pesaing yang berkaitan dalam pasaran ini?  

Tidak syak lagi bahawa ia adalah hasil gabungan antara jenama Doosan dan Škoda. Pasaran tersebut menganggap kami sebagai sebuah firma Asia hasil daripada hubungan kami dengan Doosan Group, yang agak terkenal dalam pasaran sebagai pembekal untuk loji lengkap yang bersaiz besar. Kami berhasrat untuk memanfaatkan reputasi ini dengan cara menambahkan tumpuan Doosan terhadap loji yang lengkap dan juga sebagai pembekal turbin yang berdiri sendiri berdasarkan teknologi proprietari kami.

Selari dengan hasrat ini, apabila memperkatakan tentang turbin stim, sebilangan besar pelanggan menyedari jenama Škoda ini. Mereka yang mengenali jenama ini melihatnya dari sudut positif. Ini memberikan kombinasi yang amat positif untuk masa depan.

Anda boleh mendapatkan temu bual lengkap bersama Martin Baxa, Doosan Skoda Power di sini .

Hubungi: Margit Petrickova, Doosan Skoda Power, +420-378-185 000, doosanskodapower@doosan.com 

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161110/437913

Source: Doosan Skoda Power
Keywords: Electrical Utilities Machinery Utilities Corporate Expansion