omniture

Penjimatan hebat untuk penerbangan dan hotel sempena kempen akhir tahun pertama Traveloka

Traveloka
2016-11-15 11:49 555

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 November 2016 /PRNewswire/ --Musim percutian kini menjelang! Traveloka, aplikasi tempahan tiket penerbangan dan hotel yang terkemuka di rantau Asia Tenggara ingin menawarkan promosi istimewa yang boleh membantu pelancong menjimatkan sekurang-kurangnya 25 peratus dalam perbelanjaan mereka!

Kempen akhir tahun pertama Traveloka, 'Menariknya Hujung Tahun' menjanjikan penjimatan hebat untuk penerbangan dan hotel sempena cuti hujung tahun.
Kempen akhir tahun pertama Traveloka, 'Menariknya Hujung Tahun' menjanjikan penjimatan hebat untuk penerbangan dan hotel sempena cuti hujung tahun.

Sempena kempen akhir tahun pertama Traveloka, "Menariknya Hujung Tahun", pelancong yang menempah tiket penerbangan dan hotel melalui laman web atau aplikasi mudah alih percuma Traveloka boleh membuat pilihan terbaik daripada pelbagai tawaran menarik untuk rancangan percutian mereka.

Para pelancong boleh menggunakan kod kupon yang tersedia di aplikasi Traveloka atau laman web dan menikmati diskaun sehingga RM150 untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel dari 16 November 2016 untuk tempoh waktu yang terhad.

Selain itu, syarikat tempahan tiket penerbangan dan penginapan ini juga telah bekerjasama dengan lebih 100 hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk menawarkan diskaun-diskaun menarik kepada para pelancong sepanjang Promosi Hebat Hotel Traveloka, yang bermula dari 16 November hingga 6 Disember 2016. Diskaun-diskaun tersebut hanya tersedia dalam aplikasi mudah alih percuma Traveloka, oleh itu, sertai lebih 9 juta pengguna Traveloka App di platform Android dan iOS.  Pengguna yang memuat turun aplikasi tersebut juga dapat menikmati kemudahan tambahan seperti Peringatan Harga dan Easy Reschedule.

Pengguna kad kredit juga mendapat manfaat dari promosi Traveloka, di mana pemegang kad kredit CIMB dan Citibank boleh menerima diskaun sehingga RM85 untuk tempahan penerbangan dan tempahan hotel mulai 15 November 2016.

"Biasanya, kempen percutian menawarkan tawaran yang mempunyai tempoh waktu yang terhad. Tetapi dengan promosi kami, anda boleh bercuti pada bila-bila masa.

"Sehubungan dengan itu, tempoh terbaik untuk menggunakan diskaun-diskaun kami adalah semasa percutian di akhir tahun, kerana terutamanya untuk hotel, kadar harga penginapan pasti melambung," ulas Encik Halif Hamzah, Pengurus Negara Traveloka Malaysia.

Kempen hujung tahun Traveloka ini bermula dari sekarang sehingga hujung tahun, dan pelanggan digalakkan untuk sentiasa mengunjungi laman web dan aplikasi mudah alih Traveloka agar tidak terlepas apa-apa tawaran atau promosi.

"Kami bukan sahaja ingin menawarkan percutian yang lebih berpatutan, tetapi juga tawaran tambahan selain daripada yang ditawarkan oleh hotel atau syarikat penerbangan. Terdapat banyak tawaran yang menarik. Anda hanya perlu menebus diskaun ini, nikmati penjimatan dan mula mengembara!" Encik Halif menambah.

-TAMAT-

Mengenai Traveloka

Traveloka ialah aplikasi tempahan pelancongan terkemuka Indonesia untuk destinasi domestik dan antarabangsa. Berasaskan di Jakarta, Indonesia, syarikat ini ditubuhkan oleh beberapa orang pengamal teknologi maklumat Indonesia dengan pengalaman kerja bertahun lamanya di syarikat-syarikat teknologi di Amerika Syarikat. Traveloka ialah syarikat negara pertama di Asia yang menerima pembiayaan Siri A daripada Global Founders Capital dan East Ventures. Traveloka boleh diakses melalui laman web, laman mudah alih dan aplikasi mudah alih (Android dan iOS) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kini, Traveloka mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia. Sistem pembayaran yang selamat, pelbagai kaedah pembayaran, pengalaman yang mesra pengguna, perkhidmatan pusat panggilan 24 jam, dan juga harga rendah setiap hari tanpa caj tersembunyi merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka, membolehkan gaya hidup mudah alih pelanggan mereka hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempahan penerbangan dan tempahan hotel, layari traveloka.com/en-my atau ikuti kami di Google+ (plus.google.com/+Traveloka), Facebook (facebook.com/TravelokaMY), dan Twitter (twitter.com/travelokaMY). Aplikasi mudah alih Traveloka boleh dimuat turun secara percuma di iTunes App Store atau Google Play Store.

Perhubungan Media:

Busyra Oryza
Communications Executive
press@traveloka.com
+603 2262 5999

Chin Pei Ling
Design Coordinator
peiling@traveloka.com
+6012-395 3575

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161114/8521607427
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160531/8521603511LOGO

Source: Traveloka
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Travel New products/services