omniture

Total Menyemarakkan Tenaga di Dubai menerusi Lanjutan Perkongsian dengan BWF

Total kini menjadi penaja rasmi Peringkat Akhir Siri Super Dubai Dunia pada 2016 dan 2017
Total
2016-11-15 13:00 703

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat gergasi industri tenaga, Total, dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah melanjutkan kerjasama mereka bagi mengadakan satu lagi acara badminton unggul bertaraf global. Berikutan daripada itu, Total kini menjadi penaja rasmi Peringkat Akhir Siri Super Dunia Dubai – musim akhir pertandingan badminton—menjelang penghujung tahun 2017.

http://photos.prnasia.com/prnh/20161111/8521607372
http://photos.prnasia.com/prnh/20161111/8521607372

 

Sebagai rakan tenaga rasmi, Total komited untuk menyediakan sokongan kukuh dalam kesemua aktiviti dan promosi untuk Pusingan Akhir itu.

Total dan BWF pertama kali mengumumkan jalinan kerjasama penting mereka pada tahun 2015 yang akan diteruskan sehingga tahun 2018 dengan Total menjadi penaja utama untuk semua Acara Utama BWF (Piala Sudirman TOTAL BWF, Peringkat Akhir Piala Thomas & Uber TOTAL BWF) serta rakan kerjasama Siri Super Dunia MetLife BWF di China, India, Malaysia dan Indonesia sehingga tahun 2017.

"Bagi pihak BWF, saya berbesar hati untuk mengalu-alukan Total sebagai rakan kongsi Peringkat Akhir Siri Super Dunia Dubai," kata Presiden BWF Poul-Erik Hoyer. "Sebagai musim akhir Siri Super Dunia MetLife BWF, pertandingan berprestij ini menghimpunkan pemain terbaik sukan badminton dan juga beberapa bintang kami yang paling diraikan. Sempena tahun Olimpik ini, kami juga akan menjamin untuk membawakan juara-juara Rio 2016 dalam kalangan pemain yang bersaing untuk memenangi hadiah lumayan."

"Kami yakin Total dapat melihat kepentingan menjalinkan kerjasama dengan kami untuk acara ini dan BWF ingin mengucapkan terima kasih kepada Total atas komitmen berterusan terhadap sukan badminton."

Menerusi usaha berterusannya untuk meluaskan aktiviti penjenamaan di luar arena sukan bermotor, Total dapat melihat ciri-ciri persamaan antara produk utamanya dan juga sukan badminton, iaitu prestasi yang hebat, ketepatan berteknologi maju dan khususnya, ketahanan.

"Total sentiasa berusaha membawa perubahan baharu melibatkan prestasi dan daya tahan untuk enjin kereta menerusi pelincir TOTAL QUARTZ kami," kata En. Stephane Lagrue, Naib Presiden Pengkhususan, Bahagian Pemasaran & Perkhidmatan Total, Asia Pasifik. "Nilai dan ciri yang sama boleh diaplikasikan dalam arena badminton, yang merupakan sukan raket yang memerlukan ketangkasan, prestasi dan stamina, khususnya semasa diserang dan bertahan. Kami teruja untuk melanjutkan kerjasama kami dengan BWF di luar Asia dan berharap dapat mengakhiri musim akhir sukan badminton ini dengan penuh cemerlang."

Maklumat perhubungan akhbar:

Red Agency Singapore untuk Total

Jeffrey Goh 
+65 6317 6600 
jeffrey.goh@redagency.asia

Latar Belakang BWF

BWF ialah badan pentadbiran antarabangsa untuk sukan badminton, diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Ia merupakan penerus bagi organisasi Persekutuan Badmintan Antarabangsa (IBF) yang diasaskan pada 5 Julai 1934. IBF telah dinamakan menjadi Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006.

Matlamat dan objektif BWF termasuk mengawal selia, mempromosi, memajukan dan mempopularkan sukan badminton di persada dunia selain menganjurkan, mengadakan dan membawakan acara-acara peringkat antarabangsa ke tahap tertinggi.

Visi MWF adalah untuk menjadikan sukan badminton sebagai sukan global utama yang boleh diakses oleh semua – memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk bermain sukan ini sepanjang hidupnya. Misinya pula adalah untuk memimpin dan menginspirasikan kesemua pihak berkepentingan; agar dapat menyediakan hiburan menerusi acara-acara menarik demi mendorong pengalaman peminat, dan untuk membawakan inisiatif pembangunan yang inovatif, berkesan serta mampan.

Ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, yang memiliki 185 ahli persatuan dari seluruh dunia.

Laman sesawang: www.bwfbadminton.com dan www.bwfcorporate.com

Latar Belakang Total

Total ialah pengeluar dan pembekal tenaga bersepadu global, syarikat minyak dan gas antarabangsa yang terkemuka serta pengendali tenaga suria kedua terbaik di dunia bersama SunPower. Seramai 96,000 kakitangan kami komited untuk menyediakan tenaga yang lebih baik iaitu tenaga yang lebih selamat, lebih bersih, lebih cekap, lebih inovatif dan mudah diakses oleh seramai mungkin pengguna. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami fokus dalam memastikan operasi yang kami jalankan di lebih 130 negara seluruh dunia memberi faedah berterusan kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Laman sesawang: www.total.com  / www.lubricants.total.com

Latar Belakang Total di Asia Pasifik-Timur Tengah

Cawangan Pemasaran dan Perkhidmatan untuk Asia Pasifik-Timur Tengah ini beribu pejabat di Singapura. Dengan menggajikan lebih 4,600 kakitangan dan berada di 42 negara, pasukan kami didorong oleh inovasi dan kemajuan bagi menyediakan pelanggan kami dengan pelbagai pilihan produk serta perkhidmatan termasuk rangkaian runcit, pelincir, LPG, cecair khas, bahan api penerbangan dan pengangkutan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161111/8521607372 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161111/8521607372LOGO  

Source: Total
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Chemical Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Sports Utilities Licensing/marketing agreements